REMPAH
Rempah
ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih,
buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai
bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan
bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama,
kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
RESEPI SOTONG BEREMPAH
BAHAN
BAHAN
500gm
sotong
3 ulas
bawang putih ~ dihiris
1 biji
bawang besar ~ dihiris
1 inci
halia ~ dihiris
1 sudu
besar cili mesin
1 sudu
besar sos tiram
1 sudu
besar kicap manis
1 biji
tomato ~ dihiris
1 tangkai
daun kari
1 biji
limau kasturi
1 sudu
besar rempah kari
1 sudu
kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu
kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu
kecil serbuk jintan manis
Garam, gula
minyak
PROSES MASAK
Bersihkan
sotong dan potong. Toskan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yg dihiris
hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan
cili mesin dan tumis lagi hingga garing. Masukkan paste rempah dan daun kari.
Kacau.
Masukkan
pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan
sotong, garam dan gula secukup rasa.Masak hingga kuah menjadi sedikit kering
dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan
limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas panas.
No comments:
Post a Comment