Masak lemak ialah sejenis masakan
Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis
juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan
masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
RESEPI PARI LEMAK CILI API
500 gm potongan ikan pari
15 biji cili api hijau ( boleh tambah
jika nak pedas)
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
5 batang serai dititik
1 cawan santan pekat
air asam jawa
garam
PROSES PENYEDIAAN
Cuci ikan pari bersama perahan limau
kasturi. Bilas dan ketepikan
Kisar cili api, belacan, bawang
putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup sederhana halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan
kisar bersama serai yang dititik hingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan ikan pari dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air, bila mendidih tambahkan air asam jawa dan air lagi
hingga paras ikan atau lebih.
Bila sudah menggelegak masukkan pati
santan dan kacau sebati. Tambahkan garam secukup rasa dan padamkan api bila
kuah telah mendidih.
No comments:
Post a Comment