Udang
harimau ("Penaeus monodon") merupakan spesies udang, iaitu haiwan
laut krustacean yang banyak diternak sebagai makanan. Taburan semulajadinya
adalah di Indo-Barat-pasifik, dari persisiran timur Afrika, Semenanjung Arab,
sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun. Ia boleh didapati di timur
Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan
Suez. Tambahan lagi populasi invesif telah menetap di Hawaii dan persisiran
Laut Atlantik USA (Florida, Georgia dan South Carolina).
RESEPI UDANG KESTURI
BAHAN BAHAN
5 Ekor
Udang Harimau
1 labu
bawang besar (dihiris)
3 batang
serai (Diketuk)
5 Tangkai
kacang pis
5 biji
limau kesturi (diambil airnya)
Garam
secukup rasa
BAHAN KISAR/HIRIS
5 biji
cili api (ditumbuk)
3 biji
cili merah (dihiris)
1 biji
cili hijau (dihiris)
2 sudu
makan minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan
minyak dan tumiskan serai dan bahan 2 sehingga wangi
Masukkan
udang, kacang
pis, bawang besar dan garam. Kacau sehingga rata Tutupkan api dan tuangkan air
limau kesturi. Kemudian kacau lagi Sedia dihidangkan
No comments:
Post a Comment