Monday, December 04, 2017

RESEPI KAMBING MASALA


MASALA
Chaat masala (Hindi चाट मसाला, Urdu چاٹ مصالہ; juga dieja chat masala) adalah campuran serbuk rempah atau masala digunakan dalam masakan Asia Selatan, terutamanya dalam masakan India, Bangladesh dan Pakistan. Ia biasanya terdiri daripada amchoor (serbuk mangga kering), jintan putih, ketumbar, halia kering, garam (lazimnya kala namak), lada hitam, asafutida (hing) dan serbuk cili.[1] Ramuannya digabungkan dan dihidangkan di atas piring logam kecil, pinggan polisterin atau daun pisang, dikeringkan dan dibentuk ke dalam mangkuk, di kereta sorong chaat, terutamanya di India, Bangladesh dan Punjab dan Sindh di Pakistan.

RESEPI KAMBING MASALA
BAHAN BAHAN
500gram kambing/tulang/rusuk - dipotong kiub
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang besar - dibelah empat
5cm halia - dihiris
3 sudu besar serbuk cili
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
½ tin susu cair ideal
1 tangkai daun kari
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

Kemudian masukkan daun kari, bawang putih, bawang besar yang dikisar dan dibelah empat dan halia sehingga wangi.
Masukkan daging kambing dan serbuk cili. Kacau rata dan biarkan empuk. Tambah sedikit air sekiranya terlalu kering. Masak selama sejam.

Bila sudah agak empuk, masukkan susu cair tadi dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak sehingga mendidih dan pekat.

Angkat dan sedia dihidangkan.Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar cair dan panas. Masukkan bahan2 tumis, serai titik dan tumis hingga harum, masukkan tomato cincang dan kacau rata. Tambah pes rempah (bahan kisar + rempah kurma, kacau rata) dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah daging kambing. Gaul rata dan masak hingga dagin kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Tambah kerisik, asam gelugor dan pati santan. Kacau dan masak hingga kuah pekat.


Masukkan belahan gula melaka, cili hijau, cili merah dan kentang goreng. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap,. Hidangkan bersama nasi atau makanan kegemaran anda.


No comments:

Post a Comment