Monday, December 04, 2017

RESEPI DAGING MASAK HITAM SARAWAK

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal.

Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

RESEPI DAGING MASAK HITAM  SARAWAK
BAHAN BAHAN
500 gram daging - hiris
2 sudu besar kicap pekat karamel
3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

BAHAN KISAR
3 batang serai
sedikit lengkuas
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering
1/3 cawan prune@kismis hitam

BAHAN TUMIS

Rempah tumis 4 sekawan - banyak ikut suka
5 biji bawang merah - dimayang
1-2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

PROSES MASAK

Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.

Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.

Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.  Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.

Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.

Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk.

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, ketupat nasi, lemang, ketupat daun palas dan juga boleh juga dimakan bersama roti.

No comments:

Post a Comment