SATE
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis
makanan yang dicucuk dengan lidi yang berasal dari negara Indonesia. Secara
khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa /
buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa
yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.
Selain sate lembu dan ayam yang
popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual
Sate arnab
Sate perut
Sate pedal
Sate kerang
Sate ikan
Sate ampai-ampai
Kebanyakan orang Melayu tidak makan
daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk
ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi
kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul
serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga
didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau
nasi himpit.
RESEPI DAGING MASAK SATE
BAHAN BAHAN
500 gram daging
garam dan manisan secukupnya
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
9 biji bawang merah saiz kecil
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih r
air asam jawa secukupnya untuk
mengisar
PROSES PENYEDIAAN
Campur semua bahan kisar dengan
manisan dan garam. Gaul sebati. Lumurkan pada daging lembu yang siap dipotong
mengikut saiz membuat satay tadi.
Perapkan sekurang-kurangnya 2- 4 jam 3.
Masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan masak hingga agak
empuk. Masukkan kentang dan lobak merah. T
ambah sedikit air supaya kentang dan
lobak tadi cepat empuk. Bila daging, lobak merah dan kentang telah empuk, tutup
api.
No comments:
Post a Comment