Monday, December 04, 2017

RESEPI UDANG MASALA

Chaat masala (Hindi चाट मसाला, Urdu چاٹ مصالہ; juga dieja chat masala) adalah campuran serbuk rempah atau masala digunakan dalam masakan Asia Selatan, terutamanya dalam masakan India, Bangladesh dan Pakistan. Ia biasanya terdiri daripada amchoor (serbuk mangga kering), jintan putih, ketumbar, halia kering, garam (lazimnya kala namak), lada hitam, asafutida (hing) dan serbuk cili. Ramuannya digabungkan dan dihidangkan di atas piring logam kecil, pinggan polisterin atau daun pisang, dikeringkan dan dibentuk ke dalam mangkuk, di kereta sorong chaat, terutamanya di India, Bangladesh dan Punjab dan Sindh di Pakistan.

RESEPI UDANG MASALA
BAHAN BAHAN
500gm Udang besar
3 biji bawang besar - di hiris
3 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia + 6 ulas bawang putih - dikisar halus.
4 sudu besar rempah kari Ikan Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak semestinya)
2 ranting daun kari
6 - 7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang. Gunting misai dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya. Perap udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus, dan air limau selama 20-30 minit

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dihiris. Apabila tumisan keluarkan bau wangi, masukkan bawang yang dikisar, dan campuran bahan halia + bawang putih yang tinggal, rempah kari, jintan putih, dan jintan manis.

Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum, masukkan perapan udang tadi. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali. Tentukan kuahnya likat dan tidak terlalu pekat. Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Udang Masala sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment