Monday, December 04, 2017

RESEPI TELUR IKAN MAYONG MASAK KUNING

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

TELUR IKAN MAYONG MASAK KUNING
BAHAN BAHAN
500 gm telur ikan duri, kukus
3 inci halia, ketuk
2 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK
4 biji bawang merah
2 ulas bawang merah
2 tangkai cili hidup
3 cm kunyit hidup

PROSES MASAK
Kukus telur dengan air mendidih selama 15 minit atau separuh masak. Sediakan bahan tumbuk dan tumiskan bersama serai dan halia hingga layu.

Masukkan air dan renehkan seketika. Masukkan telur yang telah dikukus, kacau rata.Bubuhkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.

Teruskan mereneh dengan api yang perlahan.Tutupkan kuali dengan tudung periuk untuk beberapa minit

Tutup api setelah telur masak.

No comments:

Post a Comment