ASAM PEDAS
Asam Pedas ialah sejenis
masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam
pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri
Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula
terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri
Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang
kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya
sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur
RESEPI IKAN TALANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN BAHAN
Seekor ikan Seliap @ Talang
dipotong sederhana
5 tangkai daun kesum
Air asam jawa
garam secukup rasa
BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
20 tangkai cili kering
1" halia
1" kunyit hidup
PROSES PENYEDIAAN
basuh dan bersihkan ikan kemudian
ketepikan dulu
kisar bahan bahan yang perlu
dikisar. kemudian tumiskan hingga garing
Masukkan ikan seliap ke dalam
tumisan tadi gaul rata masak dengan api
perlahan masukkan air dan air asam jawasesuaikan rasa masam dan masinya
Masukkan daun kesum dan biarkan
sekejapangkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment