CENDAWAN KUKUR
Cendawan Kukur (Schizophyllum
commune) atau juga dikenali sebagai Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak
Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, atau Kulat Sisik adalah sejenis cendawan
yang pada batang kayu semasa proses pereputan. Ia tergolong dari keluarga
Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis.
Ia merupakan sejenis cendawan
yang boleh di makan dan banyak di jual di pasar tani.[Di Malaysia cendawan
kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk
dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat.
Cendawan Kukur tumbuh
menyerupai ombak batu karang yang rapat. Ingsangnya berbeza dari warna kuning
berkrim hingga warna putih pucat. Bahagian atasnya kecil, lebar 1-4.5 cm dengan
tekstur badan yang tebal namun lembut seperti span. Cendawan Kukur ini boleh
ditemui di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan
Timur Laut India.
Ia ditemui di hutan liar pada
pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana
cendawan tumbuh secara semulajadi. Ia dikenali dengan nilai perubatan yang
tinggi dan rasa rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri
perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral
yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain.
CENDAWAN KUKUR GORENG CILI PADI
BAHAN BAHAN
3 cawan cendawan kukur yang dikeringkan atau sebungkus seperti yang saya beli.
1 -2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN DITUMBUK
4 - 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
100gm ikan bilis
PROSES PENYEDIAAN
Cendawan kukur dibersihkan, kerat jika ada bahagian yang keras pada umbinya. Rendam cendawan dalam air, dengan menggunakan tangan sauk cendawan yang timbul supaya habuk jatuh ke bawah. Sebaiknya buat 2 atau 3 kali, jirus air dan toskan. Tumbuk cendawan separuh lumat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai hingga wangi. masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Masukkan cendawan dan goreng atau kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan jangan lupa matikan api, maka dah boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment