Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan
istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal
dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI
SAMBAL TUMIS UDANG DAN SOTONG KECIL
500 gm udang saiz sederhana
500 gm sotong saiz kecil
3 senduk cili kisar
3 biji bawang besar kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci belacan kisar
air asam jawa
garam dan gula
1 biji bawang besar kuning dipotong
bulat
PROSES PENYEDIAAN
Kupas kulit udang dan tinggalkan
hanya bahagian ekornya sahaja. Rebus kulit udang tadi dan toskan air rebusannya.
Dalam periuk masak sotong hingga airnya kering.
Untuk mengisar bahan-bahan kisar,
gunakan sebahagian air rebusan udang dan ramaslah asam jawa. Gunakan air
tersebut untuk mengisar bahan-bahan tadi.
Dalam kuali, tumiskan bahan-bahan
kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sotong dan udang. Gaul sebati.
Sekiranya sambal terlalu pekat
bolehlah masukkan lebihan air rebusan udang tadi. Masukkan bawang besar yang
dipotong bulat dan kacau lagi.
Biarkan seketika di atas api atau
hingga udang masak. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment