Tuesday, December 05, 2017

RESEPI AYAM SAMBAL ASAM

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI AYAM SAMBAL ASAM
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1kg  kg ayam - dibuang kulit dan dipotong
15 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar - saya guna bawang kecil dan bawang besar
1 batang serai dikisar - saya guna 3 batang
halia kisar
1 sudu kecil asam jawa diambil airnya} - saya lebihkan sukatan asamnya
1/4 cawan air}
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air asam, gula dan garam. Kacau sebati dan masak hingga kuah memekat.


Masukkan ayam dan gaul merata dengan bahan-bahan tumis tadi. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga masak. Kacau sekali sekala supaya masakan tidak hangus.

No comments:

Post a Comment