Monday, December 04, 2017

RESEPI UDANG GORENG TEMPOYAK

TEMPOYAK
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
RESEPI UDANG GORENG TEMPOYAK
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
300g isi udang tanpa kulit
2 tangkai cili merah-hiris
2 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak-dalam 1-2 sudu besar

BAHAN HIRIS
10 cili api
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili hijau

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau.

masukkan udang dan kacau goreng sehingga separuh masak. masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga masak.


Masukkan cili hijau dan kacau sebati. Sebatikan dengan garam dan sedikit gula. Padamkan api dan sedia untuuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment