Sunday, December 03, 2017

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

NASI GORENG
Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
2 cawan nasi sejuk
Sepotong besar ikantalang masin (disiat2 atau dihiris nipis-nipis)
Sedikit sayor sawi/kailan -
Sedikit minyak
Kicap cair
Sos tiram
Bahan perisa (jika guna)
Garam

BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili api (ikut suka - tahap kepedasan masing-masing)

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga garing dan wangi.

Masukkan ikan masin yang telah disiat-siat dan dihiris nipis tadi dan gaul rata. 

Boleh ditambah sedikit kicap cair atau sos tiram jika suka

Masukkan garam secukup rasa (sikit sahaja kerana dah ada ikan masin & kalau ada guna kicap cair dan sos tiram) dan bahan perisa (kalau guna).

Kemudian bolehlah dimasukkan nasi tadi dan gaul sampai semuanya rata & sebati

Akhir sekali bolehlah ditaruh sayor sawi atau kailan yang telah siap dipotong & dibersihkan tadi


Selamt mencuba dan menjamu selera.

No comments:

Post a Comment