DAGING LEMBU
Daging lembu
(Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang
biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan
daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh,
daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah
dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan.
Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah
dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Selain itu,
terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan
punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS
BAHAN BAHAN
1kg daging tetel potong kecil
3 batang serai diketuk
1 cawan cili kisar
1 ikat daun kesum
4 helai daun limau purut
2 biji tomato dibelah 4
3 keping asam keping
garam
BAHAN TUMBUK
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia6
sedikit lengkuas
sedikit belacan
PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang ditumbuk
hingga naik harum selepas itu masukkan serai dan cili kisar.tumiskan lagi
hingga naik minyak..
Masukkan daging masak sekejap
selepas tu masukkan kedalam pressure cooker sehingga empuk masak
Bila daging dah lembut bolehlah
masukkan garam secukup rasa.Dan masukan asam keping, daun kesum dan daun
limau purut.akhir sekali masukkan tomato.Tutup api dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment