Sunday, December 03, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam.

Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal putih besar saiz 1/2kg
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 biji capsicum
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Kelar ikan, goreng dgn api besar  hingga kekuningan. Ketepikan.
Tumis halia, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.

Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.


Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. 

No comments:

Post a Comment