Sunday, December 03, 2017

RESEPI ASPARAGUS UDANG KERING

ASPARAGUS
Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.

RESEPI ASPARAGUS UDANG KERING

BAHAN BAHAN
1 ikat asparagus (-+ 300gm) - potong panjang 1"
2 sudu besar minyak
Garam – optional

BAHAN TUMBUK
1 sudu udang kering - basuh & toskan
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk bahan bahan yang disenaraikan

Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing. Masukkan sayur asparagus dan kacau hingga berubah warna/layu.


Tambah garam (jika perlu sebab udang kering sudah masin) kacau rata sebelum ditutup api.

No comments:

Post a Comment