Sunday, December 03, 2017

RESEPI KENTANG SALAD

SALAD
Salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos. Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen.

Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette.

RESEPI KENTANG SALAD
BAHAN BAHAN
3 biji kentang - dikupas kulit dan direbus hingga empuk
1/2 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji cili hijau - dibuang biji dan dipotong kecil
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
2 sudu besar mayonis
Daun salad secukupnya
Sedikit lada sulah/blackpepper
Sedikit perahan limau – optional

PROSES PENYEDIAAN
Potong kentang berbentuk dadu. Ketepikan.
Campurkan kentang, cili, bawang besar, mayonis. gaul rata. Susun daun salad dan letakkan potato salad di atasnya.
Akhir sekali taburkan sedikit lada sulah/blackpepper dan sedikit perahan limau.

Sedia untuk dihidang 

No comments:

Post a Comment