Sunday, December 03, 2017

RESEPI KENTANG DADU BEREMPAH

REMPAH
Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.

RESEPI KENTANG DADU BEREMPAH
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
2 biji kentang (anggaran 150gm sebiji)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kari
1 sk biji sawi
Segenggam isi ayam atau boleh ditukar dgn makanan laut
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Kentang, bawang putih & bawang merah dikupas & dipotong dadu bersama ayam & cili.

Goreng kentang & ayam hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.

Tumis bawang putih, bawang merah & cili hingga layu. Masukkan serbuk kari, biji sawi, kacau lagi.


Akhir sekali perasakan dgn garam & masukkan kentang & ayam tadi. Dah siap

No comments:

Post a Comment