KISMIS
Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya
kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh
dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.
RESEPI RAISIN PASTRY
BAHAN BAHAN
10 keping pasti
4" x 4" - jenama Kawan
Kismis secukupnya
Mentega
Gula Perang
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan oven pada
suhu 160C
Sapukan mentega
pada pastry, taburkan gula perang dan kismis.
Gulung pastry
(seperti gulungan kuih ketayap) dan tekan dengan garfu pada hujung pastry tadi
hingga melekat.
Potong pada 6
bahagian dan susun diatas dulang pembakar yang telah digris dan dialas.
(sila alas dulang
pembakar untuk mengelakkan pastry melekat dan pecah apabila dikeluarkan)
Bakar selama 20-25
minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam
bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment