BAHAN-BAHAN
600 gm sotong-
bersihkan, cuci dan toskan
Kacang panjang/bunga
kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
3 ulas bawang putih -
diketuk
1 ulas bawang besar -
dipotong baji
1/2 inci halia -
diketuk
1 batang serai -
diketuk
6 ulas cili padi -
diketuk
2 sudu besar sos
tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
manis
1 sudu besar sos ikan
3 helai daun limau
purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa
(jika perlu)
1 sudu kecil tepung
jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air (jika
suka berkuah)
CARA-CARA
Panaskan sedikit
minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga
naik bau.
Masukkan sotong dan
gaul rata.
Masukkan semua sos
dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
Masukkan semua
sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
Rasakan kuah, kalau
kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
Masukkan tomato dan
tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment