Saturday, April 27, 2019

RESEPI NASI KAK WOOK


BAHAN BAHAN GULAI AYAM:
  • Bawang Bombay - 4 Labu
  • Bawang Putih - 5 Ulas
  • Halia - 1 Inci Setengah
  • Lengkuas - 1 Inci Setengah
  • Rempah Kari Daging - 3 Sudu
  • Rempah Kerutub - 1 Sudu
  • Kacang Panjang - Potong
  • Terung Potong Kecik2
  • Leher Ayam, Kaki Ayam, Sayap Dan Paha Dipotong2 Kecil.
  • Santan (Jgn Pekat Sgt)
  • Garam Dan Kiub Ayam
  • 1 Kerek Nisan

CARA-CARANYA
  • Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
  • Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
  • Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. 
  • Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
  • Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

AYAM GORENG HARUM:
  • 1 Ekor Ayam - Potong Kecik2
  • Garam- 2 Sudu Kecik
  • Kunyit Hidup -  2 Inci Tumbuk Lumat
  • Serbuk Kunyit - 1 Sudu Kecik
  • Serbuk Cili - 1 Sudu Kecik
  • Daun Kari 3 Tangkai
  • #Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

CARA2NYA
  • Ayam basuh bersih dan toskan.
  • Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
  • Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK:-
  • 4 Biji Cili Kering - Direbus
  • Cili Padi Ikut Pedas
  • 2 Inci Belacan
  • 1 Labu Bawang Besar Dibakar
  • 1 Labu Bawang Putih Dibakar
  • Gula, Garam, Perasa
  • Air Asam Jawa

CARA2NYA:-
  • Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

MASAK LEMAK CILIPADI KEPALA IKAN MERAH + BUNCIS &TOMATO CERI.

BAHAN-BAHAN:
I Keping Kepala Ikan Merah - dibersihkan
5/6 biji cilipadi kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 kotak Kecil santan Kara campurkan dgn 1 cawan  air
1/4 kiub Ikan Bilis
Kacang Bunci
Tomato Ceri
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa.


CARA CARA
1.Tumbuk Cili Dgn Kunyit hidup hingga halus. Campur Garam kasar sekali.

2. Gaulkan cili & kunyit tumbuk dgn ikan sampai mesra

3. Masukkan santan & asam gelugor, Kiub bilis. Then didihkan. Sambil tu kacau la Sesekali. Tak perlu timba2 sbb dah  masuk  garam dr awal santan tak pecah.

4. Pastu masukkan  kacang buncis , tomato . Kacau la sesekali. Sesuaikan rasa and angkat. senang kan?




SAMBAL SARDIN CILI PADI + KENTANG+ PETAI

BAHAN BAHAN:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak/cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai/jering
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam n perasa

CARA:
Mesin  kasar bhn bertanda *

Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris

Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing

Masukkan garam n perasa

Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

SIAKAP SWEET SOUR SEDAP

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang
Sedikit cili kisar
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung

HIASAN:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang
Daun sadri

CARA CARA:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.

Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.

RESIPI RENDANG TELUR


Rendang telur kalau makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi lemak..perghh mesti bertambah-tambah nasi ni..

BAHAN BAHAN
Telur Anggaran 30 Biji Rebus 
Serai 5 Btg 
Halia 2 In
Lengkuas 2 In.
11 Ulas Bwg Merah.
Cili Kering / Cili Api Ikut Suka Bnyk Mne.
2 Sudu Mkn Rempah Kari Daging Babas.
1 Sudu Mkn Serbuk Jintan Manis.
2 Sudu Mkn Kerisik.
1/2 Caw Santan Kotak
2 Helai Daun Kunyit.
Asam Kpg Gula Dan Garam Secukup Rasa.

CARA CARA
1. Bawang, halia, lengkuas, serai dan cili blend.

2. Campur sekali sehelai daun kunyit.yg lagi sehelai tu utk hiris2 nanti bila rendang dah siap masak.

3. Tumis bahan yg diblend agak2 wangi msukan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.masukkan santan, asam kpg gula & garam. tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik

4. Dah mendidih kuat pelankan api masukan telur.terpulang lah nak kuah banyak ke kuah kering.

5. Taburkn hirisan daun kunyit yg tinggal sehelai tadi tu.....dah siap.selebihnye air tangan memasing