Thursday, April 05, 2018

RESEPI NASI ULAM

Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.

Di Indonesia, ulam nasi boleh didapati di kalangan suku Betawi (orang asli Jakarta) masakan serta orang Melayu Sumatera dan Bali. Di Jakarta terdapat dua jenis nasi ulam, yang basah (pekat) nasi ulam utara dan tengah Jakarta, dan satu kering di selatan Jakarta. Di Indonesia, ulam nasi biasanya rempah ratus dengan herba ruku-ruku, cili dan ditaburi dengan kacang butir, kerisik atau serundeng. Pelbagai hidangan tambahan lain sering ditambah di atas ulam nasi, seperti dendeng, telur dadar, bergedil, tauhu goreng atau tempe, dan krupuk.


RESEPI NASI ULAM

BAHAN BAHAN
3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi ye bukan bubur)
1 ketul ikan tenggiri masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa (beta suka lebih)
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh.

CARA PENYEDIAAN
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan.

Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir seminggu kalau letak dalam peti ais. (tusebab daun tu kena keringkan sikit).

Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan nasi.

RESEPI PULUT PANGGANG

Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.

Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti ikan. Ini dikenali sebagi Pulut Lepa.


RESEPI PULUT PANGGANG


BAHAN BAHAN
500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
1 ½ cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 sudu makan minyak jagung
90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
2 tangkai lada merah
10 ulas bawang merah
½ sudu lada sulah
4 biji buah keras
1 ulas bawang putih
½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
2 helai daun pandan
1 sudu makan garam
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
1 sudu belacan (dibakar)
½ sudu makan gula pasir
Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
Lidi untuk sematan

CARA PENYEDIAAN
Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan daun dan ketepikan pulut.

Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit.

Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam,kacau dan angkat. Sejukkan.

Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan gulungan leper sepanjang 13 cm.

Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketatketat untuk membungkusnya.Sematkan bungkusan itu dengan lidi.

Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalik baliknya selalu.

Sedia untuk dihidangkan

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI

Kerisi (Pristipomoides filamentosus) adalah ikan dasaran yang menghuni dasar perairan tropis Indo-Pasifik. Ikan ini masih satu suku dengan kakap dan merupakan ikan pancing yang umum ditangkap. Orang Hawaii menyebutnya ōpakapaka.


RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI

 BAHAN BAHAN
2 ekor ikan kerisi
5 ulas bawang merah – ditumbuk
1 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci kunyit hidup – ditumbuk
1 batang serai – dititik
Sedikit belacan
4 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
8-10 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
4 biji bendi
1 biji tomato – dihiris
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (5 minit).

Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.

Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, mungkin masukkan lambat sedikit)

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan

RESEPI SAMBAL TEMPE

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk di permukaan. Begitupun, ia tidak berbahaya. Tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.


RESEPI SAMBAL TEMPE

BAHAN BAHAN
Tempe 1 mangkuk
Ikan bilis (agak2)
Bawang besar 1 biji (hiris nipis)
Asam gelugor 2 keping
Gula melaka (agak2)
Bahan kisar
Cili kering 20 tangkai
Cili api 5 tangkai
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 3 biji
Belacan 2 inci

CARA PENYEDIAAN
Goreng tempe, Goreng ikan bilis

Tumis bahan kisar sampai betul betul pecah minyak, pastu masukkan Asam gelugor, gula melaka dan bawang besar.

Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis..angkat


RESEPI SUP IKAN KRISI

Kerisi (Pristipomoides filamentosus) adalah ikan dasaran yang menghuni dasar perairan tropis Indo-Pasifik. Ikan ini masih satu suku dengan kakap dan merupakan ikan pancing yang umum ditangkap. Orang Hawaii menyebutnya ōpakapaka.


RESEPI SUP IKAN KRISI

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kerisi, di belah ikut citarasa
1/2 inch halia di hiris
1/2 batang cili merah & hijau hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1/2 labu bawang besar di hiris atau potong dadu kecil
1 lobak merah di potong dadu kecil2
Daun sup/sadri
2 sudu besar bawang merah goreng
Secubit lada putih
1 kuib knorr ayam
Air secukup untuk kuah nya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak di periok, masukan bawang2, cili dan halia, goreng seketika . Bila kelihatan lembut, tuangkan air secukup untuk kuah nya.

Letakan kuib knorr ayam, garam secukup rasa. Masukan lobak merah, masak hingga ia mula mendidih.

Letakan daun sup/sadri dan ikan kerisi yang sudah dibersih dan di potong ikut citarasa. Sajikan panas2 bersama kicap, cili hiris perahan jus limau kasturi dan nasi putih.

RESEPI SHELLOUT

Makanan laut adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia. Makanan laut dengan jelas termasuk ikan dan kerangan.

Kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah, mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan, walaupun berkurangan pada zaman moden. Tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan, seperti beberapa rumpai laut dan mikroalga, dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia, terutama di Asia (lihat kategori sayur-sayuran laut). Di Amerika Utara, walaupun tidak secara amnya di United Kingdom, istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia, jadi semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut. Demi kesempurnaan, rencana ini merangkumi semua hidupan akuatik yang boleh dimakan


RESEPI SHELLOUT
BAHAN BAHAN

Celurkan seafood dan tapis..

BAHAN TUMISAN
kicap utk hasilkan warna gelap masakan..
cili kisar ( lebihkan klu nak pedas )
Rempah kari daging
Kurang dari 1 sudu ok..klau lebih nanti rasa kari pulak

CARA PENYEDIAAN
Masukkan seafood dan kacau sebati...( api besar ..fungsi utk elakkan air dari seafood keluar - pastikan jgn smpai hangit)

Bila nmpak seafood dh hmpir masak..sederhanakan api. kacau himgga masak....perasakan dgn garam kicap dan gula..masukkan sayuran..dh siap..

RESEPI MEE GORENG BASAH

Mi goreng (Bahasa Inggeris: mee goreng; Templat:Lang-id; kedua-dua bermaksud "mee digoreng"ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat dengan mi kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia.


RESEPI MEE GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN
1bungkus Mee kuning dibilas dan tos
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos
1paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos
1biji tomato dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu besar  Cili kisar
5sudu besar Sos cili
1sudu besar Sos tiram
1sudu besar Sos ikan
1sudu besar kicap pekat
5 sudu besar Kicap manis
2sudu besar  Kicap mee
1cawan kecil  air putih
2sudu besar untuk menumis Minyak masak

BAHAN TUMBUK
10biji
3ulas Cili api bwg putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar

Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit

masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil

Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap

Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..

RESEPI ABC MANGGA

Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya.

Ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan. Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar mahupun cuaca sejuk atau panas. Malah kini ia menjadi hidangan di hotel terkenal di Malaysia


RESEPI ABC MANGGA

BAHAN-BAHAN
200 gm mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yang telah direbus
50 gm kismis atau sulatanas
boleh tambah apa2 yg kita suka contohnya jagung, kacang tanah goreng dan aiskrim

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan isi mangga, susu skim dan air ke dalam pengisar dan putar hingga hancur.

Sejukkan di dalam peti sejuk. Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah dan satu sudu kismis dalam setiap gelas (4 gelas). Tuangkan air mangga sama banyak ke dalam setiap gelas.