IKAN BILIS
Ikan bilis merupakan ahli keluarga
(Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera
Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis
ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada
badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang
kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan
herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.
RESEPI IKAN BILIS MASAK BELACAN
BAHAN BAHAN
14 biji Cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dihiris kasar
segenggam ikan bilis
secubit garam
sedikit gula
2cm belacan
2/3 biji limau kasturi
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak..Tumis kesemua bahan2 diatas, kecuali limau kasturi...setelah agak sebati perahkan jus limau kasturi tadi,kacau sebentar..gaulkan sekali kulit limau tu ye,agar bau nya harum gitu..dah siap!