Showing posts with label MASAKAN SABAHAN. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN SABAHAN. Show all posts

Sunday, April 01, 2018

RESEPI KERABU BUNGA KEPAYAS / BUNGA BETIK

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.

Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.

KERABU BUNGA KEPAYAS / BUNGA BETIK
BAHAN-BAHAN
Bunga Kepayas /bunga betik
Garam
Gula
Cili padi
Sedikit belacan
Air perahan limau kasturi
Kerisik kelapa
Daun kodok-kodok
Bawang merah dihiris nipis atau ditumbuk.


PROSES PENYEDIAAN
Jadi bila semua bahan telah siap disediakan, mula-mula rebus bunga kepayas bersama daun kodok-kodok, Proses ini bertujuan untuk mengurangkan rasa pahit pada bunga kepayas. Daun kodok-kodok tidak termasuk untuk dihidangkan bersama resepi ini,  ia hanyalah satu bahan untuk mengurangkan kepahitan.

Setelah direbus sehingga daun kodok-kodok layu, toskan air rebusan dan buangkan daun kodok-kodok tersebut. Di dalam mangkuk yang berlainan, campurkan garam, gula, belacan,  cili padi dan daun bawang yang telah dihiris. Boleh tumbukkan semua bahan ini sehingga lumat sebelum diperahkan air limau kasturi. Ala-ala untuk buat dressing untuk salad.

Bunga kepayas yang sudah direbus tadi dicampur bersama adunan garam gula tadi dan digaul sehingga rata rasanya. Taburkan kerisik kelapa dan gaul lagi.

Hidang bersama lauk pauk dan nasi.

RESEPI BUAH TARAP MASAK LEMAK@LAMAK

Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.

Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulit buah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga

RESEPI BUAH TARAP MASAK LEMAK@LAMAK
 BAHAN-BAHAN
2 biji tarap yang mangkal. - belum masak sangat.
Tiram sebagai sapak. Boleh letak ikan masin, atau ikan hidup.
Bawang merah 3 biji
bawang putih 2 ulas
Cili padi 3 tangkai
Belacan secukup rasa
Garam
Gula
Santan

PROSES PENYEDIAAN
Rebus tarap dengan air hingga lembut. Buang airnya.

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Cili padi dipotong kecil kecil. Kalau nak ditumbuk sekali pun boleh tapi nanti pedas. Biar potong supaya waktu makan boleh nampak dan tidaklah nanti tergigit cili padi itu.

Isi tarap yang sudah di rebus tadi masukkan dalam periuk atau guna saja periuk sama yang diguna untuk merebus tadi, masukkan santan sehingga menutupi semua isi tarap tadi. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, cili, belacan, garam dan gula secukupr rasa. Masukkan tiram juga. Lepas itu rebus sehingga mendidih. Kalau nak kuah pekat sikit masak lama sikit.

Siap. Hidang panas bersama nasi putih.

Sunday, February 25, 2018

KUIH PINJARAM SABAH


Kuih Penyaram merupakan antara makanan tradisional suku kaum Bajau dan Melayu-Brunei di Sabah. Kuih Penyaram juga dikenali dengan nama Kuih Pinjaram. Selain itu terdapat juga sesetengah masyarakat yang menggelarkannya dengan nama Kuih UFO kerana rupa bentuknya.

Kuih Penyaram banyak dihidang ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri dan lain-lain lagi.

Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kuih Penyaram adalah seperti :

01. Tepung Beras
02. Tepung Jagung
03. Santan
04. Minyak Masak
05. Gula Merah

Kini Kuih Penyaram menjadi salah satu kuih yang diminati dan digemari oleh seluruh masyarakat di Sabah tidak mengira suku kaum atau bangsa.

KUIH PINJARAM SABAH

BAHAN-BAHAN
1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN
1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.
4)Gaulbersama tepung tadi.Gaul rata
5) Biarkan selama 6 hingga 8 jam barulah digoreng

RESEPI KELUPIS


KELUPIS
uih Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular dikalangan masyarakat Bugis, Melayu-Brunei dan Bisaya di Sabah.

 Kuih Kelupis merupakan antara makanan kegemaran penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Kuih ini biasanya dihidang ketika majlis perkahwinan dan juga ketika hari raya.

Kuih Kelupis lebih menyelerakan dimakan ketika ianya masih panas dan di makan bersama lauk seperti kari ayam, kari daging, rendang dan lain-lain lagi.

Antara bahan-bahan untuk membuat kuih Kelupis ini adalah :

01. Beras Pulut
02. Santan
03. Daun Pisang

Biasanya penyediaan Kuih Kelupis ini adalah dengan memasak beras pulut yang telah dicampurkan bersama santan. Setelah masak beras tersebut akan dibungkus menggunakan daun pisang dan akan direbus sekali lagi menggunakan santan.


RESEPI KELUPIS

BAHAN-BAHAN
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk
3. blender
3. daun nyirik/daun pisang
4.penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa fresh
6. daun pandan
7. beras pulut
8. garam dan gula

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah minyak.

Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam.

Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyiri.

Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak...

RESEPI KUIH JALA SABAH


KUIH JALA
Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular terutamanya di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Kuih Jala merupakan kuih yang biasanya dihidang ketika hari-hari perayaan seperti Hari Raya atau ketika majlis-majlis tertentu termasuk kenduri. Kuih Jala Sabah ini sangat popular di Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Kuih Jala Sabah dibuat dengan menggunakan peralatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan di bahagian bawahnya.

Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kuih Jala adalah seperti berikut :

RESEPI KUIH JALA SABAH

BAHAN BAHAN
01. Tepung Beras
02. Gula
03. Minyak Masak
04. Air

PROSES PENYEDIAAN
Ayak tepuk dan gaulkannya bersama gula
Masukkan air dan kacau hingga sebati
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan jala
Kiraikan adunan kedalam kuali berisi minyak panas
Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
Masak sehingga kekuningan
Angkat dan lipat dengan segera.


RESEPI KUIH CINCIN SABAH


KUIH CINCIN
Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah.

Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka.

Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.

RESEPI KUIH CINCIN SABAH

BAHAN-BAHAN
300 gram tepung beras
100 gram gula pasir
200 ml air, untuk merebus
separuh gula nira
200 gram gula merah
Garam halus secukupnya
Minyak goreng secukupnya

BAHAN PENCELUP :
500 gram tepung beras
air secukupnya
tepung beras tadi diuli dengan air hingga cair
  
PROSES PENYEDIAAN
Mula2 didihkan air dan gula merah dan gula nira hingga larut, lalu tuangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli.

Kemudian Campurkan , gula pasir, dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung.

Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur, kemudian diamkan satu malam

Keesokan harinya ambil adunan lalu bentuk menjadi bulat dan lubangi empat lubang ditengahnya, terakhir goreng di dalam minyak goreng yang sudah panas hingga matang kecoklatan.

Angkat, tiris, dan sajikan dengan minuman seperti teh ataupun kopi, selesai.

RESEPI AYAM LENGKUAS


Ayam Lengkuas merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular dikalangan kaum Bugis di Sabah terutamanya di Sandakan dan Tawau.

Ayam Lengkuas yang juga disebut Ayam Masak Lengkuas merupakan salah satu hidangan yang popular dikalangan masyarakat di Sabah terutamanya dari suku kaum Bugis yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.

Ayam Lengkuas biasanya banyak dimasak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Selain itu ia juga biasa dihidang ketika majlis perkahwinan dan kenduri.

RESEPI AYAM LENGKUAS

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam tua / kampung - potong 16
1.5kg santan
500gm lengkuas - racik halus atau blender (buang jusnya)
15 biji bawang merah*
10 biji bawang putih*
6 batang serai*
3 batang serai - ketuk
2 inc. halia*
2 biji bawang holland - belah 4
5 biji bawang merah - hiris
2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk kunyit
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa


PROSES PENYEDIAAN
Gaul ayam bersama serbuk kunyit, asam jawa dan serbuk lada putih.

Blender halus bahan bertanda '*'.  Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga naik bau.

Masukkan santan, bawang holland, bawang merah dan lengkuas, masak lagi hingga santan sedikit pekat.

Jika menggunakan ayam pencen atau ayam kampung, boleh masukkan sekali bersama santan.

Sekiranya guna ayam daging, masukkan kemudian ketika santan dan lengkuas telah pekat, ini untuk mengelakkan ayam menjadi hancur.
Masak menggunakan api sederhana dan perlu sentiasa di kacau.

Untuk tahan lama, masak hingga kering dan  lengkuasnya menjadi seredak.
Masak lengkuas akan mengeluarkan minyak lebihan apabila kita memasak hingga kering, toskan minyak lebihan jika tidak suka.

Hidangkan bersama burasak, tumbuk, ketupat atau lemang.

RESEPI SINAMU MANGGA


 Sinamu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Rungus di Sabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum Rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam satu rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga.

Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang masih mengkal, belum masak sepenuhnya.

Buah yang masih mengkal ini boleh terus dijeruk kecuali buah nangka kerana buahnya agak keras untuk terus dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.untuk mengelakan cepat rosak atau basi garam dalam kuantiti yang banyak digunakn agar boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Antara buah-buahan yang biasa digunakan untuk membuat Sinarmu adalah seperti berikut :

01. Buah Mangga
02. Buah Betik
03. Buah Nangka
04. Buah Bambangan atau Longgom

Bahan yang lain biasa diguna sebagai bahan tambahan adalah seperti lengkuas dan garam yang digunakan untuk memberi lebih perisa.

Biasanya buah yang telah hiris dan dicampurkan dengan lengkuas dan garam akan di jeruk untuk tempoh beberapa minggu sebelum dihidangkan.

RESEPI SINAMU MANGGA

BAHAN BAHAN
5 biji buah mangga (dipotong sederhana)
10 ulas lengkuas (ditumbuk lumat)
1kg Garam
(2 mangkuk ikan kecil seperti ikan bilis mentah - Jikalau suka untuk menambah ikan)


PROSES PENYEDIAAN

1. Buah mangga ini direndam dalam air panas atau masak separuh. Setelah itu, angkat buang air dan toskan air agar kering tanpa air.

2. Masukkan buah mangga ini ke dalam tempayan atau apa-apapun bekas yang kedap. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya garam. Tutup rapat mulut tempayan tersebut.

3. Simpan ditempat yang selamat lebih kurang 1 bulan barulah sinamu ini sedia untuk dihidangkan.