Thursday, October 19, 2017

RESEPI RENDANG DAGING

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan] bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.
BAHAN BAHAN
500 gram daging ( untuk satay )
10 tangkai cili kering dikisar
9 biji bawang merah saiz kecil dikisar
2 sudu besar ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan putih dikisar
5 batang serai dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci lengkuas dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 sudu makan kerisik
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
garam dan gula secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Campur semua bahan kisar dengan manisan dan garam. Gaul sebati. Lumurkan pada daging lembu yang siap dipotong mengikut saiz membuat satay tadi.

Perapkan sekurang-kurangnya 3-4 jam

Masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan masak hingga agak empuk. Jika daging payah hendak empuk boleh tambah air dan masak lagi.

Masukkan kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air supaya kentang dan lobak tadi cepat empuk. Campurkan kerisik. Kacau rata.

Bila daging, lobak merah dan kentang telah empuk, tutup api.


Sebaik-baiknya tutup kuali ketika memasak, kacau sekejap-sekejap dan gunakan api sederhana.

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL HIJAU

Sambal Berlada atau belado adalah sejenis bumbu panas dan pedas yang terdapat dalam masakan Minang Sumatera Barat, Indonesia. Sos balado dibuat dengan mencampurkan lada merah dengan rempah lain termasuk bawang putih, bawang merah, tomato dan jus limau utama dalam kelapa atau minyak kelapa sawit.
BAHAN-BAHAN
400 gram  ayam
30 gm air asam jawa
Minyak masak
Gula dan garam

BAHAN KISAR
25 gram cili hijau
15 gram cili padi
20 gram bawang besar
20 gram bawang merah
20 gram bawang putih
15 gram serai
5 gram kunyit

PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam dengan bahan kisar dan kemudian goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan.

Lebihan perapan ayam, di tumis sehingga kekuningan dan bau wangi.

Masukkan ayam yang telah di goreng tadi, masak dengan api yang kecil sehingga ayam menyerap bahan tumisan.

Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan sedia dihidangkan.





RESEPI SOTONG KERING SAMBAL BELACAN

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah. 

BAHAN-BAHAN
400gm sotong kering potong ikut kesesuaian

1 biji bawang besar – hiris kasar sikit

2 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering - rebus dan kisar halus/ klu nak pedas tambah lagi

1 inci belacan

2 sudu besar air asam jawa

Gula dan Garam


PROSES PENYEDIAAN
Rendam dan basuh sotong kering sehingga bersih. Potong ikut saiz yang anda suka

Panaskan minyak dan tumiskan belacan yang telah dikisar tadi hingga naik baunya.


Setelah cukup masak dan naik baunya, masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga masak.


Masukkan sotong kering, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.


Apabila sotong kering telah kembang, boleh angkat dan hidangkan. Boleh masukkan perasa jika suka. dah ada lada kering, pun dah cukup sedap masakan ketam berlada anda.


Siap untuk dihidang

RESEPI KETAM BERLADA

Balado atau berlada adalah teknik masakan khas Minangkabau dengan cara menggorengkan cili dengan pelbagai rempah, biasanya bawang, bawang putih, limau. Berbeza dengan sos cili lain yang hanya menggunakan cabai yang digiling sebagai pengiring makanan oleh pencelupan, baladoatau berlada disajikan dengan cara memasak dengan pelbagai jenis hidangan seperti, teri, ikan goreng, ayam goreng, itik goreng, telur rebus, dan tempe goreng. Tindakan menambah cabai dan rempah dipercayai dapat membuat makanan bertambah lebih lama.


BAHAN-BAHAN
2 ekor ketam bunga saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN DIKISAR
6 biji bawang merah
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia*

PROSES PENYEDIAAN
Ketam dibersihkan, Potong dua dan bersihkan.

lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna jadi kemerahan. Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api.

Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan hiasan. Hidangkan segera..

RESEPI MEE BANDUNG

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar 
BAHAN-BAHAN
1 paket mee kuning atau 1 kg (dicelur dan toskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (biar sebiji-sebiji)
2 keping fish cake (dihiris)
2 mangkuk air rebusan kulit udang (stok)
(atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)
2 biji telur
Sedikit sawi, cili merah (dihiris)
daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng
Garam & minyak masak

BAHAN TUMIS
2 sudu besar cili mesin atau cili boh
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar @ cili boh hingga garing.

Masukkan stok udang/ ayam dan biarkan mendidih.

Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.

Biarkan mendidih perlahan-lahan.Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.

Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian pecahkan telur, seakan telur mata kerbau dan masak selama 2 minit.

Hidangkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk

Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/ bawang.


Resepi Mee Bandung Siap

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK

Masakan paprik adalah hidangan Malaysia yang asalnya dari nasi goreng yang berperisa dengan pasta cili. Nasi adalah bahasa Melayu untuk nasi dan pad prik adalah frasa Thai ผัด พริก di mana paprik bermakna stirfry dan prik bermakna cili. Walaupun Nasi Paprik hari ini dianggap sebagai sebahagian daripada masakan Melayu, ia berasal dari Thailand. Masakan paprika telah diolah kepada pelbagai masakan berasaskan ayam, udang dan lain lain.

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK
BAHAN BAHAN
2 keping isi ayam (bahagian dada)
1 batang carrot
100 gm brokoli
200 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau/merah
1 labu bawang besar (di hiris)

BAHAN SOS

3 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
6 helai daun limau purut
1 batang serai (di ketuk)
3 sudu besar lemon jus
5 biji cili api (di ketuk)
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1/2 cawan air
5 sudu besar minyak utk menumis

PROSES PENYEDAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi.

Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan cili padi yang di ketuk.

Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sayur brokoli, cauliflower, capsicum dan bawang besar.

Bila mendidih masukkan daun limau purut dan kacau.

Masukkan lemon jus, sekiranya rasa dah ok, matikan api dan angkat.

Hidangkan dengan nasi putih.

RESEPI NASI GORENG HALIA

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan utama.

Masyarakat moden hari ini telah banyak bereksperimen dengan bahan-bahan dalam menyediakan nasi goreng sehingga terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati di gerai, kafe mahupun hotel.

RESEPI NASI GORENG HALIA
BAHAN BAHAN
2 cawan nasi sejuk
1 mangkuk kecil isi ayam atau daging - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dikisar
 2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
1 biji telur - pilihan
Garam dan gula secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk  atau dikisar tadi sehingga naik bau.

Masukkan ayam atau daging dan biarkan masak seketika. Masukkan garam dan perisa, jika suka

Pecahkan telur dan gaul rata.

Masukkan nasi dan gaul rata hingga semua bahan tumisan sebati dengan nasi.

Siap untuk dihidangkan. Bolehlah letak telur mata

RESEPI UDANG MASAK MERAH

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

UDANG MASAK MERAH 

 BAHAN-BAHAN
400g udang saiz elok
2 sudu makan sos tomato
daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan serbuk kari daging
4  sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap manis
serbuk ketumbar
serbuk jintan putih

BAHAN DIKISAR
1 ulas bawang besar
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang sehingga berubah warna. Kemudian angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan bahan mesin bersama daun kari hingga wangi.

 Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan mesin tadi hingga pecah minyak.

Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.

etelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaulkan hingga rata.

Hidangkan setelah masak.

Sunday, October 15, 2017

RESEPI KETAM MASAK RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan] bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap.

Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

RESEPI KETAM MASAK RENDANG
BAHAN BAHAN
4 ekor ketam dibersihkan.
2 cawan santan pekat
 2 ulas bawang putih dikisar halus
6 ulas bawang merah dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 inci kunyit hidup dikisar halus
3 batang serai dikisar halus
1 sudu cili boh
2 helai daun limau purut dihiris
2 helai daun kunyit dihiris
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa
Garam, gula & serbuk perisa


PROSES PENYEDIAAN

Ketam digoreng dlm minyak penuh hingga masak. Sejukkan dan belah dua. Ketepikan.

Masukkan santan, cili boh & semua bahan kisar di dalam kuali

Panaskan sehingga mendidih. Masukkan air asam jawa & kerisik.

Biarkan mereneh dan kuah agak pekat. Masukkan ketam dan kacau perlahan lahan hingga sebati.Sesuaikan rasa dgn garam, gula & serbuk perisa.


Bila kuah sudah mesra dgn ketam taburkan daun limau purut & daun kunyit.


Sedia utk dihidangkan.

RESEPI SUP KETAM BAKAU


Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur, nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.

Sup adalah serupa dengan stew, dan dalam beberapa kes mungkin tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, sup umumnya mempunyai cecair yang lebih daripada stew.

SUP KETAM BAKAU
BAHAN BAHAN
2 ekor ketam bakau saiz sederhana dibersihkan
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 ulas bawang merah dikisar halus
1 cm halia dikisar halus
Garam, lada sulah & serbuk perisa

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan ketam dan  tuang air sehingga menutupi ketam.

Masukkan kiub ayam. Biarkan mendidih dan renehkan sehingga ketam masak.

Sesuaikan rasa dgn garam dan  lada sulah. Tabur bawang goreng & hirisan daun sup/daun bawang.

RESEPI SHARK FIN ISI KETAM

Resepi Sup  Isi Ketam dan Sirip Ikan Yu merupakan resepi yang dikatakan berkhasiat dan merupakan sup paling popular di kedai kedai makanan berasaskan makanan laut atau Seafood.


RESEPI SHARK FIN ISI KETAM


BAHAN-BAHAN
120 gm sirip ikan yu kering

1 sudu teh serbuk lada

4 bawang merah - hiris

1 ulas bawang putih - hiris

120 gm isi ketam

4 cawan stok ayam

1 sudu teh garam

3 cm halia - hiris

1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air


PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan sirip ikan. Rendam semalaman atau sekurang-kuranya 6 – 7  jam.


Masukkan ke dalam periuk bersama air yang mencukupi. Rebus selama 2-3 jam.


Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.


Masukkan stok ayam, isi ketam, sirip ikan, garam dan serbuk lada. Masak hingga mendidih.


Kacau sentiasa. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah sup.


Siap dan sedia untuk dinikmati