Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN PAGI. Show all posts

Monday, March 12, 2018

RESEPI PULUT MANGGA THAI SPECIAL

Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.

Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos merupakan jenis ini. Rekod tentang pulut wujud sejak sekurang-kurangnya 1,100 tahun lagi di kawasan ini. Kelainan bijirin diperbaik yang terhampar ke seluruh Asia semasa Revolusi Hijau adalah beras, akan tetapi petani Laos menolaknya kerana lebih suka akan kelainan-kelainan pulut.  

RESEPI PULUT MANGGA THAI SPECIAL

BAHAN BAHAN
Bahan-bahan untuk pulut mangga
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga

BAHAN UNTUK KUAH SANTAN
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

CARA PENYEDIAAN:

Cara-cara untuk pulut:

Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan:
Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.

Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.


Friday, March 09, 2018

RESEPI POPIA BASAH

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit BaruKampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

RESEPI POPIA BASAH

BAHAN KULIT
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

BAHAN INTI POPIA
1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN SOS SAMBAL
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka

PROSES PENYEDIAAN

KULIT POPIA
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.

Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.

Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.

INTI POPIA
Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.

SOS SAMBAL
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.

Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.


RESEPI BIHUN HAILAM

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu berasdan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara Chinadan Asia Selatan, seperti India.

RESEPI BIHUN HAILAM


BAHAN BAHAN
1/2 bungkus bihun
Minyak
1/2 biji bwg besar (dadu)
5 ulas bwg putih (ketuk)
1 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1/2 cawan mushroom segar
5 gelas air
carrot 
Bunga kobis
Udang
Sawi
5 sudu sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan kicap
3 sudu besar tepung jagung (dubancuh dgn sedikit air)
Garam
Hirisan cili merah
Limau 

CARA PENYEDIAAN
Celur bihun hingga lembut. Toskn dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bwg besar dan bwg putih hingga garing.

Masukkn ayam, tumis lagi hingga ayam separa masak. Masukkn air, sos tiram, sos cili, kicap dan lobak. Kacau rata dan biarkn hingga mendidih.

Masukkan bunga kobis dan udang. Masakkn hingga kuah mendidih sepenuhnya. Masukkn bancuhan tepung jagung. Kacau sebati hingga kuah pekat.

Akhir sekali masukkn garam dan sawi. Tutup api. 


Thursday, March 08, 2018

MUSHROOM SOUP

Krim sup cendawan ialah sup jenis mudah di mana asas roux dicairkan dengan krim atau susu dan kemudian cendawan dan/atau sup rebusan cendawan ditambah. Ia terkenal di Amerika Utara sebagai sup bertin pekat jenis biasa. Krim sup cendawan sering digunakan sebagai bahan asas dalam kaserol dan makanan . Ini menggunakan yang sama seperti cendawan rasa kuah.

Sup yang dibuat dengan krim dan cendawan adalah jauh lebih tua daripada jenis yang bertin. Sos krim Itali (Salsa colla) dan Perancis (Becamel) purba, dan sup berdasarkan kedua-duanya telah dibuat selama beratus-ratus tahun. Di Amerika, Syarikat Sup Campbell mulai menghasilkan terkenal "Krim sup cendawan" pada tahun 1934, tahun yang sama yang ia memperkenalkan "Ayam dengan Mi"

Krim dalam tin dengan sup cendawan telah digambarkan sebagai "becamel Amerika". Di Minnesota, bahan sering dipanggil "pengikat Lutheran," merujuk kepada sifat memekatnya[2] dan terkenal dalam resepi hotdish, terutama dalam buku masakan gereja Lutheran.

MUSHROOM SOUP

BAHAN-BAHAN
4 ulas bawang putih(cincang)
4-5 sudu tepung gandum
4-5 sudu mnyak (cukup utk gandum)
mushroom (potong dadu/halus)
1 Kiub ayam
Garam
Lada hitam
Origano (if any)
1 jag air panas (ikut kepekatan)

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan mnyak

Masukkan bwg putih (naik bau) Tutup api

Masukkan tepung gandum kacau smpai ngam2 dgn mnyak n kekuningan

Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sampai tidak berketul dan hidupkan api

Air ikut kepekatan kite nk, cair atau pekat . Then masukkan kiub ayam,garam,cendawan,lda hitam dan origano..

Kacau smpai mendidih. Dah siapJemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

RESEPI CINNAMON ROLL


Cinnamon Roll atau dikenali juga Kayu adalah roti manis yang lazim dibat dan berasal dari Eropah Utara dan Amerika Utara. Di Denmark, ia adalah bentuk paling biasa wienerbrød ('Vienna Bread') dan dikenali sebagai Kanelsnegl; 'cawan kayu manis'. Di Amerika Utara, penggunaannya adalah sebagai sarapan pagi atau pencuci mulut. Bahan utamanya adalah tepung, kayu manis, gula, dan mentega, yang memberikan rasa yang kuat dan manis. Di beberapa tempat, ia dimakan sebagai makanan sarapan pagi dan disajikan dengan keju krim atau lapisan gula.

 RESEPI CINNAMON ROLL


BAHAN-BAHAN
1 cawan susu segar
1/4 cawan majerin
4 cawan tepung
1 paket yis
1/4 cawan gula halus
Sedikit garam
1 biji telur

BAHAN FILLING
1 cawan gula perang
1 sb serbuk cinnamon
1/2 cawan majerin

PROSES PENYEDIAAN
susu dipanaskan sehingga timbul bubbles kemudian masukkan majerin dan ketepikan.

satukan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata dan letakka telur serta bancuhan susu td. (sekiranya adunan masih lembik .Tambahkan tepung sehingga aduanan mjd doh )

Tutup doh td dgn kain lembab selama 10 mnt.

sementara itu, satukan gula perang , serbuk cinnamon dan majerin.

uli doh td mjd bentuk 4 segi . . Kemudian sapukan filling ke atasnya.

gulung dan potong mgikut ukuran yg sama.

susun ddlm loyang yg tlh disapu majerin. Tggu sehingga doh kembang lbh kurang 1 jam..

bakar didlm oven pd suhu 180c selama 20 mnt . .

masa dihidang .. bolehlah letak susu pekat yg ditambah air sedikit sebagai penambah perasa

SIZZLING MEE

Masakan Cina berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di serata dunia iaitu Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.  Perbezaan kebudayaan anatara setempat amat ketara di China, berbeza jenis gaya makanannya.  Terdapat lapan masakan setempat, antaranya Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan dan Zhejiang.  Terdapat juga masakan mengikut agama termasuklah Buddha dan Muslim.

Hidangan Cina kebiasaannya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama iaitu sumber karbohidrat atau kanji (dikenali sebagai zhÇ”shí ). Contohnya seperti nasi, mee atau mantou (pau kukus).  Hidangan ini sering dihidangkan bersama-sama dengan hidangan seperti sayur-sayuran, daging, ikan atau benda-benda lain.

Mee merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina.  Walau bagaimanapun, di kebanyakan tempat terutamanya Utara Cina, produk berasaskan gandum termasuk mee dan pau kukus lebih banyak berbanding dengan Selatan Cina yang lebih menggemari nasi. 

SIZZLING MEE


BAHAN-BAHAN
Yee mee - direndam atau dibasuh sekejap.
Bawang putih - hiris atau cincang
Halia - hiris nipis
Cendawan shitake ( bahan utama )- cuci bersih, rendam & potong.
Cili kering- beberapa tangkai (potong 3 & rendam)
Isi ayam - dihiris
Kiub ayam
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan - anggaran 2 sudu
Sayur - sawi or baby kailan ( lain sayur, blh tambah jika suka)
Serbuk lada hitam ajisio / lada hitam tumbuk.
Serbuk lada sulah *optional.
Tepung jagung - anggaran 2-3 sudu, dibancuh dgn sedikit air, just untuk pekatkan kuah.
Minyak untuk menumis.
Telur - dipecahkan masa nak makan
Penambah perisa & garam - jika perlu.
Sizzling plate or kuali leper.


PROSES PENYEDIAAN
1. Rebus cendawan shitake dgn beberapa cwn air

2. Tumis bawang putih & halia sehingga terbit bau. Masukkan cili kering yg dipotong 3.

3. Dah agak garing, masukkan isi ayam.Goreng sehingga isi ayam agak masak.

4. Kemudian masukkan tumisan bawang berserta isi ayam, kedalam periuk rebusan shitake.

5. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis+pekat, serbuk lada hitam & lada putih.

6.  Masak sehingga mendidih. Adjust rasa.

7. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah..( anggaran 2 -3 sudu ).

8. Utk menghidang. Panaskan sizzling plate, letak  yee mee ditengah plate.tuangkan kuah sizzling dan pecahkan sebiji telur ditepinya.

9. Masukkan sayur sawi / baby kailan.

8. Panaskan sekejap sahaja , tutup api dan terus boleh dimakan.


FLUFFY PANCAKE / JAPANESE PANCAKE


Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater  sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.

FLUFFY PANCAKE / JAPANESE PANCAKE

BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung , di ayak
4 sudu baking powder
4 cawan susu suam
3/4 cawan mentega cair,
3biji telur kuning & 4 biji telur putih
Butter, honey atau Syrup maple sebagai cadangan hidangan

PROSES PENYEDIAAN
Dalam mangkuk,  tepung di ayak bersama serbuk penaik.

Dalam mangkuk yang berasingan, tambah mentega, susu, dan kuning telur, kacau hingga sebati.

Di mangkuk ketiga, pukul putih telur sehingga kembang dan bertanduk.

Perlahan-lahan gabungkan tepung dengan mentega dan campuran susu, kacau sehingga sebati kemudian masuk kan putih telur.. kacau perlahan-lahan..

Gunakan pada api yang rendah. Letak tudung/tutup dan masak selama 3 hingga 5 minit.. 
Ulangi dengan adunan baki.
Hidang kan bersama dengan sirap maple, butter atau madu.

RESEPI ROJAK AYAM


Rojak ialah makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah. Makanan ini mudah ditemui di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

RESEPI ROJAK AYAM

BAHAN BAHAN
1 kg keribang - direbus
1 bungkus roti marie - diblend halus
15 tangkai cili kering.....boleh kurangkan - tumbuk halus
10 biji bawang merah - ditumbuk halus
8 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu makan jintan putih  - ditumbuk halus
50gm udang kering - ditumbuk halus
50gm bijan @ lengak diaru
Garam dan gula secukupnya...
Minyak masak utk menumis
11/2 inci halia ....ditumbuk halus

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak...tumis cili ,bawang merah ,bawang putih ,halia hingga naik bau...masuk udang kering , jintan putih ,keribang ,serbuk roti dan air secukupnya. Masak hingga pekat.. akhir  sekali masukkan bijan garam dan gula secukup rasa..

BAHAN CUCUR
1kg tepung gandum
1 sudu bicarbonate
1 sudu makan baking powder
4 tangkai daun kucai - hiris halus
10 batang sayur kacang - hiris halus
1 tin susu minyak masak
1 biji bawang besar - potong halus
Garam dan aji secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Gaul tepung dgn 1 tin minyak masak . Masukkan air seperti buat cucur biasa. Masukkan baking powder, bicarbonate, sayur kacang , daun kucai ,bawang besar , garam dan aji no moto. Gaul rata. Goreng seperti cucur

BAHAN ROJAK
2 batang timun - di  sagat
1 biji sengkuang
150gm tauge - dicelur
2 biji telur rebus - belah 2
1 biji tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 biji kentang - direbus dan potong
1 ketul ayam goreng
10 biji cucur kodok