Thursday, October 11, 2018

RESEPI DALCA RUSUK KAMBING

Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.
BAHAN BAHAN
  • Rebus kacang dal siap siap dengan tulang rusuk di dalam periuk tekanan dahulu sebelum memulakan memasak dalca ini .
  • Bawang Merah (hiris)
  • Cili kering
  • Daun kari
  • Biji sawi
  • Kayu manis , pelaga dan cengkih
  • (Bahan tumisan pertama)
  • Bawang merah dan tomato biji(kisar)
  • Bawang putih dan halia (kisar)
  • (Bahan tumisan kedua)
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili kasar
  • (Campurkan siap siap dengan air)
  • (Bahan tumisan ketiga)
  • Air asam jawa
  • Cuka
  • Minyak goreng ayam
  • (jika tiada pakai minyak
  • Biasa)
  • Cuka (tiada pun takpe tambahkan air asam jawa atau asam keping)
  • Susu cair
  • Lobak merah
  • Terung bulat
  • Kentang
  • Kacang panjang

CARA CARA MEMASAK NYA

  1. Mula mula panaskan kuali . Masukkan minyak, letakkan sesenduk atau 2 sudu besar minyak Sapi . 
  2. Masukkan bahan tumisan pertama sehingga berbau wangi .
  3. Kemudian masukkan bahan tumisan kedua sehingga wangi pula
  4. Kemudian dah garing masukkan bahan tumisan ketiga. Goreng sehingga pecah minyak. Tambahkan  air,
  5. Kemudan masukkan kacang dal dan tulang rusuk kambing yang telah di rebus dahulu , masukkan susu cair, air asam jawa. Kacau dan tambah air 
  6. Mendidih masukkan sayur sayuran. Biar atas dapur sehingga mendidih dan kecikkan api sehingga terbit minyak lagi.
  7. Garam dan serbuk perasa

RESEPI KARIPAP BASAH

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.


RESEPI KARIPAP BASAH
BAHAN BAHAN UNTUK KULIT KARIPAP
2cawan tepung gandum(saya guna tepung sejuk dari peti ais)
2-sudu besar marjerin
1/2  cawan air dibancuh dengan sedikit garam

CARA MEMBUATNYA PULA,
Ramas tepung dengan marjerin sampai sebati. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan uli sampai jadi doh..Ok siap..

Karipap nanti digoreng dgn api sederhana ya...

BAHAN BAHAN UNTUK INTI
1batang timun dikupas kulit,dibuang biji dan dihiris halus panjang..
1/2 batang lobak merah diparut seperti cheese
2-3 genggam tauge
1 buku tauhu dihancurkan(jgn hancur sgt)
1 labu bawang besar dipotong dadu(tak letak pun takpe)
Maggie cukup rasa(tak letak pun takpe)

CARA MEBUAT INTI NI ADA DUA VERSI..
Satu,kalau ikut selera saya inti ni ditumis sebentar.. tumiskan bawang dulu,baru letak sayur mayur dan padankan dgn maggie cukup rasa.tak payah masin sangat..cukup cukup je..

Kedua, inti ni digaul sebati dan diletakkan  fresh gitu kedlm karipap.. tak perlu dimasak. Ikut selera masing masing ya.

BAHAN BAHAN UNTUK SOS PULA
500ml cili kering dah dikisar(cair sikit ye)
1 genggam udang kering dikisar
10-12ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan 1/2  gula pasir( boleh kurangkan)
3 sudu besar gula perang
Maggie cukup rasa secukupnya
3 sudu besar cuka(agak agakla rasa masam nya)
Bijan putih sebagai hiasan(sangai dulu)

CARANYA PULA..
Tumis bawang putih sampai garing,jgn hangus ya...
Masukan cili dan udang kering.
Biarkan mendidih.
Baru masukan gula pasir, gula perang, cuka dan maggie cukup rasa.
Biar mendidih sampai sos pekat.
Ok siap..
Bolehlah salutkan dgn karipap tadi.

RESEPI SOLOK PETOLA ULAR

Pokok Petola Ular atau nama saintifiknya Trichosanthes cucumerina merupakan sejenis buah yang dikelaskan sebagai sayuran.Ia biasa dijual di pasar-pasar dan digunakan untuk dimasak sebagai lauk dan dimakan sebagai hidangan bersama nasi

RESEPI SOLOK PETOLA ULAR
BAHAN BAHAN
Petola Ular
Bawang Merah
Lada Hitam
Garam
Gula
Isi Kelapa
Isi Ikan
Sedikit Santan Kelapa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Petola dikikis kulit luarnya..dan di buang isi dlam..jadi mcm trowong..

Tumbuk bawang merah..lada hitam gula garam..bila dah lumat masukkan kelapa putih dan tumbuk biar kelapa tu hancur sikit..

masukkan isiikan yg telah direbus..(boleh juga guna isi ikan mentah..bila di masak bersma petola lagi manis) Gaul sebati..(solok kena agak manis sikit)

Sumbatkan dalam petola dan masak bersama sedikit santan..perasakan dgn garam..gula.


RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Coklat ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan daripada koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.


RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola
Semua bahan ini dicampurkan sekali dan digaul sebati dengan memasaknya di atas api perlahan sehingga gulanya larut. Kemudian, bila sudah sebati, biarkan sejuk dahulu.

BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Ayakkan semua bahan ini.

BAHAN C
4 biji telur – dipukul sampai kembang

BAHAN D
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Panaskan pengukus.. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang-seli. Kemudian gaul menggunakan senduk hingga sebati.

Dalam bekas yang lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Adun bahan-bahan ini hingga sebati.

Masukkan telur dan gaulkan di dalam bekas adunan tadi hingga sebati (tekstur berkrim).

Sediakan loyang yang siap digris dan lapikkan dalam loyang tersebut; kertas kalis minyak.

Masukkan adunan bahan A diikuti adunan bahan D secara berselang-seli ke dalam loyang tadi.

Kukus selama 1.5 jam atau sehingga masak. Sila tahan tangan anda daripada membuka tudung pengukus semasa proses mengukus terutamanya dalam 45 minit yang pertama kerana takut kek itu menjadi mendap kerana belum set.

RESEPI BISKUT MAKMUR

Kuih Makmur merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya. Oleh itu kadang kala ia juga dikenali sebagai biskut makmur. Selain itu, gula ising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula ising.

RESEPI BISKUT MAKMUR


BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
Sedikit gula icing

CARA PENYEDIAAN:
Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.

Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.

Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.

Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips
Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.


Wednesday, October 10, 2018

RESEPI REBUNG GORENG

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh.

RESEPI REBUNG GORENG
BAHAN BAHAN
100 gm rebung
100 gm udang basah - dibuang kulit
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

CARA MENYEDIAKAN
Rebung dibersihkan kemudian ditus. Jika menggunakan rebung masam, rendam terlebih dahulu kemudian buang airnya. Ulang proses ini beberapa kali untuk kurangkan rasa masamnya.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dimayang. Bila bawang layu, masukkan udang dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan rebung, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata selama dua minit dan angkat.

RESEPI SOTONG SUMBAT PULUT BERSAMA KUAH PERCIK

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.


RESEPI SOTONG SUMBAT PULUT BERSAMA KUAH PERCIK

BAHAN BAHAN
600gm sotong putih
2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
1 1/2 cawan santan kelapa
Garam secukup rasa

BAHAN SOS PERCIK:
10gm bawang putih
30gm bawang merah
30gm halia
5 batang serai
5 tangkai cili merah
20gm kunyit hidup
10gm lengkuas
2 keping asam gelugor
40gm gula Melaka
100ml santan
100ml minyak
Garam secukup rasa
Lidi secukupnya

CARA MEMASAK:
Kukus beras pulut hingga setengah masak, angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi hingga masak.

Sumbat pulut yang telah siap dimasak dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi.

Panggang sotong hingga masak.

Untuk sosnya, kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah, lengkuas.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan naik bau.

Masukkan asam gelugor, gula Melaka dan santan.

Masak hingga sos pekat dan perasakan dengan garam.

Curah sos pekat atas sotong panggang. Sedia dihidangkan.

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang. Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
BAHAN BAHAN
  • 600-800 gm daging |hiris nipis
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Minyak masak

BAHAN PERAPAN DAGING:
  • 6-7 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis

BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 10 tangkai cili kering | tambah jika mahu pedas

CARA MEMASAK:
  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging perap.
  5. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  6. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakan dengan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
  7. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.