Saturday, November 04, 2017

RESEPI IKAN KELI BAKAR

BAHAN BAHAN

5   ekor keli
2   Biji cili padi – dikisar
1   sudu makan kunyit hidup – dikisar
5   batang serai – dititik
2   biji belimbing buluh
2   biji cili merah - dibelah dua
2 biji cili hijau -  dibelah dua
300ml santan
400ml air
Garam dan gula secukup rasa
  
PROSES PENYEDIAAN
Ikan keli di bakar terlebih dahulu

Satukan bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk. Didihkan.

Kemudian masukkan santan dan didihkan sehingga santan masak.

Seterusnya masukkan ikan keli salai dan belimbing buluh. Kacau rata.

Setelah itu masukkan pula cili merah dan cili hijau. Biarkan seketika.

Akhir sekali, perasakan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan




IKAN KEMBUNG MASAK KICAP


BAHAN BAHAN
2      ekor ikan kembung | bersaiz sederhana
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia |dihiris
tangkai cili merah
5      tangkai cili kering | dikisar
15ml kicap manis
10ml cuka
5gm kunyit | untuk menggoreng ikan
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MASAK
Bersihkan ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. 

Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga ia menjadi agak garing. Angkat dan asingkan seketika.

Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu.

Apabila tumisan telah naik baunya, masukkan cili kering yang telah dikisar terlebih dahulu dan biarkan sehingga naik baunya.

Masukkan pula kicap manis dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit cuka dan air ke dalam kuali.

Perisakan hidangan dengan garam secukupnya.

Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan bolehlah dihidangkan.


Friday, November 03, 2017

RESEPI SUP IKAN JENAHAK MERAH


Ikan Jenahak adalah sejenis ikan boleh dimakan dari keluarga Lutjanidae, order Perciformes yang terdiri daripada beberapa spesies. Ia boleh diketemukan di lautan bebas, namun terdapat juga beberapa spesies yang hidup di estuari, kawasan hutan paya bakau dan muara. Ikan jenahak biasanya mencari makan di kawasan zon air tawar. Ikan jenahak merupakan spesies ikan penting bagi komoditi dan merupakan makanan hasil laut pilihan bagi rakyat di Malaysia, Indonesia, malah juga India. Ikan Jenahak Merah adalah contoh variasi yang menjadi pilihan utama.

Bahan-bahan
  • 5 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - di potong 6
  • 1/2 sudu lada hitam - ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntuml bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia - diketuk
  • Lobak 1 biji
  • 6 biji cili api 
  • 1 tangkai daun sup 
  • 1 sudu serbuk rempah sup adabi

Cara-cara

Tumis bawang putih, lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan  puah pelaga dengan sedikit minyak 

Masukkan rempah sup dan buah keras 

Masukkan air ikut banyak mana kuah yang diperlukan

Bila air dah mendidih masukkan ikan

Masukkan carrot, cili api, tomato,halia dan bawang besar

Akhir sekali masukkna garam dan sedikit serbuk perisa

Bila nak makan perah asam limau, daun sup dan taburkan bawang goreng

Rujukan :http://najlaaimi.blogspot.my/

RESEPI SARAPAN PAGI BUBUR AYAM

BAHAN BAHAN
250 gr beras, cuci bersih
1000 mi air
750 gr ayam kampung
1/2 sudu serbuk lada putih
4 siung bawang putih, Tumbuk Halus
Seruas Halia, Tumbuk Halus
1 sdt garam (secukupnya)
5 btr telur ayam 
2 sudu minyak masa

BAHAN PELENGKAP :
5 Roti Cakwe, Hiris Halus
Daun Bawang Hiris Halus
Bawang Goreng
2 Sdm Kicap Masin (Secukupnya)


CARA MEMBUAT :
1. Rebus ayam dengan 1 liter air dan sedikit garam.Setelah Masak, angkat dan toskan. 

2. Keluarkan isi  ayam dari tulang, potong berbentuk dadu atau di hiris memanjang.

3. Tumis bawang putih dan halia dengan minyak panas sampai harum, masukkan beras, serbuk lada putih,  kacau rata selama 3 minit, angkat dari api.

4. Masukkan tumisan beras ke dalam sisa air rebusan ayam (kaldu), masak hingga menjadi bubur.

5. Masukkan potongan daging ayam rebus, serbuk.lada putih , dan garam.

6. Sediakan mangkuk pecahkan telur dan letakkan dalam mangkuk. Tuang bubur panas-panas di atas telur.Taburi irisan cakwe, daun bawang, bawang goreng dan kicap masin.

7. siap untuk dinikmati selagi masih panas.

MASAKAN BERASASKAN SOTONG YANG PASTI MELETUP

Penggemar masakan sotong mesti tercari cari resepi yang boleh membangkitkan selera dengan pelbagai masakan berbeza berasaskan sotong.  Disini saya ingin kongsikan beberapa resepi daripada blog yang boleh anda cuba masak di rumah.

SOTONG MASAK PEDAS
http://www.resepimudah.com/resepi/sotong-masak-pedas/

Penggemar masakan pedas boleh lah mencuba Resepi ini di rumah. Maklumat lengkap Resepi di
http://www.resepimudah.com/resepi/sotong-masak-pedas/


SOTONG BAKAR SEKINCAN

Sotong Bakar sekincan sering menjadi sebutan dengan keenakan sambalnya.Boleh cuba Resepi ini di

SOTONG GORENG CILI PADI

RESEPI KETAM NIPAH BLACK PEPPER


BAHAN BAHAN

3 ekor Ketam nipah
2 inci Halia (dihiris halus memanjang)
3 ulas Bwg putih (dicincang)
2 ulas Bwg kecil (dicincang jugak)
1 sudu makan Lada Hitam (ditumbuk kasar)
Sos Tiram
Sos Cili (Sikit je)
Sos Black Pepper (xde pun xpe)
Gula (sikit je)
Minyak (sikit je)

CARA MEMASAK
1. Tumis Halia, Bwg Putih & Bwg Merah sampai naik bau

2. Masukkan semua sos yang kat atas tu . Masukkan juga lada hitam yg dah ditumbuk.

3. Masukkan ketam. Kacau biar sebati dan kemudian ditutup sekejap biar isi ketam masak. Lebih kurang 10-15 minit tu dah boleh tutup api

4. Garam tidak perlu  letak sebab sos kat atas tu dah masin.

RESEPI KETAM NIPAH TELUR MASIN



BAHAN BAHAN
2 ekor Ketam Nipah
 4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong
 Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

UTK GORENG KETAM
Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

CARA MEMASAK
1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit     bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu  overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah da garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian   masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelahberbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.

4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup   api dan siap untuk dihidang!

Resepi Ketam Nipah Cili Yang Sedap

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4

BAHAN BAHAN
2 Ekor Ketam Nipah - Cuci Bersih Dan Kerat Dua
7 Tangkai Cili Kering - (Dikisar Berasingan)
4 Biji Bwg Merah (Dikisar)
2 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
1 Inci Halia (Dikisar)
1 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tomato
Sedikit Air
Garam Dan Gula
Minyak Utk Menumis

CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau  sebati.

4. Selepas itu masukkan ketam nipah dan juga sedikit  air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Terbalikkan ketam nipah sekali-sekala

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah menjadi likat dan bersalut dengan  ketam. 

RESEPI MASAKAN UDANG GALAH DAN KETAM MASAK LEMAK CILI API

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang Galah boleh dimasak pelbagai resepi dan cara. Bagi penggemar Masak Lemak, Udang Galah amat sesuai di masak cara ini. Kepalanya yang besar dan beraroma menjadi tarikan dan memberikan kepuasan kepada peminat masakan lemak cili Api.

Resipi penuh dalam : http://iresipi.com/resepi/udang-galah-masak-lemak-cili-api/show

Bagi penggemar Ketam Bunga Pula masak Lemak Cili Api.Cara penyediaan bahan hamper sama dengan cara masakan Udang Masak Lemak Cili Api.. Menu lengkap seperti di bawah 

Resepi Penuh di : http://iresipi.com/resepi/ketam-masak-lemak-cili-api/show

Thursday, November 02, 2017

MASAKAN MELAYU TRADISIONAL YANG PASTI MEMBANGKITKAN SELERA ANDA

Masakan Melayu Tradisional yang pasti membangkitkan Selera Anda…

Anda selalu terbayang baying menu lama masakan Tradisional yang boleh meningkatkan selera makan anda. Disini saya ingin kongsikan masakan Melayu Tradisional yang orang kata kena cuba baru tau..Resepi dari sahabat blog yang memang terkenal.


1. KERABU KERANG 
Resepi ini sentiasa memikat hati penggemar masakan kerabu dan kerang segar.  Terangkat beb makan kerabu Kerang Kerang campur pucuk paku ni.

Resepi lengkap Kerabu Kerang di http://myresipi.com/recipes/kerabu-kerang


2. ASAM PEDAS IKAN KELI N9 STYLE



Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Walau bagaimanapun Negeri Sembilan juga mempunyai resepi Asam Pedasnya yang agak sedap iaitu menggunakan Ikan Keli

Resepi Lengkap :  http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-ikan-keli-n9-style

RESEPI KACANG POOL

Kacang buah pinggang atau dalam bahasa saintifik Phaseolus vulgaris, dipanggil disebabkan bentuk dan warnanya menyerupai buah pinggang. Kacang ini juga dipanggil kacang merah.


BAHAN BAHAN
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau

Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk

Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool

Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.

Rasakan garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIMAKAN BERSAMA
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis 




RESEPI DAGING BAKAR AIR ASAM

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal.
CARA MEMBUAT
Perap daging dgn halia bawang putih kunyit sejam atau lebih pastu bakar


BAHAN-BAHAN AIR ASAM
Air asam

Potong bwg merah

Cili api

Daun kesom

Tomato

Kasturi

 Belacan di bakar

Budu


PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan semua sekali bahan dgn air asam jawa. Siap untuk dihidangkan dan cicah daging ke dalam air asam jawa

RESIPI KAMBING BAKAR

BAHAN BAHAN
5-6 Slice Daging kambing
2 Sudu Besar Sos tiram
3 Sudu Besar Sos lada hitam
3 Sudu Besar Kicap
Hirisan halia @ tumbuk halus
Gula atau nak pkai madu pon boleh
Serbuk lada hitam
Daun rosemary

PROSES PENYEDIAAN MASAKAN
Masuk semua bahan bahan dan gaul sebati. Perap sekejap dengan bahan bahan yang digaulkan tadi.

Boleh da bakar dan siap untuk dimakan

RESEPI UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
BAHAN BAHAN
1/2 K  Udang Saiz Sederhana - Cuci Bersih Dan Toskan.
5 Tangkai Cili Padi Merah *
2 Tangkai Cili Merah *
4- 5 Biji Bawang Merah *
2 Ulas Bawang Putih *
1 Biji Buah Keras *
1 Cm Kunyit Hidup * (Bahan * Dikisar Bersama Dgn Sedikit Air)
2 Batang Serai - Diketuk
2 Cawan Santan Pekat
6 Urat Kacang Panjang - Dipatahkan 2 Inci
2 Keping Kecil Asam Gelugor
Garam Dan Gula Secukup Rasa
3 Sudu Besar Minyak Untuk Menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.

Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.

Hidangkan bersama nasi putih...