Showing posts with label RESEPI NASI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI NASI. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI NASI BUQARI

BAHAN BAHAN
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

CARA MASAK
1. Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.

2. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubidan bunga kobis, garam dan aji.

3. Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.

4. Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.

Tuesday, April 30, 2019

RESEPI NASI BERIANI AYAM


BAHAN-BAHAN
235 gram beras basmathi @ 1 tin kecil beras (tin susu pekat F&N yg kecil) - basuh dan rendamkan 30 minit (jangan lebih 30 minit nanti beras akan patah dan nasi lembik)

Air sama dengan sukatan beras 1 tin kecil

1/2 ekor ayam - potong besar @ kecil - saya just potong separuh sebab lebih juicy

1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar rempah Briyani
3 sudu besar plain yogurt
2 ulas bawang putih -hiris kasar
1/2 inci halia - hiris kasar
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar holand - hiris
1 biji tomato - dadukan kecil2
1 1/2 sudu besar tomato puri
Minyak zaitun/ Minyak masak
Daun ketumbar
Hirisan almond goreng - hiasan

CARA MASAK
1.   Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, rempah lahori briyani dan yogurt.  Perap paling kurang 1 jam atau sehingga 3 jam.  Lagi lama diperap ayam lebih sedap.

2.   Campurkan beras, air dan garam ke dalam periuk nasi/rice cooker.  Pastikan air tu rasa lebih masin dari biasa.  Kalau kurang garam nasi akan tawar.  Masakkan nasi sehingga separuh masak.

3.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4.  Masukkan tomato dan tomato puri. Tumiskan sehingga tomato sedikit layu.

5.   Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi.  Masakkan ayam sehingga separuh masak.

6.   Apabila ayam sudah masak.  Boleh buat lapisan nasi.  Di dalam periuk nasi yang lain buat lapisan ini.  Untuk resepi ini 4 lapisan sahaja.  Ulang lapisan sehingga nasi dan ayam habis.

Lapisan pertama letakkan nasi. 

Lapisan kedua masukkan ayam. 

Lapisan ketiga masukkan nasi.

Lapisan keempat masukkan ayam, daun ketumbar dan cili hijau.

7.   Masakkan nasi sehingga masak.  Boleh juga nak masakkan di atas dapur gas, tutupkan periuk dengan aluminium foil.

8.  Apabila nasi sudah masak, sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan gaul rata rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

9.  Taburkan daun ketumbar dan hirisan almond goreng.  Kalau ada kismis yang digoreng lagi sedap.  Boleh hidangkan dengan salad atau raita.

Saturday, April 27, 2019

RESEPI NASI KAK WOOK


BAHAN BAHAN GULAI AYAM:
  • Bawang Bombay - 4 Labu
  • Bawang Putih - 5 Ulas
  • Halia - 1 Inci Setengah
  • Lengkuas - 1 Inci Setengah
  • Rempah Kari Daging - 3 Sudu
  • Rempah Kerutub - 1 Sudu
  • Kacang Panjang - Potong
  • Terung Potong Kecik2
  • Leher Ayam, Kaki Ayam, Sayap Dan Paha Dipotong2 Kecil.
  • Santan (Jgn Pekat Sgt)
  • Garam Dan Kiub Ayam
  • 1 Kerek Nisan

CARA-CARANYA
  • Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
  • Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
  • Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. 
  • Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
  • Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

AYAM GORENG HARUM:
  • 1 Ekor Ayam - Potong Kecik2
  • Garam- 2 Sudu Kecik
  • Kunyit Hidup -  2 Inci Tumbuk Lumat
  • Serbuk Kunyit - 1 Sudu Kecik
  • Serbuk Cili - 1 Sudu Kecik
  • Daun Kari 3 Tangkai
  • #Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

CARA2NYA
  • Ayam basuh bersih dan toskan.
  • Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
  • Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK:-
  • 4 Biji Cili Kering - Direbus
  • Cili Padi Ikut Pedas
  • 2 Inci Belacan
  • 1 Labu Bawang Besar Dibakar
  • 1 Labu Bawang Putih Dibakar
  • Gula, Garam, Perasa
  • Air Asam Jawa

CARA2NYA:-
  • Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

Sunday, April 07, 2019

RESEPI NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN

Nasi:
3 cawan beras basmati
1 sudu besar garam kasar

AROMATIK:
5 bawang merah, dihiris nipis
2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar

UNTUK MENGGORENG:
5 sudu besar ghee
3 daun pandan, diikat
2 batang kayu manis 4cm
3 bunga lawang
1 sudu kecil buah pelaga
1 sudu kecil bunga cengkih

UNTUK MEMASAK:
3 sudu yoghurt
3 batang daun sup, dikerat
1 cawan susu sejat
2 cawan stok ayam
1 cawan air
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar ghee

PENGHIASAN:
1 sudu besar bawang goreng

KAEDAH
Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.

Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan simpan tepi.Potong dan campur bahan-bahan aromatik.Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.

Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.

Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.

Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.

Masukkan yoghurt dan kacau.

Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.

Masak seperti biasa dalam periuk nasi.Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.Hias dengan bawang goreng.

PETUA/TIPS
Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.

Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.

Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.

Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.

Saturday, April 06, 2019

RESEPI NASI KABSAH

BAHAN BAHAN
700g daging kambing yang bertulang
2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
1 labu bawang besar (cincang halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (dadu)
Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 helai daun bay Al Hexa
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya
Minyak/butter

BAHAN NASI KABSAH
4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
1 cawan susu cair
1 kiub ayam
Cili hijau dan daun ketumbar
Gajus

PROSES PENYEDIAAN

CARA MASAK KAMBING
Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga, daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.

Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.

Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak

Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.

Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.

Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan

CARA MASAK NASI
Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu

Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.

Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus. Tutup periuk. Tunggu hingga nasi betul2 masak.

Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu..sedia dihidang bersama sos salata.

NASI GORENG CILI KERING

BAHAN BAHAN
Nasi,
cili kering,
bawang merah,
bawang putih,
ikan bilis,
belacan (bahan bertanda * dikisar),
telur & garam.

PROSES PENYEDIAAN
1. Goreng telur & ketepikan di dalam kuali yang sama.

2. Tumis bahan-bahan bertanda * hingga masak.

3. Masukkan nasi & gaul sebati.

4. Perasakan dan siap.

PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN ( 15 BATANG ):

4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)


CARA-CARA :
cuci beras pulut dengan air suam, masukkan santan+garam+daun pandan

tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)

bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci.

Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya

ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dan letak di tengah2 pulut tadi

tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup

gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya

letak atas api dan balik2kan hingga garing makan masa panas-panas... best!

Friday, November 02, 2018

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM UTARA

Nasi ialah beras yang telah direbus dan ditanak. Penanakan diperlukan untuk membangkitkan aroma nasi dan membuatkannya lebih lunak tetapi tetap terjaga konsistensinya. Penanakan nasi dengan air berlebihan dalam proses perebusannya akan menghasilkan bubur. Di Asia dan Amerika Latin, nasi biasanya dimasak menggunakan periuk nasi elektrik.


RESEPI NASI DAGING AIR ASAM UTARA

BAHAN-BAHAN
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup atau 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

BAHAN UNTUK REBUSAN DAGING:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

BAHAN UNTUK DITUMIS:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

CARA PENYEDIAAN:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.

Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.

Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
Cara untuk air asam:

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.


RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH ALA THAI

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng. Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng..


RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup atau 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

BAHAN UNTUK REBUSAN DAGING:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

BAHAN UNTUK DITUMIS:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

CARA PENYEDIAAN:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.

Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.

Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
Cara untuk air asam:


Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.