10 JENIS
IKAN YANG SEDAP DIGORENG
Semua
ikan rasanya sedap dimasak dengan cara goreng. Tetapi 10 jenis ikan ini yang
saya paling suka makan dan lagi sedap kalau makan sekali dengan cicah atau
sambalnya. 10 jenis ikan yang dimaksudkan ;
1. Ikan
Kerisi / Lutjanidae
Ikan
kerisi mudah diperolehi dan banyak dijual dipasar pasar ikan.ada banyak jenis
ikan ni. Ada yang dinamakan kerisi Bali. Ada du acara nak goreng ikan ni. Buka
sisik dan goreng atau goreng begitu sahaja dengan kulitnya.
Sambalnya cukup sekadar perahan
air limau campur cili dan garam ataupun guna air asam jawa.
2.
Ikan Belanak
Penduduk Sabah panggil ikan ini
sebagai kembura. Banyak terdapat di perairan cetek dan jenis ikan yang
bergumpul satu satu masa. Kalau nak
goreng letak sedikit garam dan serbuk kunyit.
3.
Ikan baranong / Belais
Ikan
ini kadang kadang mempunyai duri yang berbisa tetapi isi ikan sedap. Perlu
bersihkan perut kalau nak proses ikan ini untuk dimasak.isi perut agak berbau.
Sedap goreng dan masak sambal.
4.
Ikan Tenggiri
Ikan
jenis ini jangan pertikai kesedapannya apabila digoreng. Memang sedap. Tetapi
ikan ini agak mahal di jual di pasaran tempatan. Kalau nak murah terus ke jeti
nelayan dan beli.
5. Ikan Tuna
Keluarga ikan ini banyak sebenarnya tapi
kalau ikut nama saintifik memang ikan ini berbeza dari keluarga ikan spesisnya
yang sama. Nama nama ikan yang hamper sama dan semua sedap goreng adalah
seperti ikan tongkol, ikan langkunis, ikan bakulan, Ikan
Cakalang. Semua ikan ni muka sama tapi ada yang isi putih dan hitam.
6. Ikan Kembung
Ikan kecil tapi boleh la masuk senarai. Goreng
kena garing sikit baru sedap. Ikan ini paling mudah diperolehi dan harga
berpatutan.
7.
Ikan Bawal Putih dan Hitam
Ikan jenis ini pun sedap goreng dan memang
ramai peminat seluruh dunia. Ada dua jenis ikan ini iaitu bawal putih dan
hitam. Bawal hitam ikan paling tinggi mempunyai kolestrol.
8. Ikan
Kerapu
Orang cina suka makan ikan kerapu ini. Masak
goreng dan selepas tu masak semula dengan pelbagai cara. Ikan kerapu paling
disukai adalah jenis ikan kerapu sunu.
9. Ikan Jenahak atau ikan tanda
Ikan ini mempunyai isi yang lembut dan enak
dimakan. Ikan ini banyak terdapat di tukun tukun yang dibuat sendiri atau kapal
kapal karam.Kaki pancing suka memancing jenis ikan ini.
10. Ikan Pari
Ikan ini pun sedap dimakan dan rasanya ramai
penggemar. Banyak jenis pari ada dalam pasaran. Perlu pandai memilih ikan pari
yang sesuai untuk di goreng. Ada ikan jenis ini berbau dan tidak sesuai di
masak.