Saturday, September 28, 2019

RESEPI KERABU SOTONG

BAHAN BAHAN
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka

CARA PENYEDIAAN

  • Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
  • Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
  • Bila masak angkat dan toskan. Bahan bahan lain dimayang halus.
  • Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan bahan mayang kemudian gaul sekata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.

RESEPI KERABU TOMATO

BAHAN BAHAN
3 biji buah tomato 
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah *
3 biji cili padi * (Pilihan jika suka pedas)
Sedikit belacan & garam *
1 sudu kecil gula

CARA MEMBUAT

  • Buah tomato dipotong nipis-nipis & masukkan kedalam satu bekas. Ketepikan.
  • Tumbuk bahan-bahan bertanda* sehingga lumat. (Seeloknya  tumbuk dengan lesong batu...jangan guna blander)
  • Masukkan bahan tumbuk ini kedalam bekas tomato tadi.
  • Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris, bersama dengan gula.
  • Gaulkan tomato, kemudian simpan tomato dalam peti sejuk, supaya dia sebati.
  • Simpan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Hidangakan kerabu tomato nie bersama nasi putih panas-panas atau
  • enak dimakan bersama nasi tomato. 


RESEPI GULAI SIAM


Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang. 



BAHAN BAHAN
600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan    
1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

PROSES PENYEDIAAN

  • Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus.
  • Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api.
  • Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat.

RESEPI KERABU KERANG

BAHAN BAHAN
1 kg kerang
2 biji limau nipis - perah ambil jus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
Air asam jawa - biar pekat sikit
Garam
Serbuk perasa
Tomato cherry - belah 2
Daun ketumbar - hiris 

BAHAN DITUMBUK
4 tangkai cili padi hijau
4 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Kerang dibasuh bersih. Masakkan air hingga mendidih. Selepas mendidih, baru dimasukkan kerang dan dikacau dalam beberapa minit. 

Kemudian tuang ketulan ais ke dalamnya. Kacau lagi dalam 20-30 saat. Buang air dan tinggalkan ketulan ais sahaja. Tutup api dan bolehlah dikopek kerang. Itu petua untuk menjadikan kerang kita tidak kecut.

Masukkan semua bahan lain dalam bahan tumbuk. Gaul rata. Gaul kerang dengan semua bahan di atas.

Akhir sekali, masukkan buah tomato dan daun ketumbar serta tabur sedikit serbuk perasa, jika suka. Siaaap.

RESEPI KERABU PUCUK PAKU

BAHAN BAHAN
1 ikat pucuk paku
1 sudu besar udang
5-6 tangkai cili api, dihiris nipis
sedikit belacan
sedikit kerisik
4 ulas bawang kecil, dihiris nipis
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
Rendam udang kering, keringkan air dan tumbuk bersama belacan yang dipanggang.

Celur pucuk paku dalam air panas selama 2-3 minit, angkat dan toskan.

Gaulkan pucuk paku bersama bahan tumbuk, cili api, kerisik, dan santan serta garam secukup rasa.

RESEPI KERABU AYAM

BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1 labu bawang besar – hiris
3 biji tomato -hiris
10 tangkai cili padi – hiris
5 helai daun limau purut – hiris
½ biji timun – buang empulur danpotong panjang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan.

Selepas itu, carikkan isi ayam dan gaul rata bersama bawang besar, cili padi, daun limau purut dan timun.

Kemudian masukkan cuka, sos cili, garam dan gula. Gaul sebati.


RESEPI KERABU BUAH PELAM

BAHAN-BAHAN:
2 biji Mempelam (separuh masak)
5 biji cili padi (dimayang)
3 biji Bawang merah (dimayang)
Sedikit Udang kering
Sedikit Kacang tanah (ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN
Mempelam dihiris nipis memanjang (boleh juga di sagat memanjang).

Tumbuk sedikit cili bersama udang kering.

Kemudian, gaulkan kesemua bahan tadi didalam bekas sehingga rata.

Masukkan gula dan garam. Gaul rata dan sesuaikan rasa pedas dan manis.

RESEPI KERABU SARE

BAHAN-BAHAN:
200 gm sare – rendam 8 jam

BAHAN KISAR
8 tangkai cili kering – kisar
6 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 cm halia – kisar
1 cawan santan pekat
½ sudu besar budu
3 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil cuka

BAHAN SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
5 tangkai cili merah – hiris
1 ekor ikan kembung – rebus ambil isi
1 cm halia
½ sudu kecil garam

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan terbit minyak.
  • Masukkan budu dan cuka. Kacau sebati.
  • Masukkan santan dan kacau hinggapekat.Ketepikan.

UNTUK MEMBUAT SAMBAL KELAPA

  • Sangai kelapa hingga bertukar warna keperang-perangan.
  • Tumbuk ikan rebus bersama garam dan halia.Gaul kelapa, cili merah dan ikan yang telah ditumbuk rata.
  • Hidangkan bersama kuah tumisan dan kerabu sare.
  • Gaulkan sambal kelapa, kuah tumis dan sare.

RESEPI KERABU TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)

1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) 
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 kacang botol (hiris halus)
1 tomato (dipotong)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

PROSES PENYEDIAAN

  • Mula2 masukkan bawang, kacang botol,tomato, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar
  • Tambahkan jus limau kasturi & gula. Gaul sebati.
  • Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
  • Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
  • Sedia dihidang.


RESEPI KERABU UDANG

BAHAN-BAHAN:
600 gm udang  -  dibelah belakang

500 gm taugeh
Sedikit kacang panjang - potong kecil
3 biji cili merah - dipotong memanjang
3 biji cili hijau - dipotong memanjang
5 batang serai dihiris nipis
100 gm cili padi - dihiris nipis
10 gm daun ketumbar - dihiris nipis
3 biji limau nipis - diperah jus
1 biji tomato
10 gm sambal belacan
sedikit sos ikan

PROSES PENYEDIAAN
Udang dan taugeh dicelur sekejap. Toskan.

Gaulkan dengan bahan yang dipotong dan hiris, campurkan jus limau , sambal belacan, sos ikan dan garam secukupnya hingga rata.

siap untuk dinikmati bersama nasi putih yang masih panas panas.


RESEPI KERABU PEGAGA

BAHAN BAHAN
1 cekak daun pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1/2 bawang besar
1/2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu santan pekat

BAHAN TUMBUK
5 cili padi merah
sikit belacan
1 genggam ikan bilis/udang kering

PROSES PENYEDIAAN
Basuh dan hiris daun pegaga

Dalam bekas besar masukkan daun pegaga,garam,gula,bahan tumbuk dan gaul rata

Tambah santan pekat dan perahkan limau dan  sesuaikan rasa

RESEPI KERABU PERUT

BAHAN BAHAN
1 cekak daun pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1/2 bawang besar
1/2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu santan pekat

BAHAN TUMBUK
5 cili padi merah
sikit belacan
1 genggam ikan bilis/udang kering

PROSES PENYEDIAAN
Basuh dan hiris daun pegaga

Dalam bekas besar masukkan daun pegaga,garam,gula,bahan tumbuk dna gaul rata

Tambah santan pekat dan perahkan limau dan sesuaikan rasa

RESEPI KERABU SUHUN

BAHAN BAHAN
6 gulungan suhun
1 labu bawang besar
2 biji tomato
5 tangkai cili padi
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
2 batang serai
10 ekor udang
3 ekor sotong
1 bahagian dada ayam
jus limau nipis
2 sudu besar kicap cair
sos ikan secukupnya
sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
Celur suhun sekejap dan toskan.

Ayam,udang dan sotong juga di rebus.Buang kulit udang.

Bawang besar,tomato cili padi dan serai di potong nipis

Daun bawang dan daun sup di potong anggaran setengah inci.

Suhun yang telah di celur tadi di gaulkan dengan semua bahan di atas hingga rata serta secukup dan sesedap rasa yang di inginkan.

KERABU SAYUR TAUGEH

BAHAN BAHAN
2 cawan taugeh - diredam air panas sekejap
4 batang kacang panjang - dihiris bulat
2 biji cili merah- dihirs nipis
2 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang merah untuk ditumbuk bersama ikan
1 ekor ikan - direbus
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan santan pekat
1/3 cawan kelapa parut - di goreng  tanpa minyak
garam secukupnya

PROSES PENYEDIAAN

  • Dalam mangkuk, campurkan taugeh, kacang, kerisik @ kelapa goreng,
  • cili merah dan bawang hiris.
  • Tumbuk ikan, lada hitam dan bawang merah hingga hancur.
  • gaulkan dengan campuran taugeh dan kacang panjang tadi.
  • Masukkan santan dengan garam, kacau hingga garam hancur dan
  • gaul bersama campuran sayuran tadi.

Sunday, September 22, 2019

TALAPIA MASAK LEMAK CILI API


BAHAN-BAHAN:
15 biji cili api (tak suka pedas boleh kurangkan)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
(blend kan bahan di atas)
2 cawan santan pekat
Ikan talapia - kalau nak hilang hanyir,gaulgaram n serbuk lada hitam
Gorengkan sekejap
(cik ngah amik bahagian kepala je
Sebab besar sangat,dlm 500g gak la)
2 batang serai-ketuk je
Sehelai daun kunyit-carik2 kan
2 biji lada merah-belah tengah jgn putus,buang biji
Garam

PROSES PENYEDIAAN

  • Masukkan ikan dalam periuk,jangan nyalakan api dulu
  • Masukkan bahan blend dan santan pekat
  • Jerangkan atas api,sentiasa kacau supaya santan tak berketul
  • Masukkan serai dan daun kunyit. Biarkan menggelegak
  • Masukkan cili merah
  • Perasakan dengan garam. Siap

IKAN TALAPIA MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia merah ~ basuh bersih dan potong 2
1 biji bawang merah ~ tumbuk
1 biji bawang besar ~ potong bulat
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1/2 inci halia ~ hiris xletakpon xpe
2 sb cili kisar
1st garam
2 st gula
2 sb sos sili
serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN
  • Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak
  • Tumis halia hingga garing baru masukkan bawang kisar
  • Bila bawang da garing masukkan cili kisar dan goreng sampai pecah minyak
  • Masukkan garam + gula + sos....
  • Masukkan ikan dan bawang hiris jika suka kemudian gaul sebati...
  • Sedia dihidang


TALAPIA MASAK TEMPOYAK

BAHAN BAHAN
4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
1 mangkuk tempoyak
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
5 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka

CARA MASAK
ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2.

tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..

masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa.


bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang.

KEK KACANG TANAH


BAHAN BAHAN
Loyang 22-23 cm
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur Gred B
1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
200 g mentega
1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar)
2 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  • Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  • Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.