Wednesday, May 22, 2019

RESEPI KAMBING MASAK PEDAS


BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing potong kecik
10 biji bawang merah, dipotong nipis.
3 ulas bawang putih, dipotong nipis
3 sudu besar serbuk kari
5 biji cili padi, dipotong serong
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
Air  secukupnya
1 sudu air asam jawa
Garam,gula pasir, serbuk perasa dan kicap manis secukupnya.

CARA PENYEDIAAN
1.Tumis bawang merah, bawang putih, daun salam dan daun limau purut sehingga naik bau.

2.Masukkan daging kambing yang sudah cuci bersih dan dipotong ke dalam tumisan.

3.Masukkan garam, gula serta serbuka kari. Kacau sehingga rata sehingga daging berubah warna menjadi sedikit coklat. Tambahkan sedikit air dan masukkan kicap manis.

4.Gaul lagi sehigga rata, dan biarkan ia meresap.

5. Kemudian masukkan cili padi dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati dan tunggu sehinga ia empuk dan masak. 


6. Biarkan kuahnya surut sedikit dan jika semuanya sudah cukup rasa, daging kambing masak pedas ini bolehlah segera dihidangkan.

RESEPI KAMBING MASAK LADA HITAM RINGKAS

BAHAN BAHAN
500 gm daging kambing 
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 inc halia di tumbuk

BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

BAHAN DIHIRIS
1 labu bawang besar
2 batang lada merah
5 biji cili padi 

CARA PENYEDIAAN
1. Potong daging kambing kecil dan nipis, bersihkan

2.Perapkan daging dengan lada hitam, kicap manis, sos tiram , madu dan halia selama 1/2 jam

3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar

4. Masukkan daging yang telah di perap tadi man masak hingga daging empuk

5. Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu kering

6. Masukkan bahan hiris dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau rata. Sedia di nikmati



  

RESEPI KAMBING MASALA

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing - dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana

BAHAN KISAR
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1-2 batang serai

BAHAN LAIN
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk garam masala
2 gelas air
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN 
1. Daging yang telah dipotong tadi gaulkan bersama 1 sudu besar serbuk unyit dan sedikit garam.Kemudian rebus daging tersebut dengan sedikit air dan masak hingga air kurang atau daging masak empuk.Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.

4. Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. 

5. Tutup periuk dan biarkan mendidih.Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. 





6. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.

RESEPI KAMBING MASAK REMPAH

BAHAN BAHAN
400 gram daging kambing
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 cawan air
7 tangkai cili kering
4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

CARA PENYEDIAAN

1. Potong daging kambing sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging.

3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging kambing lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit.

Siap untuk dihidangkan

RESEPI RENDANG KAMBING

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing 
2 sudu makan ketumbar 
1 sudu makan serbuk jintan manis 
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk) 
25 tangkai cili kering 
20 biji bawang merah 
3 inci halia 
5 batang serai 
2 inci lengkuas(Cili kering, bawang merah, halia, serai dikisar bersama lengkuas)
½ cawan kerisik 
3 cawan santan 
5 keping asam gelugur 
5 helai daun limau purut 
3 sudu makan gula merah 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 

2. Perapkan daging dengan ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan lada hitam.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 

4. Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging lembut. 

5. Masukkan kerisik, santan, asam gelugur, daun limau purut, gula merah, dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga pekat. Sedia dihidangkan.




RESEPI DAGING KAMBING MASAK RENDANG CILI API

BAHAN BAHAN
1 1/2 kg daging kambing
2 asam keping
1 ketul gula melaka( 1/2 cawam)
1 sudu makan garam
2 kotak santan kara
3 sudu kerisik
1 daun kunyit
1/2 cawan minyak 

BAHAN KISAR
1 mangkuk cili api hijau
1 bawang holland yang besar
1 ketul kecik lengkuas
1 ketul kunyit

CARA PENYEDIAAN
1. Basuh daging dan potong kiub
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
3. Masukkan daging kambing dan 3 cawan air
4. Masak hingga daging kambing lembut
5.Masukkan asam,garam dan gula melaka
6. Tambahkan santan dan biar mendidih hingga nampak kering
7. Masukkan kerisik dan sesuaikan rasa

8. Taburkan daun kunyit

RESEPI LOKAN MASAK PEDAS

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500gm kg lokan
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut, dicarik kasar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
  • daun ketumbar, hiris kasar

BAHAN KISAR
  • 4 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MASAK
  • Basuh lokan dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
  • Masukkan lokan dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar

RESEPI LOKAN MASAK SAMBAL

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • 300gm isi lokan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci belacan dan 1/2 cawan air, larutkan
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing. 
  • Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata dan biar kuah pekat. 
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.siap

RESEPI LOKAN MASAK KARI

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.BAHAN BAHAN

  • 500 gm lala (ambil isi shj)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

CARA MASAK
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis daun kari bersama bahan2 kisar hingga kering.
  • Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.Masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata2.
  • Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

RESEPI LOKAN MASAK KUNYIT

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • Isi lokan secukupnya
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 biji bawang merah- dihiris halus
  • sedikit halia-  dihiris halus
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • lada hidup dan bawang besar, dipotong- potong
  • minyak untuk menumis

PROSES MASAK
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris hingga kekuningan.
  • Masukkan isi lokan, garam dan serbuk kunyit.
  • Akhir sekali, tambahkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

RESEPI SIPUT KAHANGA MASAK KUNYIT

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • Isi kahanga secukupnya
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 biji bawang merah- dihiris halus
  • sedikit halia-  dihiris halus
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • lada hidup dan bawang besar, dipotong- potong
  • minyak untuk menumis

PROSES MASAK
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris hingga kekuningan.
  • Masukkan isi kahanga, garam dan serbuk kunyit.
  • Akhir sekali, tambahkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

RESEPI LOKAN MASAK RENDANG

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 4 kilo lokan (direndam air panas dan diambil isi & airnya)
  • 2 biji bawang besar  + 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili padi yang dikisar
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 hiris halia 
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 sudu besar kerisik (yang ni tak bubuh pon tadi, takde stok)
  • 1 kotak santan (kali ni saya pakai yang kotak je, kalau dapat yang fresh lagi ok) 
  • 1/2 keping asam keping
  • +-2 sudu besar gula merah/melaka
  • garam secukup rasa

CARA MASAK
  • Lokan direndam dalam air panas sebentar, dikopek dan diambil isi dan airnya.
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar (bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering, kunyit hidup). Selalunya kalau pakai santan segar saya tak tumis, tapi kalau pakai santan kotak saya tumis sikit supaya rendangnya nanti pecah minyak.
  • Masukkan lokan, garam dan gula merah  Kacau sebentar
  • Masukkan santan, kerisik, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris, asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Kacau hingga kering dan pecah minyak. Siap dihidang dengan nasi atau roti.



RESEPI LOKAN MASAK SERAI

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

CARA MASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air.
  • Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI MEMBUAT LEMANG

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha . Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan.  Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan jolokan "Kota Lemang". Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 

BAHAN BAHAN
  • 1 kg beras pulut
  • 3-4 biji kelapa (ambil santannya)
  • 2 batang buluh sederhana besar
  • Garam

CARA MEMBUAT
  • Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  • Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  • Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan dan jangan terlalu penuh.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  • Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan dan di padatkan dengan mehetak pelahan buluh tersebut agar masaknya sama rata.
  • Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

RESEPI IKAN HARUAN BERLADA



Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus)

RESEPI  IKAN HARUAN BERLADA

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Scomberomorini, umumnya disebut ikan tenggiri, adalah suku ikan bertulang pada keluarga makerel, Scombridae – yang masih memiliki kaitan dengan suku makerel, tuna dan bonito, ditambah Gasterochisma melampus

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:

2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

PROSES PENYEDIAAN
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.

RESEPI LEMPENG GANDUM

BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

CARA MASAK
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.

2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Janganmterlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.

3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.

4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.

5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.

SAMBAL GORENG JAWA

Sambal goreng jawa untuk anda semua. Semoga resepi ini berjaya untuk anda hasilkan sambal yang lagi sedap.
BAHAN-BAHAN     
2 biji kentang  (Dibuang kulit dan dihiris nipis)
1 keping tauhu (Dipotong kecil)
1 keping tempe (Dipotong kecil)
½ cawan ikan bilis
15 biji cili api   
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
2 batang serai
½ inci lengkuas
(Cili api, bawang merah, bawang putih, serai dikisar bersama lengkuas)
1 sudu makan kicap lemak manis
¼ cawan air asam jawa
½ cawan santan
Sedikit suun  (Dipotong pendek dan direndam)
1 labu bawang besar (Dihiris)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Panaskan minyak masak kemudian gorengkan kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan.Tuskan minyak.

Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

Masukkan kicap, air asam jawa, santan, dan garam. Kacau sehingga agak kering.

Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dan suun. Kacau rata.

Masukkan bawang besar dan kacau lagi sehingga kering. Sedia dihidangkan.

RESEPI RENDANG SOTONG

BAHAN BAHAN
Jintan manis
jintan putih
halia
lengkuas
kunyit hidup
serai
bawang besar
bawang putih
cili kering (rebus dahulu)
minyak masak sedikit - kisarkan semua

CARA MASAK
1. Panaskan kuali dengan minyak, masukkan semua bahan yang dikisarkan. Dah nak pecah minyak masukkan santan, kacau sampai sebati lepastu masukkan kerisik..

2. Agak-agak dah sebati semua, dah pecah minyak masuk 2-3 helai daun limau purut yang telah dicarik dan daun kunyit yang dihiris halus. Kemudian terakhir masuk kan sotong.

3. Nampak sotong dah tunjuk reaksi dah masak elok, tutup api dapur gas. Angkat dan boleh makan dengan nasi panas-panas.


RESEPI SAMBAL TELUR IKAN BILIS

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS 
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA 
UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

RESEPI NASI BUQARI

BAHAN BAHAN
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

CARA MASAK
1. Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.

2. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubidan bunga kobis, garam dan aji.

3. Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.

4. Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.

RESEPI AYAM PERCIK ALA KELANTAN

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam - potong 4

BAHAN PERAPAN:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

BAHAN KUAH:
  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering 
  • Garam secukupnya
  • Sedikit Gula
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

CARA CARANYA:
  • Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. 
  • Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
  • Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. 
  • Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
  • Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam. 
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.