Thursday, March 22, 2018

RESEPI MEE REBUS SINGAPURA


Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan mi yang masyhur di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Hidangan ini diperbuat dari mi telur kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kuah yang agak pedas manis. Kuah diperbuat dari keledek, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering, dan kacang tanah.

Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh. Sesetengah tempat makan, gerai atau warung, ada menghidangnya dengan hirisan daging lembu, walaupun jarang terdapat di pusat penjaja. Selain itu,ada yang menambah kicap pekat pada mi apabila dihidang. Hidangan ini juga datang dengan sate.

Dahulu, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar. Satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan. Di sesetengah kawasan yang lain dan dipengaruhi budaya tempatan, suatu variasi mirip mi rebus digelar Mi Jawa

RESEPI MEE REBUS SINGAPURA

BAHAN-BAHAN
Taugeh
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu - goreng
1 kilo mee kuning - celur dan toskan
dan potong dadu
Limau

BAHAN KISAR@REMPAH
3 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 sudu besar cili kisar
1 tbs serbuk jintan halus
1 tbs serbuk jintan kasar
1 tbs serbuk ketumbar
1 tbs serbuk kunyit
1 mangkuk kecil udang geragau@udang kering n blend
5 tbs taucu - blend
1 mangkuk kecil kacang tanah - goreng dan blend halus (sy kurangkan sbb tmbh keledek)
1 biji keledek - rebus n blend
Garam dan gula
4 tbs tepung beras- sy buh 1-2sudu je sbb dah buh keledek
Daging - rebus - yang nih sy tambah gune daging btg pinang mudah empuk.

PROSES PENYEDIAAN
Campur kesemua bahan2 rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.

Tumis bahan blend (serai, lengkuas, bwg besar, bwg putih,halia) sehingga naik bau.

Masukkan rempah dan goreng sehingga pecah minyak

Masukkan pula bahan blend seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu, dikacau sebati selama 5 minit dan juga daging.
Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yg diingini- sy gune air rebusan daging dan kulit udang

Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras utk pekatkan kuah.
Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.

Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan2 sampingan lain.


RESEPI MEE HAILAM

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso

RESEPI MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN 
300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya
Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih .

Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau .

Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .


RESEPI ACAR IKAN MASIN


Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani

Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.

RESEPI ACAR IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN 
200gm ikan masin talang@kurau(potong dadu rendam selama 1 jam)
10@15 biji cili kpg(kalau dpt yg jeruk lg best)
10 biji bwg kecil india
5 tangkai bwg putih yg jeruk
5 sudu besar cuka(kalau x cukup blh tambah)
3 sudu besar thai palm sugar @gula melaka
3 sudu besar gula pasir
minyak masak secukupnya(dlm 1 mangkuk)
garam jika perlu(jgn letak awal2.. rasa dulu)

BAHAN KISAR
4 sudu besar pes cili kering
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN REMPAH
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan masin yg direndam td dgn api perlahan.. jgn terlalu garing, angkat n toskan

Goreng bahan rempah tanpa minyak.. api perlahan jgk sehingga wangi.. kisar halus, guna pengisar kering ketepikan

Panaskan minyak.. tumis bahan kisar td sehingga garing

Masukkan bahan rempah kacau lagi sehingga wangi n pecah minyak

Masukkan bahan2 yg lain seperti cuka, gula melaka n gula pasir

Masukkan ikan yg digoreng td, masukkan bwg merah kecil, cili padi n bwg putih jeruk

Masak lg smp betul2 minyak keluar di permukaan atas.. api perlahan je, nt kalau api kuat minyak terpercik. rasa dulu jika perlu masukkan garam n gula tambah lg..

Tunggu sejuk br masukkan dlm botol sebaiknya botol kaca..
Selamat Mencuba!


RESEPI NASI GORENG PAPRIK


Nasi pad prik adalah sebuah hidangan nasi goreng Malaysia diperisakan dengna pes cili sauteed. Pad prik adalah frasa Thai. Walaupun Nasi Pad Prik hari ini dianggapkan sebahagian dari masakan Melayu, ia sebenarnya mempunyai asal-usul Thai.

RESEPI NASI GORENG PAPRIK

BAHAN-BAHAN NASI GORENG
Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
1 biji telur
1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
1/2 Sudu Serbuk pati ayam
1 Sudu Kicap pekat
2 Sudu minyak ikan
1/4 Garam
1/4 Sudu lada sulah
2 Sudu minyak utk menumis
50gram Cili Kering (dikisar)

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam .   

BAHAN-BAHAN PAPRIK AYAM:
Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
Sotong /udang (Jika ada)
2 ulas bwg putih - dicincang
1 ulas bwg merah - dicincang
2-3 biji cili api - dipotong
1/4 labu bwg besar - dipotong
3 Batang Kacang panjang - dipotong
50gram Cendawan - dipotong
1 lobak merah - dipotong
50gram brokoli / bunga kobis
1 biji cili masak - dipotong
2 helai daun limau purut
1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
2-3 sudu besar cili giling
2-3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili/tomato
Garam dan gula serta minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.

Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak

Masukkan sos/kicap/cili giling dan sayuran seperti kacang, brokoli/bunga kobis, carrot.

Masukkan daun limau purut Tambah sedikit air jika ingin berkuah.

Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan.


RESEPI PAD THAI


Pad thai, phat thai atau phad thai (Bahasa Thai: ผัดไทย, rtgs: phat thai, ISO p̄hạdịthy, disebut [pʰàt tʰāj] ( listen), "goreng gaya Thai") ialah hidangan mi beras goreng kilas yang biasa disaji sebagai makanan jalanan dan di kedai-kedai makan tempatan kasual di Thailand.

Ia dibuat dengan merendam mi beras kering, yang kemudian digoreng dengan telur dan tauhu dicincang, dan diperisa dengan asam jawa, sos ikan (nampla น้ำปลา), udang kering, bawang putih atau bawang merah, cili merah, gula melaka, dan dihidangkan dengan potongan limau nipis dan biasanya kacang panggang yang dicincang

Ia juga mungkin mengandungi sayur-sayuran lain seperti tauge, daun kucai, daun ketumbar, jeruk lobak atau turnip (hua chaipo หัวไชโป๊), dan jantung pisang mentah. Ia juga mungkin mengandungi udang segar, ketam, ayam atau protein lain. Versi vegetarian boleh menggunakan kicap untuk menggantikan sos ikan dan tidak memasukkan udang. Di Vietnam, hidangan yang serupa dipanggil phở xào atau bánh phở xào sa tế, yang bermaksud "phở goreng"
RESEPI PAD THAI
 BAHAN-BAHAN
1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
1/2 biji bawang besar-mayang
10 ekor udang sederhana besar
2 sudu besar udang kering- ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
4 biji cili
1 biji telur

BAHAN HIASAN-PELENGKAP HIDANGAN INI:
1 cawan taugeh
2 biji limau nipis
Sedikit daun bawang
1 keping tauhu-potong kiub
1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

PROSES PENYEDIAAN
Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.

Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.

Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing. Kemudian masukkan cili merah dan udang kering, kacau hingga garing.

Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.

Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.

Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur. Kacau hingga masak. Kemudian gaul bersama mee.

Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.