Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

Friday, March 22, 2019

RESEPI COCONUT SHAKE

Disediakan resepi untuk menghasilkan coconut shake yang sedap.selamat mencuba korang.
BAHAN RESEPI 1
1 Gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim
sedikit air batu

RESEPI 2
bahan-bahan
1 litter air kelapa muda
1 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
2 tin air 'ice-cream soda'
ais secukupnye

RESEPI 3
bahan-bahan
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

PROSES PENYEDIAAN
masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.

Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang

Monday, November 13, 2017

RESEPI JAGUNG MASAK SUSU

Jagung (bahasa Inggeris: maize) merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

RESEPI JAGUNG MASAK SUSU

BAHAN-BAHAN
Jagung 5 - 6  ketul – potong dua atau 3 ikut saiz jagung
Susu segar 1 cawan (guna susu cair lagi sedap)
Air secukupnya
Butter 3 sudu besar
Garam secubit
Gula 5 sudu besar

PROSES MASAK
Rebus semua sekali sampai masak. Siap. Boleh dimakan.