Showing posts with label RESEPI TELUR. Show all posts
Showing posts with label RESEPI TELUR. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI SAMBAL TELUR IKAN BILIS

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS 
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA 
UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Saturday, April 27, 2019

RESIPI RENDANG TELUR


Rendang telur kalau makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi lemak..perghh mesti bertambah-tambah nasi ni..

BAHAN BAHAN
Telur Anggaran 30 Biji Rebus 
Serai 5 Btg 
Halia 2 In
Lengkuas 2 In.
11 Ulas Bwg Merah.
Cili Kering / Cili Api Ikut Suka Bnyk Mne.
2 Sudu Mkn Rempah Kari Daging Babas.
1 Sudu Mkn Serbuk Jintan Manis.
2 Sudu Mkn Kerisik.
1/2 Caw Santan Kotak
2 Helai Daun Kunyit.
Asam Kpg Gula Dan Garam Secukup Rasa.

CARA CARA
1. Bawang, halia, lengkuas, serai dan cili blend.

2. Campur sekali sehelai daun kunyit.yg lagi sehelai tu utk hiris2 nanti bila rendang dah siap masak.

3. Tumis bahan yg diblend agak2 wangi msukan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.masukkan santan, asam kpg gula & garam. tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik

4. Dah mendidih kuat pelankan api masukan telur.terpulang lah nak kuah banyak ke kuah kering.

5. Taburkn hirisan daun kunyit yg tinggal sehelai tadi tu.....dah siap.selebihnye air tangan memasing

Tuesday, April 09, 2019

TELUR DADAR KENTANG

BAHAN-BAHAN 

5 biji telur
2 biji kentang (Dipotong dadu kecil)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak


CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Rebuskan kentang dengan air sehingga empuk. Masukkan telur, kentang, bawang besar, cili merah, daun sup, daun bawang, dan garam ke dalam mangkuk.

Kacau rata. Panaskan minyak masak di dalam kuali leper dan tuangkan bancuhan telur tadi. Masakkan dengan api perlahan sehingga telur kelihatan kuning keemasan.

Terbalikkan telur perlahan-lahan menggunakan pinggan leper. Masakkan lagi sehingga telur kelihatan kuning keemasan. Hidangkan ke dalam pinggan leper.

KERABU TELUR MASIN

CARA CARA

Rebus telur masin

Cincang hncur bwg besar/ bwg merah halia bwg putih n lada burung dan serai
gaul gula garam aji cuka dgn bhn yg cincang td
nanti letak kacang panjang dan tomato..

Siap perasakan air asam tadi.. guna sudu utk buang telur tadi dan rendamkan..siapp..


Wednesday, October 31, 2018

CARA BUAT SARANG TELUR

Mentega (yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu. Kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.

CARA BUAT SARANG TELUR
BAHAN-BAHAN:
2/3 biji telur kuning sahaja
(Dipukul rata-nak letak garam sikit pon boleh)
1 sudu butter
1cawang minyak masak

Bila minyak nak ala2 panas masukkan butter dan terus pusingkan minyak tu dalam bentuk bulatan sehala dgn menggunakan senduk bentuk bulat.

Putarkan lelaju sikit tapi jangan sampai minyak melimpah ruah kene korang plak.. naya jek.

Dah putar laju-laju tu, masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.. tarik tinggi bekas telur tu macam nak buat teh tarik. Tapi putar tu tetap putar tau. Nanti dia akan berbuih2, agak2 kuning keemasan telur tu, terus tapis dengan penapis kelapa ye.

RESEPI UDANG BUTTER
Udang 14-15ekor
Bawang putih 3 biji
Cili 4-5biji (utk anak sy ltk 3 biji jek)
Daun kari
1 sudu Butter
1/4 cwn Susu segar
Garam

Udang di garam kunyitkan dah goreng. Sekejap jek jgn lama-lama kalau tak liat. Lepas tu ketepikan.

Kuali yang lain, butter dipanaskan dan tumis bawang putih dan cili. Dah naik bau masukkan daun kari. Agak2 garing..masukkan susu segar dan sedikit garam.

Masukkan udang yang dah digoreng tadi gaul rata. Agak kering angkat.

Lps tu taburkan sarang telur tadi atas udang. Sekian..

Monday, October 22, 2018

RESEPI ACAR TELUR PUYUH

Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani. Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing


RESEPI ACAR TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN
35 biji telur burung puyuh ( resipi asal guna telur ayam )
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah *
3 biji cili merah *
1 camca besar jintan manis * ( * ditumbuk halus )
1 biji bawang besar, belah 8
1/2 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan cili kering kisar _ ( saya tambah )

PROSES PENYEDIAAN
Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.

Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.


Masukkan cuka, kicap, gula ( lebih sikit ) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KARI TELUR

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana

RESEPI KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam - rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang sederhana besar - potong dadu dan goreng sebentar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar ginger garlic paste
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dihiris nipis
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar minyak sapi
Anggaran 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

CARA CARA
Ambil telur yang telah dikupas tadi, gunakan pisau kelar 2 @ 3. Lumur sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sebentar hingga permukaan telur menggerutu sedikit. Ketepikan.

Di dalam periuk , panaskan sedikit minyak bersama sama minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar, cili hijau, tomato, halba campur dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan ginger garlic paste,serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga semua rempah pecah minyak.

Kemudian masuk baki air bersama sama air asam jawa. Biarkan ia merenih sebentar kemudian masukkan telur dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula.



Tuesday, September 18, 2018

CARA BUAT TELUR MASIN

Telur masin merujuk kepada telur yang diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh dijadikan telur masin.  Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di dalamnya habis digunakan.


CARA BUAT TELUR MASIN

PROSES MEMBUAT

Basuh dan bersihkan telur itik dgn menggunakan span . Lap dan keringkan telur yg telah dibasuh dgn menggunakan tuala pengelap. Kemudian jemur telur ditengah² panas lebihkurang 4 jam atau lebih.

Panaskan 3 liter air. Bila air telah mendidih, matikan api dan masukkan 2 kg garam kasar dan larutkan. Sejukkan air garam hingga benar2 sejuk.

Masukkan telur ke dlm balang. Tapis air garam dan tuangkan air garam Ke dalam balang yg telah diis telur itik tadi. Potong bbrp helai daun pandan dan masukkan ke dlm balang utk menghilangkan hanyir telur itik..

Ikatkan air paip didlm plastik dan sumbatkan ke dlm balang tersebut spy telur terendam sepenuhnya didlm air garam.

Biarkan selama 14-21 hari barulah telur asin boleh dikeluarkan dan dibersihkan mengikut kemasinan yg dikehendaki masing². Simpan dlm petisejuk. Bila nak makan, telur asin hendaklah direbus.

Telur Masin ini telah direndam didlm air garam selama 14 hari

Telur Masin yg telah direbus setelah 14 hari direndam didlm air garam.


Monday, March 12, 2018

KARI TELUR & IKAN KURAU MASIN

Ikan Kurau atau nama saintifiknya Polydactyls indicus merupakan ikan air masin.Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

KARI TELUR & IKAN KURAU MASIN
BAHAN BAHAN
4 biji telur direbus hingga masak
6 keping ikan kurau di potong dadu
2 sudu besar bawang besar kisar
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 ini halia di tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari daging
Garam secukup rasa
1/4 cawan air assam
2 biji ubi kentang di potong dadu kecil
1 kuib knorr ayam
4 cawan air untuk kuah nya
Minyak masak untukmenumis
Sedikit daun kari

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak sedikit di periuk.

Letakkan bahan kisar, bawang2, halia, cili. Tumis hingga ia bangkit aroma nya. Letakan air, daun & serbuk kari dan ubi kentang. Garam secubit dan 1 kuib knorr ayam. Rasa kuahnya, biarkan kentang nya masak hungga empok.

Bila sudah mendidih dan empuk kentang nya, letakan telur rebus dan ikan kurau masin nya.

Kecilkan api dan biarkan ia masak dalam berapa minit lagi supaya telur dan ikan meresap kuah kari nya. Sajikan panas panas dengar taburan daun kari bersama nasi putih.



Sunday, March 11, 2018

RESEPI SARDIN TELUR

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. 

Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

RESEPI SARDIN TELUR

BAHAN-BAHAN
1 tin sardin besar
Telur 2 biji
1 labu bwg holand
Bwg putih 2 ulas
1 bj tomato
1 bj lada merah besar
1 sb sos cili @ tomato
Daun bawang
Halia (mayang)
Garam
Gula
Air

PROSES PENYEDIAAN
Basuh telur & pecahkan dlm mangkuk. Letak air sikit bg rasa lembut kacau sebati..Goreng sambil kacau..Ketepikan..

Tumis bwg putih..masukkan halia,bwg holland,

Ikan sardin,air separuh tin..Didihkan.. Then,masukkan gula,garam secukup rasa,sos,lada & tomato.

Tutup api..letak daun bawang..Ringkas & best rasanya..

Tuesday, March 06, 2018

TELUR BUNGKUS ASLI ALA THAI


Telur (Latin, ovum) merupakan zigot yang dihasilkan melalui pensenyawaan terhadap ovum. Telur merupakan berongga yang organik di mana satu embrio haiwan yang pertama sedang membentuk. Telur boleh membentuk dengan sendiri di luar rahim ibunya. Telur mempunyai embrio yang sedang membentuk sehingga ia selamat menetas sambil berhadapan dengan bahaya. Kebanyakan artropod, vertebrat, dan moluskaadalah bertelur. Sesetengah haiwan ini mengekalkan telur disenyawakan di dalam betina, cth. kala jengking dan kebanyakan mammalia, dan melahirkan anak tanpa menggunakan rahim.

Sebiji telur bunrung unta yang beratnya 1.5 kg (3.3 lb) adalah yang terbesar dan terberat masa kini sedangkan pada zaman purbakala, Aepiornis dan beberapa dinosaur yang lain mempunyai telur jauh lebih besar. Seekor Bee Hummingbird terkenal kerana menghasilkan telur yang terkecil iaitu hanya setengah gram. Telur-telur diletakkan oleh beberapa reptilia dan kebanyakan ikan mungkin lebih kecil, dan beberapa serangga dan lain-lain invertebrat mungkin jauh lebih kecil.

TELUR BUNGKUS ASLI ALA THAI

BAHAN-BAHAN
2 keping isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

PROSES PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.

2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak.

3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata.

4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.

5. Taburkan secubit garam jika perlu.

6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.

7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.

8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.

9. Letakkan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut.

10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan.

Tuesday, February 27, 2018

CARA MEMBUAT TELUR PINDANG


TELUR PINDANG
elur Pindang adalah makanan tradisi orang cina Malaysia dan telur pindang berasal dari negara china. Telur pindang banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Walaupun asalnya adalah makanan tradisi orang cinakini telur pindang sudah boleh diperolehi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.

Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna menjadi perang cair. Masa merebus bergantung kepada resipi, namun biasanya melibatkan masa panjang (sehingga beberapa hari).

Disebabkan rasanya yang unik dan berempah, serta proses masakannya yang agak rumit, telur pindang bukan menjadi menu bagi makanan harian. Telur ini dibuat lebih untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu.

TELUR PINDANG

BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan:
1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.

PROSES PENYEDIAAN
Asingkan semua daun dari batang.

Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama.( bahan A )

Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama.( bahan B )

CARA SUSUNAN UNTUK MEREBUS:
Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.

Lakukan proses yang sama kepada daun salam.

Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.

Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.

Tabur dan ratakan kulit bawang.

Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk.

Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.

Iskan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.

Setelah itu, taburkan garam kasar.( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).