Thursday, February 08, 2018

BURUNG PUYUH GORENG CANTIK





BAHAN BAHAN

8 ekor burung puyuh
serbuk ketumbar
Jintan manis (ditumbuk)
Jintan putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Serai (dititik)
Garam
Gula
Serbuk perasa  
Bawang merah (ditumbuk)
bawang putih (ditumbuk)
cili kering (ditumbuk)
daun kari
Serbuk kari
Cili kering (dipotong)
Bawang besar (dipotong bulat)

PROSES PENYEDIAAN


Gaul burung puyuh dengan cili tumbuk,bawang putih,bawang merah,jintan,serai,halia,ketumbar,garam,gula,daunkari. Perap selama setengah jam.
Panaskan minyak goreng puyuh hingga garing.Masukkan cili potong dan bawang besar.Angkat

Wednesday, February 07, 2018

PARU GORENG BERLADA



BAHAN BAHAN

500gm peparu lembu (dibubuh sedikit garam dan direbus empuk)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
1 sudu teh serbuk belacan
4 sudu besar cili kisar
Sedikit garam dan gula
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 keping asam gelugur      

BAHAN-BAHAN KISAR:
5-6 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia

PROSES PENYEDIAAN


Peparu lembu dihiris nipis dan dibubuh di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit, gaul hingga sebati. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Goreng peparu hingga kering. Ambil sesudu besar minyak menggoreng peparu tadi, panaskan ia di dalam kuali lain. Tumis Bahan-bahan kisat tadi bersama belacan dan cili kisar.

Biar hingga ia terbit minyak dan garing. Masukkan peparu bersama garam, gula, bawang besar dan asam gelugur. Kacau hingga sebati. Biar hingga bawang layu sedikit. Angkat.

PARU GORENG



BAHAN BAHAN

250 paru
air mendidih bergaram yang cukup untuk meliputi paru garam & lada sulah secukup rasa
¾ cawan minyak masak
2 labu besar bawang besar (dihiris bulat-bulat)
2-4 batang lada hijau (dibuang bijinya & dihiris menyerong)
1 camca kicap pekat
1 camca kicap cair
2 biji tomato separuh masak (diparut)      

BAHAN SOS
15-20 batang lada kering (direndam &ditoskan)
½ cawan air mendidih
3 camca cuka
1 camca kicap pekat
1 camca kicap cair
3 Batang lada hijau (dihiris tipis)
garam & lada sulah secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN


Rebus paru dalam air bergaram hingga lembut. Ambil 1/2 cawan air rebusan & tapiskan. Keluarkan paru sejukkan.Hiris tipis -tipis & besar serta bubuh bahan perasa secukup rasa. Pijarkan minyak hingga berasap. Goreng hirisan-hirisan yang telah diperap itu hingga kuning & garing.
Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Kurangkan minyak kepada 1 camca.Goreng bawang yang telah dihiris bulat-bulat hingga layu.

Masukkan bahan-bahan yang selebihnya & air rebusan yang telah disimpan.Bubuh serbuk perasa secukup rasa. Biarkan hingga mendidih & masukkan separuh paru yang telah di goreng.Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit.Isikan ke dalam pinggan & biarkan hangat.

UNTUK MENYEDIAKAN SOS
Satukan semua bahan & ketepikan dengan bertutup selama 2-3 minit. Hidangkan dengan paru goreng selebihya.Hidangkan panas-panas kedua hidangan itu dengan nasi putih.

HIRISAN DAGING BEREMPAH


DAGING

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.


RESEPI HIRISAN DAGING BEREMPAH


BAHAN BAHAN

00 gm daging - dihiris nipis
1 genggam beras - dicuci bersih dan tumbuk
3 tangkai cili kering- dikisar
3 biji bawang merah - dihiris        
2 tangkai daun bawang - dipotong halus
1 sudu teh jus limau nipis
Gula dan garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN

Cuci daging dan rebus empuk. Setelah itu gaul daging dengan beras tumbuk.
Campurkan pula cili kering, bawang merah, jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan hidangkan. Tabur daun bawang di atasnya.

RESEPI HATI GORENG LADA

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.


RESEPI HATI GORENG LADA
BAHAN-BAHAN
600 gm hati lembu
4 sudu besar serbuk lada putih
3 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa  
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Potong hati 2.5 cm x 2.5 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Gaul hati dengan jintan putih, lada putih, kunyit dan rempah. Lereng bawang besar. Potong daun bawang sepanjang 2.5 cm.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hati lembu bersama ramuan. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan garam. Kacau selalu. Sebelum diangkat tabur dengan daun bawang.


Monday, February 05, 2018

RESEPI DAGING SALAI DENGAN BELIMBING

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING SALAI DENGAN BELIMBING 

BAHAN BAHAN
1 kg daging salai (dihiris nipis)
1 senduk cili padi yang ditumbuk
1 senduk kunyit hidup yang ditumbuk
1 ulas bawang besar (dihiris halus)  
5 ulas bawang putih
3 biji kelapa (ambil santannya)
Belimbing

PROSES PENYEDIAAN
Rebus daging salai sehingga lembut da tuskan.

Gaulkan daging salai dengan cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih.

Kemudian, masukkan santan dan masak hingga mendidih.


Apabila sudah mendidih, masukkan belimbing dan garam. Masak dan hidangkan.

RESEPI UDANG MASAK KUNYIT TEMPOYAK

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG MASAK KUNYIT TEMPOYAK
 BAHAN-BAHAN
1kg udang harimau/udang besar

BAHAN DIGILING:
5 biji cili merah (mengikut selera anda)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan
+ sedikit air.
2 batang serai dititik
3 sudu besar tempoyak durian
2 keping asam keping
Air 1 mangkuk sederhana
garam & ajinomoto menikut selera anda

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 2 sudu besar minyak masak.Tumiskan bahan giling tadi bersama 2 batang serai. Tutup kuali dengan tudung dan perlahankan api.

Biarkan bahan tadi benar-benar masak dan naik bau selama 10 minit. Jika air kering, jangan biarkan sambal anda kering supaya ia tidak hangus. Tambahkan sedikit demi sedikit air.(jangan terlalu banyak). Tutup semula tudung supaya baunya tidak hilang.

Proses inilah yang amat penting sekali bagi memastikan kuah anda nanti benar-benar kick baunya!

Selepas 10 minit, masukkan udang bersama tempoyak dan asam keping. Gaul perlahan-lahan udang bersama sambal tumis tadi hingga ia sebati bersama bau tempoyak, bila keluar air udang,biarkan seketika dan teruslah masukkan air 1 mangkuk.


Biarkan sehingga mendidih. Sebaik saja mendidih, terus masukkan garam dan ajinomoto mengikut citarasa anda. 

RESEPI UDANG MASAK MERAH

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


RESEPI UDANG MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN
600 gm udang saiz sederhana
2 sudu besar cili sos
4 sudu besar tomato sos
2 batang serai, diketuk
Sedikit gula
sedikit garam
sedikit air

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
50 gm cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia
½ cm lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan dahulu.

Panaskan minyak. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih , halia dan lengkuas sampai garing. Kemudian masukkan cili sos, tomato sos dan air.

Masak sampai mendidih. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak pekat sedikit, tuangkan ke atas udang yang telah diatur di atas pinggan.


RESEPI UDANG LIPAN MASAK SERAI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


RESEPI UDANG LIPAN MASAK SERAI

BAHAN-BAHAN
1 kg udang lipan       
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping.

Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak.


RESEPI UDANG LEMAK NENAS

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport..


RESEPI UDANG LEMAK NENAS

BAHAN-BAHAN
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai  
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang&toskan.Taburkan sedikit gula diatasnya.Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan& bawang merah hingga lumat.

Masukkan santan ke dlm kuali& biarkan sehingga mendidih,barulah dimasukkan rempah yg telah ditumbuk tadi,masukkan sedikit minyak masak & masukkan udang lalu dibalik-balikkan.

Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit garam.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang & kerisik.Angkat & hidangkan.