NASI
GORENG
Nasi
goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama
kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan
lauk tambahan, kecuali telur goreng
Nasi
goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka
memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi
tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada
masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan
bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
RESEPI NASI HARUM MANIS
BAHAN BAHAN
1kg beras wangi |
cuci dan tuskan
1000 ml air
200 ml susu cair
5 sudu besar minyak
jagung
5 ulas bawang merah
| hiris
3 ulas bawang putih
| hiris
100 gm halia |
hiris
1/2 cawan isi
jagung manis
1/2 cawan lobak
merah | sagat
Sedikit rempah
empat sekawan
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit daun sup
Sedikit bawang
goreng
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak
jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan
dan kacau sebati.
Kemudian air, garam
dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan
beras serta susu.
Kacau sebati. Tanak seperti biasa. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung
dan lobak. Tanak sehingga masak.
Akhir sekali,
taburkan daun sup dan bawang goreng.