Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI LEMPENG GANDUM

BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

CARA MASAK
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.

2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Janganmterlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.

3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.

4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.

5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.

Sunday, April 28, 2019

RESEPI PUTERI AYU CHEESE


BAHAN BAHAN
2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

CARANYA:-

1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.

3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.

6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.

7. Didihkan air di dalam kukusan.

8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.

9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.


Saturday, April 13, 2019

RESEPI CUCUR MANIS STIK

 BAHAN BAHAN
 2 cawan tepung gandum
 2 cawan air
 3 sudu gula
 1 sudu minyak masak
 1 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT STIK
1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana.siap

Thursday, April 11, 2019

RESEPI BISKUT SUJI CRYSTAL

BAHAN A(DIAYAK BERSAMA)

250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

BAHAN BAHAN B

125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

CARA-CARA :
Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.

Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.

Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.

Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.

Wednesday, April 10, 2019

PUDING BISKUT MARIE

BAHAN-BAHAN :-

200 gram Roti Marie
10 gram Agar-Agar Serbuk
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 buku Buttercup
6 sudu besar serbuk koko
8 sudu besar Milo
1/4 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN :-
1.  Blender susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla & tepung kastard.  Ketepikan.

2.  Bancuh serbuk koko + Milo dgn sedikit air suam.  Ketepikan.

3.  Masak serbuk agar2 dgn air hingga serbuk agar2 larut dan mendidih.

4.  Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.

5.  Masukkan bahan2 yg di"blender" dan kacau hingga sebati.  Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat.  Sentiasa kacau.

6.  Masukkan serbuk koko & Milo yg tlh dibancuh td.  Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.  Masak hingga ada meletup-letup.  Ini menandakan puding telah masak.  Tutup api.

7.  Alas loyang 7" x 7" dgn plastik.  Lebihkan di bhgn kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dr loyang nanti.

8.  Masukkan adunan puding (lapisan koko).  Ratakan keseluruhan loyang.

9.  Susun Roti Marie satu persatu di atas lapisan koko.  Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yg kosong.

10.  Masukkan adunan puding (lapisan koko) lg.  Susun Roti Marie spt tadi.

11.  Ulang proses yg sama sehingga habis.  Pastikan di atas sekali, mesti lah lapisan koko.

12.  Sejukkan.Bila sudah sejuk, simpan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.  Sedap dimakan sejuk2.

Tuesday, April 09, 2019

RESEPI APAM BALIK

BAHAN BAHAN

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan gula*
1 sudu kecil yis*
1/2 cawan air suam*
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik soda bikarbonat
sedikit garam
1biji telor saiz kecik
1 cawan susu segar (kalau takde boleh je taruk air kosong)
bahan tabur
jagung
kacang tanah disangrai dan ditumbuk kasar
gula
sedikit marjerin utk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

CARA-CARA
Bahan bertanda gula, yis dan air suam di campur dlm satu cawan..tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit dah naik berbuih blh dicampur dlm adunan tepung nanti.

Pecahkan telor kacau dgn whisk hingga berbuih dan campur semua bahan2 di atas dan kacau hingga sebati dan tuang campuran yis tadi dan kacau sebati

Biarkan dlm 30 minit dan boleh dioles pada permukaan pan nonstick (tak perlu sapu minyak ye)dlm 1 senduk atau lebih sikit...

Api dapur hanya guna api perlahan sahaja ye utk elakkan ia hangus ... nampak dah separuh kering bolehla tabur gula, jagung dan kacang tanah. dah masak lipat dua..

Dah siap masak boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik

RESEPI ROTI PURI & SAMBAL SARDIN



BAHAN BAHAN
500 gram tepung gandum
8 gram yis (Mauripan @ dll)
2 sudu besar marjerin@butter
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 gram/ml air suam

CARA CARA
Satukan gula kastor, marjerin@butter dan air suam. Kacau sehingga gula larut sedikit.

Masukkan semua bahan kering dan curah bahan yang telah dibancuh tadi.

Uli menggunakan tangan@mesin penguli sehingga menjadi doh yg licin.Boleh tambah sedikit tepung jika perlu.

Rehatkan 10 minit (tutup dgn plastik@kain) dan selepas itu bolehlah di bentukkan bulat dan biarkan seketika utk doh mengembang sedikit.

Canai doh dan boleh digoreng. Jangan terlalu tebal@nipis. Semasa menggoreng api sederhana kuat dan sentiasa simbah minyak panas atas roti supaya roti menggelembung. Goreng sehingga kekuningan .

RESEPI SAMBAL SARDIN
1 tin sardin
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang Holland*
4 biji cili padi* (nak kurang pedas boleh kurangkan)
2 biji cili merah*
3 inci halia*
2 biji kentang (dadu)-optional
Asam jawa
Garam
Serbuk perasa
Bahan bertanda*-hiris nipis

CARA CARA
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang Holland, halia, cili padi dan cili merah. Setelah naik bau masukkan kentang.

Masukkan ikan sardin. Hancurkan ikan tersebut. Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa.- sesedap rasa.

Masak sehingga kentang empuk. Siap. Selamat Menjamu Selera.

POPIA DAGING BLACK PEPPER

BAHAN BAHAN

Kulit Popia

BAHAN UNTUK INTI
2 bj bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (didadu)
4 -5 bj kentang (didadu)
300 gm daging kisar
1-2 sdb serbuk lada hitam
300 gm mix vege
2 sdb sos tiram
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

CARA CARA
Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.

Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.

Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.Rasakan garamnya. Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.

Biarkan inti sejuk .Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.

Sunday, April 07, 2019

RESEPI ROTI JALA


BAHAN BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna

CARA
Bancuh semua bhn kcau guna whisk je..kemudian tapis..masuk dlm bekas 3 muncung & boleh la menjala

Saturday, April 06, 2019

RESEPI TAUHU BERGEDIL

BAHAN BAHAN
1. Kentang 5-6 biji
2. Daging kisar 200 gram
3. Tauhu pok
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang holland

CARA CARA
1. Kupas kentang dan potong 4
2. Rebus kentang sampai empuk
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.
4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
6. Masukkan daging yang dah siap masak.
7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2.

8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. 

9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.

10. Sumbat inti dalam tauhu cantik2😂

CELUPAN
1. 3 biji telur
2. Garam sikit

Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

BAHAN BAHAN SOS (sumber dari azian collection):
1. 2-3 ulas bawang putih
2. 1 inci halia
3. 1 cawan cili kisar
4. 1 cawan sos cili
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 1/2 cawan gula melaka/merah
7. 1 cawan air asam jawa (2 tbsp asam jawa)
8. 1/2 cawan air

Resepi Tauhu bergedil sambal kicap sedap

4-5 biji ubi kentang di rebus tp tidak terlalu empuk
300gm daging/ayam cincang/kisar
2 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar serbuk kurma atau kalau takde guna rempah sup
1 sudu kecik serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis
secukup rasa /garam

BAHAN CAMPUR
lada merah dicincang halus
daun bawang/sup dipotong nipis
bawang goreng
1 sudu besar tpg jagung

20 biji tauhu pok
2biji telor dikocok terlebih dahulu
minyak utk menggoreng

CARA CARA
1.  Bersihkan ubi kentang dan buang kulit lalu direbus sehingga masak tp tak terlalu empuk
2.  Dah masak lecek ubi kentang hingga halus
3.. Panaskan kuali letak 2 sudu minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah kurma/sup kacau 
4.  masukkan daging cincang/kisar dan lada hitam  kacau sebati dan sehingga masak dan masukkan secukup rasa/garam ..
5.  Masukkan adunan daging dlm adunan ubi kentang yang telah kita lecek dan masukkan semua bahan campur kacau sebati dan rasa kalau tawar masukkan garam sikit lagi
6.  Potong tauhu (gambar) dan sumbat sedikit bergedil dlm tauhu tadi buat sampai habis
7.. Kocok telur dlm satu bekas..sambil2 tu panaskan minyak dlm kuali ..lg bagus guna periuk kecik sahaja sbb nanti minyak yang akan digunakan biar terendam tauhu tadi
8.  Celup tauhu bergedil dlm telur dan masukkan dlm minyak panas tadi.. goreng biar warna keemasan .siap

SAMBAL KICAP
5-10 biji cili api
2 biji lada merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili/tomato
2-3 sudu besar gula
garam
1/2 cawan kicap

campur kesemuanya kisar sebati. boleh dimasak sebentar

RESEPI KUIH LOMPANG PANDAN

BAHAN BAHAN
11/2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh air kapur
2 cawan air
5 helai daun pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut putih
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN
Kisar daun pandan bersama 2 cawan air.Tapis Satukan tepung beras,gula pasir,tepung jagung dan air kapur.Tuang air pandan tadi.Kacau sebati sehingga gula larut dan tapis

Titiskan pewarna hijau. Acuan disapu dengan minyak masak dan kukus sekejap lebih kurang 5 minit

Tuang adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh

Kukus selama 15-20 minit sehingga lesung pipit terbentuk

Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan
Kelapa parut digaul bersama garam dan kukus sekejap supaya tahan lama

Hidang kuih lompang bersama kelapa parut

RESEPI AGAR AGAR SANTAN


BAHAN BAHAN
1 paket kecil/25gram agar2(bertali)
Air 7 cawan/lebih kurang 1700ml
Gula pasir 1 cawan
3 ketul gula batu(xletak pon xpe)
Pewarna hijau sesedap mata memandang
Esen perisa pandan 1 sdb
1 santan kotak kecik(sy pakai yg m&s punya)
2 biji telur

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air dlm periuk dan masak agar2 sampai hancur.Msukkan gula dan gula batu dan kacau sebati.

Masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Masukkan santan dalam bekas/mangkuk berasingan dan pecahkan telur,kacau sebati..

Tuangkan santan ke dalam periuk agar2 dan kacau perlahan hingga mendidih. Bila dah mendidih,tuang agar2 ke dalam loyang.

Biarkan agar2 sejuk dan membeku sekejap,masukkan dalam peti ais..siap

Sunday, March 31, 2019

RESEPI KUIH PUKIS

BAHAN IBU YIS
1 s/t yis segera
1 s/b gula pasir
25g air suam kuku
campurkan semua bahan diatas.. biarkan hingga ia berbuih lbh krg 10 minit...

BAHAN BAHAN
3biji telur (A)
130g gula pasir
250g tepung gandum
1 s/t ovelatte
200g susu cair (bole juga klu nk guna santan)
125g air suam
50g susu pekat manis
sedikit esen vanila

BAHAN SAMPINGAN
coklat rice
color rice
buah cerry
parutan cheddar cheese

PROSES PENYEDIAAN
Satukan susu pekat manis, susu cair dan juga air suam. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

Dalam bekas lain, satukan telur, ovelatte, gula dan juga garam. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan pula adunan yis tadi. Pukul sebati.

Kemudian masukkan tepung dan juga campuran susu tadi secara berselang seli sambil pukul hingga sebati.

Kemudian perapkan dulu selama 1 jam.
Panaskan acuan kuih pukis atau boleh guna acuan dangai. Sapukan acuan ngan sedikit minyak...untuk memastikan kuih kita x melekat pula nanti...(pastikan api kecil ye jgn besar pl) - saya sapu masa mula2 panaskan saja. Lepas tu tak sapu dah untuk.dapatkan warna yang sekata

Sudukan adunan ke dalam acuan, kemudian tutup. Apabila adunan hampir masak, taburkan ngan bahan tabur ikut citarasa. Kemudian tutup lagi. Tunggu hingga masak.. (jangan tabur masa kuih dah masak ye.. nanti x melekat plk).

Apabila dah masak.. bole la diangkat dan dihidangkan...sedap mkn waktu panas juga sejuk... ia xkn keras.. lembut je.. walu pn dh sejuk...

RESEPI KUIH DORAEMON😁


BAHAN BAHAN
3biji telur
1/2 cawan gula
Esen vanilla

**putar hingga gebu

1sb madu
2sb susu pekat
2sb minyak masak

*masukkan kedalam adunan telur td,, putar lg hingga sebati

2cawan tepung gandum
1sb baking powder

3/4 cawan air

*ayakkn tepung, masukkn air Dan kacau sebati kedalam adunan telur

Goreng Tanpa minyak dlm pan hingga permukaan atas kering.. Baru diterbalikkan.

Filling guna jem coklat