Showing posts with label RESEPI IKAN. Show all posts
Showing posts with label RESEPI IKAN. Show all posts

Tuesday, December 01, 2020

IKAN TALAPIA MASAK PEDAS THAI


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni sy tambah)
1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
5ulas bawang putih - cincang halus2
7-8biji cili padi hijau -hiris
1biji cili merah -cincang halus2
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia -hiris (yg ni sy tambah)
1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh


PROSES PENYEDIAAN
Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).

Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa.Siap, tutup api curah atas ikan

Wednesday, September 16, 2020

IKAN TALAPIA MASAK KARI

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan Talapia
1 paket kecil rempah kari
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
1 kepal asam jawa
1 kotak santan kotak + 3 kotak air
Garam

BAHAN HIRIS:
2 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:
8 batang kacang bendi
1 biji tomato buah
2 tangkai cili hijau - belah 2

CARA CARA:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah yang dihiris dan halba campur. Bila minyak banyak, baru minyak akan timbul ketika dimasukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja kari nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Masukkan rempah kari kering yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan sedikit air. Masak lama lama dengan api perlahan sehingga rempah garing dan pecah minyak.

Setelah rempah terbit minyak, baru masukkan daun kari, santan dan air asam jawa. Perlahankan api. Kena selalu dikacau sehingga mendidih supaya kuah cantik dan tidak berketul.

Bila mendidih, masukkan ikan. Setelah ikan hampir masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.

Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga ianya pecah minyak. Jika perlu, boleh keluarkan ikan terlebih dahulu sementara kuah terbit minyak.

Masukkan garam. Rasa garam harus seimbang dengan rasa masam. Paling penting, biarkan kuah kari ada sedikit rasa masam barulah rasanya lebih sedap. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR @ CEKUR

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan talapia (goreng dengan garam kunyit terlebih dahulu)
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
6 biji ubi cekur *
5 helai daun cekur (dihiris halus)
Santan pekat
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
* ditumbuk halus

Ikan talapia digoreng terlebih dahulu

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang di tumbuk halus tadi hingga naik bau dan garing.

2. Kemudian masukkan sedikit air, santan pekat, asam keping, garam dan hirisan daun cekur tadi.

3.Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat,baru dimasukkan ikan talapia yang digoreng tadi.

4.Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutupkan api. Hidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:
1. Ikan talapia 2-3 ekor
2. Lada kecik sengenggam 
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 4 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam
7. Gula

CARA MEMASAK
1. Goreng ikan talapia sehingga garing. Gunakan api yang perlahan. Bagi yang pertama kali nak belajar goreng ikan tu, korang kena la bubuh garam dan kunyit dekat ikan talapia tu.. Sat lagi tak sedap pulak ikan korang. Tawar jer rasa.. hihi.

2. Bila dah siap goreng tu korang ketepikan dulu. Now proses nak masak sambal pulak. Cara dia mudah je, korang tumbuk bawang besar, bawang putih, lada kecik dan halia. Kemudian tumis dalam kuali.  siap



Sunday, February 09, 2020

TALAPIA GORENG BERLADA


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia merah saiz besar
garam & serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
1 ketul sebesar bola pingpong asam jawa
Garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat

BAHAN KISAR/TUMBUK
10 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN
Ikan dibersihkan & dikelar. Larutkan asam jawa dalam sedikit air dlam bekas yang muat untuk merendam ikan tadi. Masukkan ikan talapia yang sudah bersih & rendam anggaran 30 minit.

Sementara itu boleh sediakan bahan sambal. Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tambah asam gelugur & sedikit air jika terlalu kering. Bila dah secukup rasa bolehlah masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau2 sikit boleh matikan api.

Ikan yang direndam tadi boleh dicuci bersih. Lumur dengan serbuk kunyit & garam hingga rata. Goreng hingga garing kedua2 belah. Oleh kerana ikan tu besar gorenglah sekor2 ye. Bila ikan dah masak bolehlah masukkan dalam kuali sambal lada tadi & gaul rata.

 Boleh juga letakkan ikan goreng dalam pinggan hidangan kemudian tuangkan sambal di atas ikan rata2. Ikut je mana yang anda suka.



Sunday, September 22, 2019

TALAPIA MASAK LEMAK CILI API


BAHAN-BAHAN:
15 biji cili api (tak suka pedas boleh kurangkan)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
(blend kan bahan di atas)
2 cawan santan pekat
Ikan talapia - kalau nak hilang hanyir,gaulgaram n serbuk lada hitam
Gorengkan sekejap
(cik ngah amik bahagian kepala je
Sebab besar sangat,dlm 500g gak la)
2 batang serai-ketuk je
Sehelai daun kunyit-carik2 kan
2 biji lada merah-belah tengah jgn putus,buang biji
Garam

PROSES PENYEDIAAN

  • Masukkan ikan dalam periuk,jangan nyalakan api dulu
  • Masukkan bahan blend dan santan pekat
  • Jerangkan atas api,sentiasa kacau supaya santan tak berketul
  • Masukkan serai dan daun kunyit. Biarkan menggelegak
  • Masukkan cili merah
  • Perasakan dengan garam. Siap

IKAN TALAPIA MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia merah ~ basuh bersih dan potong 2
1 biji bawang merah ~ tumbuk
1 biji bawang besar ~ potong bulat
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1/2 inci halia ~ hiris xletakpon xpe
2 sb cili kisar
1st garam
2 st gula
2 sb sos sili
serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN
  • Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak
  • Tumis halia hingga garing baru masukkan bawang kisar
  • Bila bawang da garing masukkan cili kisar dan goreng sampai pecah minyak
  • Masukkan garam + gula + sos....
  • Masukkan ikan dan bawang hiris jika suka kemudian gaul sebati...
  • Sedia dihidang


TALAPIA MASAK TEMPOYAK

BAHAN BAHAN
4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
1 mangkuk tempoyak
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
5 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka

CARA MASAK
ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2.

tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..

masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa.


bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang.

RESEPI SARDIN PEDAS



BAHAN BAHAN
1 tin besar sardin
10 biji bawang merah – dihiris nipis
5 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris nipis
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Cili api kampung – dibelah dua
Asam jawa
Garam
Gula

CARA PENYEDIAAN

Tumis sahaja kesemua bahan di atas dengan minyak panas.

Sudah naik wangi, masukkan sardin dan tumis lagi sampai pecah minyak sardin.

Baru masukkan air asam jawa. Perasakan dan biar kuah pekat sedikit. Siap.

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI IKAN HARUAN BERLADA



Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus)

RESEPI  IKAN HARUAN BERLADA

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Scomberomorini, umumnya disebut ikan tenggiri, adalah suku ikan bertulang pada keluarga makerel, Scombridae – yang masih memiliki kaitan dengan suku makerel, tuna dan bonito, ditambah Gasterochisma melampus

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:

2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

PROSES PENYEDIAAN
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.

SAMBAL IKAN BAWAL BERLADA

Resepi Sambal ikan Berlada yang mudah dan ringkas untuk disediakan.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana
4 tangkai cili merah dipotong
4 tangkai cili hijau di potong
3- 5 tangkai cili padi dipotong
1 labu bawang besar 
1 keping asam gelugur 
2 batang serai-diketuk
1 biji limau kasturi
1 sm belacan-dibakar
3 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih di hiris
Sedikit minyak dan air
Garam dan gula secukup rasa


CARA-CARA MEMBUAT:
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.


Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.

Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.


Thursday, May 02, 2019

TENGGIRI JERUK HOMEMADE


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan tenggiri dipotong agak tebal anggaran 1 jari
1 genggam garam kasar
1 mangkuk cuka masakan
10 keping asam gelugur/keping
Minyak masak secukupnya

CARA CARA
1. Cuci bersih ikan yg dipotong. Toskan airnya. Susun di dulang dan jemur pada panas terik selama 2 jam

2. Lepas 2 jam angkat ikan dan sejukkan. Lap2 sikit dgn tisu dapur kalau ikan masih basah

3. Sediakan cuka dlm mangkuk yg boleh muat ikan. Sediakan juga 1 bekas bertutup yg bersih

4. Celupkan ikan dlm cuka, angkat ikan guna sudu atau pengepit, susun dlm bekas bersih tu. Buat 1 barisan (mungkin 3,4 keping ikan)

5. Taburkan sebahagian drp garam kasar dan susun asam di antara ikan - proses pengawetan ikan ya

6. Celup baki ikan dan susun lg 1 barisan. Buat sampai ikan habis. Taburkan baki garam dan asam pd ikan

7. Tutup bekas rapat2. Balut bekas dgn plastik hitam atau kain gelap dan simpan dlm tpt gelap mcm kabinet dapur selama seminggu (5-7 hari)

8. Selepas di peram seminggu tu, buangkan air ikan dan asam keping, pindahkan ikan dlm bekas lain yg bersih. Susun cantik2 dan tuang minyak masak secukupnya utk awetkan dan supaya isi ikan tak kering

Sunday, April 28, 2019

KENGSOM IKAN SIAKAP

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan siakap –
3 tangkai cili merah – buang biji (*)
Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
1 biji bawang merah besar (*)
4 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato - belah 6
1 biji limau nipis – ambil jus
Nanas masak secukupnya
Kangkung secukupnya


CARA MEMASAK
Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.

Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.Masukkan hirisan nanas.

Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa. Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.

Perasakan dengan garam dan sedikit gula.Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.


Saturday, April 27, 2019

MASAK LEMAK CILIPADI KEPALA IKAN MERAH + BUNCIS &TOMATO CERI.

BAHAN-BAHAN:
I Keping Kepala Ikan Merah - dibersihkan
5/6 biji cilipadi kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 kotak Kecil santan Kara campurkan dgn 1 cawan  air
1/4 kiub Ikan Bilis
Kacang Bunci
Tomato Ceri
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa.


CARA CARA
1.Tumbuk Cili Dgn Kunyit hidup hingga halus. Campur Garam kasar sekali.

2. Gaulkan cili & kunyit tumbuk dgn ikan sampai mesra

3. Masukkan santan & asam gelugor, Kiub bilis. Then didihkan. Sambil tu kacau la Sesekali. Tak perlu timba2 sbb dah  masuk  garam dr awal santan tak pecah.

4. Pastu masukkan  kacang buncis , tomato . Kacau la sesekali. Sesuaikan rasa and angkat. senang kan?




SIAKAP SWEET SOUR SEDAP

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang
Sedikit cili kisar
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung

HIASAN:
8 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang
Daun sadri

CARA CARA:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.

Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.