Showing posts with label RESEPI AYAM. Show all posts
Showing posts with label RESEPI AYAM. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

RESEPI AYAM MASAK OREN


BAHAN BAHAN 
  • 2 dada ayam (gaul dengan baking soda,tu rahsia yang biasa chinese restaurant selalu buat)

BAHAN SOS
  • 1 sudu kecil minyak zaiton (sebab guna non stick pan, tak payah guna minyak banyak sangat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan orange juice (perah sendiri)
  • 1 sudu equal (guna stevia pun boleh)
  • 2 sudu besar soy sauce
  • 1 sudu cuka
  • sambal (paste sambal pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu halia (hakak guna serbuk halia)
  • 1/2 sudu lada putih
  • zest of one orange
  • cili padi (tekak hakak takde cili padi tak sah)

PROSES PENYEDIAAN
tumis bawang putih ngan halia
  • masukkan ayam gaul sampai masak.
  • yang sos tuk ayam tu.. campur kan semua... masak sekali sampai pekat.
  • campak cili padi (kalau nak pedas la)..siap.

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI AYAM PERCIK ALA KELANTAN

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam - potong 4

BAHAN PERAPAN:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

BAHAN KUAH:
  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering 
  • Garam secukupnya
  • Sedikit Gula
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

CARA CARANYA:
  • Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. 
  • Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
  • Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. 
  • Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
  • Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam. 
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Sunday, April 28, 2019

AYAM GORENG CHEESE ALA KOREA


BAHAN BAHAN
  • 1-1 1/2 keping dada ayam
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu kecil lada hitam
  • 1-2 sudu serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk roti
  • Garam secukup rasa
  • Mozarella cheese secukupnya

CARA CARA
  • Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
  • Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam. Perap 1 jam atau lebih.
  • Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
  • Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
  • Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
  • Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
  • Kacau sehingga keju betul-betul cair.
  • Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Saturday, April 27, 2019

RESEPI NASI KAK WOOK


BAHAN BAHAN GULAI AYAM:
  • Bawang Bombay - 4 Labu
  • Bawang Putih - 5 Ulas
  • Halia - 1 Inci Setengah
  • Lengkuas - 1 Inci Setengah
  • Rempah Kari Daging - 3 Sudu
  • Rempah Kerutub - 1 Sudu
  • Kacang Panjang - Potong
  • Terung Potong Kecik2
  • Leher Ayam, Kaki Ayam, Sayap Dan Paha Dipotong2 Kecil.
  • Santan (Jgn Pekat Sgt)
  • Garam Dan Kiub Ayam
  • 1 Kerek Nisan

CARA-CARANYA
  • Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
  • Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
  • Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. 
  • Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
  • Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

AYAM GORENG HARUM:
  • 1 Ekor Ayam - Potong Kecik2
  • Garam- 2 Sudu Kecik
  • Kunyit Hidup -  2 Inci Tumbuk Lumat
  • Serbuk Kunyit - 1 Sudu Kecik
  • Serbuk Cili - 1 Sudu Kecik
  • Daun Kari 3 Tangkai
  • #Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

CARA2NYA
  • Ayam basuh bersih dan toskan.
  • Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
  • Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK:-
  • 4 Biji Cili Kering - Direbus
  • Cili Padi Ikut Pedas
  • 2 Inci Belacan
  • 1 Labu Bawang Besar Dibakar
  • 1 Labu Bawang Putih Dibakar
  • Gula, Garam, Perasa
  • Air Asam Jawa

CARA2NYA:-
  • Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

Thursday, April 11, 2019

AYAM MASAK BUTTER

Mentega (yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu. Kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.

BAHAN BAHAN:
  • 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
  • 2 sb butter
  • 1 sb cili merah - cincang
  • 2 chili padi - cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese
  • 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

BAHAN PERAP:
  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • 2 sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 telur

CARA CARA:
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
  • Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Wednesday, April 10, 2019

RESEPI RENDANG AYAM CILI API

Rendang atau randang merupakan hidangan daging pedas yang berasal dalam kalangan suku Minangkabau yang menduduki kawasan Sumatera Barat di Sumatera, ia disediakan dengan memasak daging bersama santan, lada, dan banyak rempah ratus sehingga kering. Ia salah satu makanan khas budaya Minangkabau, penyajian ia turut meluas di antara masyarakat suku Melayu sama serta orang Maranao (di Mindanao) dalam rantau Nusantara

BAHAN-BAHAN:
  • 8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
  • 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
  • 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
  • santan dari sebiji kelapa
  • daun kunyit (hiris halus)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • gula melaka
  • garam
  • air asam jawa

CARA MEMASAK:
  • Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
  • Masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
  • Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
  • Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

KARI AYAM MINANG

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 20 tangkai cili padi(klu nk pedas kaw blh + lg)
  • 1 biji bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2camt serbuk kunyit
  • (Mesin semua bhn ni)
  • 1 pkt  kecik rempah kari daging(bancuh dgn air)
  • 3@4 biji kntang(belah 4)
  • 5@6 helai daun limau purut
  • 2 btng serai-ketuk
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 3 kpng asam keping        
  • garam perasa n sedikit gula

CARA CARA
  • Tumis bahan mesin hingga naik bau
  • Masukkan daun limau dan serai
  • Masukkan rempah kari daging dan tumis sampai garing..
  •  Masukkan 2 gelas air
  • Masukkan ayam dan kentang
  • Masukkan asam keping,garam gula dan perasa..
  • Masak hingga ayam dan kentang empuk
  • Akhir skali masukkan santan..


PHAT KAPHRAO GAI (THAI CHICKEN BASIL)

Phat kaphrao (Bahasa Thai:ผัดกะเพรา, disebut [pʰàt kā.pʰrāw]; selasih goreng), juga dieja pad krapow, pad kaprao, ialah salah satu hidangan à la carte Thai yang paling popular. Dengan beberapa akuan, phat kaphrao dimasukkan sebagai sebahagian daripada mandat budaya Thailand oleh Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram semasa Perang Dunia II. Phat kaphrao, serta pad thai, adalah salah satu hidangan yang digalakkan dalam pertandingan makanan Thai tempatan.phat kaphrao diilhami oleh penggorengan kilas iaitu proses masakan orang Cina. Sebahagian daripada empat orang yang terselamat dari gua Tham Luang meminta phat kaphrao sebagai hidangan pertama mereka selepas dua minggu terperangkap di dalam gua itu

BAHAN BAHAN
  • 500gm isi ayam (cincang sendiri.  Bukan beli ayam cincang ramly tu taw. Nak ganti daging pun boleh)
  • 5 ke 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 6 ke 7 biji cili api (cincang halus. Nak extra pedas, tambah lagi)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2+1/2 sudu sos tiram
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • Segenggam penuh daun selasih

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan Minyak. Tumis Bawang Putih & Cili Api Sampai Garing.
  • Masukkan Isi Ayam. Kacau Sampai Separuh Masak.
  • Masukkan Sos Tiram, Kicap Manis & Serbuk Nasi Goreng Ayam. Kacau Rata Sampai Ayam Masak.
  • Masukkan Daun Selasih. Kacau. Tutup Api Bila Daun Selasih Layu. Makan Dgn Nasi Panas + Telur Mata Goyang + ulam timun. Done.




Monday, April 08, 2019

AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

Kukus atau stim ialah istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih. Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.

BAHAN BAHAN
  • 6 ketul bahagian paha dgn betis ayam, bersihkan dan potong kecil...
  • 1 biji bawang holland dicincangkan
  • 1 labu bawang putih dicincangkan
  • 6 cili merah dicincangkan.. Nak pedas blh gunakkan cili api
  • 1 sudu besar taucu tamin
  • 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah
  • (resipi ni xde guna garam sbb dah guna kicap cair)
  • Kalau yg nak masin boleh letak garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nk masak dlm 30mins dan kacaukan jap dan kukus blk 10mins
  • Gaulkan semuanya dan masukkan dlm mangkuk ke dulang ke dan kukus dlm 40mins... Dah siap boleh hidangkan

NUGGET AYAM

BAHAN-BAHAN:
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 butir telur - ambil putih sahaja
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 100 gm serbuk roti
  • ½ labu bawang besar - cincang
  • Sedikit  lada sulah
  • Sedikit serbuk ayam #groomy
  • Sedikit  minyak masak

CARA CARA MENYEDIAKAN
  • Satukan daging ayam kisar dengan  putih telur.
  • Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk ayam dan lada sulah.
  • Akhir sekali campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.
  • Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
  • Apabila hendak dinikmati, goreng nugget sehingga kekuningan.

RESEPI AYAM PANDAN


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

CARA-CARA
  • Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  • Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  • Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  • Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  • Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  • Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  • Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

RESEPI DALCA KARI RUSUK

Dalcha atau dalca, juga dikenali sebagai kaddu ka dalcha, adalah kari India Hyderabad yang diperbuat dari kambing, chana dal dan asam.Ia biasanya disajikan dengan hidangan nasi yang disebut bagara khana.  

BAHAN BAHAN
  • 1kg Rusuk lembu - di rebus hingga masak dan empok. Di rebusan nya letakan 1 batang kayu manis,5 biji buah pelaga, 3 helai daun pandan, 2 biji bunga lawang dan garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kacang dhal di cucui dan di rendam
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar bawang besar kisar
  • 4 ulas bawang putih kisar
  • 3 cm halia di kisar
  • 4 biji ubi kentang di potong dadu2
  • 3 batang lobak merah di potong serong/dadu
  • 1 mangkuk kacang panjang di potong 1/2 inch
  • 1 buah terung di belah dadu
  • 1 batang serai yang di titik
  • 3 sudu serbuk kari ikan
  • 2 daun tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji rempah buah pelaga
  • 2 biji rempah bunga lawang
  • Minyak & mentega 2 sudu besar

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan dan cairkan mentega dan minyak diperiok. Letakan bahan2 yang di kisar, cili kisar bersama 1 batang serai dan rempah2 4 sekawan.
  • Goreng hingga ia bangkit bau nya, letakan air rebusan daging dan letakan lobak merah dan ubi kentang. Biarkan ia mendidih, letakan dhal dan kacang & terung nya bersama serbuk kari ikan.
  • Bila ia mendidih kemudian masuk rusuk daging yang sudah di rebus empok dan daun kari. Letakan garam secukup rasa. Rasa kuahnya. Sajikan panas2 bersama nasi atau roti.

RESEPI DALCA AYAM

Dalcha atau dalca, juga dikenali sebagai kaddu ka dalcha, adalah kari India Hyderabad yang diperbuat dari kambing, chana dal dan asam.Ia biasanya disajikan dengan hidangan nasi yang disebut bagara khana.

BAHAN-BAHAN
  • 1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
  • 1 cawan santan
  • 2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
  • 1 biji cili hijau - potong 1 inci
  • 1 biji kentang - belah 12
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat - belah 6
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 keping asam gelugor

BAHAN TUMBUK
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

CARA-CARA
  • Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  • Masukkan bahan tumbuk & tumis hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  • Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  • Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, April 06, 2019

TOMYAM PUTIH

BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
  • 4 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 7 batang sweet peas - kerat 2
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 3 kuntum cendawan butang - belah 2 setiap 1
  • 2 camca besar sos ikan
  • 10 biji chili padi thai merah - dititik
  • 1 batang serai - ditik
  • 1 biji bawang besar - belah 6
  • 1/2 inci lengkuas - dititik
  • 1/2 inci halia - dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 1 batang saleri - kerat
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato - belah 6

CARA MEMBUAT
  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak.
  • Masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
  • Perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
  • Akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

RESEPI TOMYAM KAKI AYAM ALA THAI

                  
BAHAN A - KISAR
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

BAHAN B
  • Kaki ayam ikut suka nk bnyk mana
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam
  • Pelbagai sayuran
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau keluar.
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu peka
  • 1 biji limau kasturi
  • air – lebih kurang 1L
  • garam & gula

PROSES PENYEDIAAN

1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.

2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula kaki ayam.

3. Bila kaki ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika

4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato. Siap!



TOMYAM PUTIH THAILAND


BAHAN BAHAN
  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Batang Serai dipotong serong
  • Seinci Halia dihiris nipis
  • Sedikit Lengkuas dihiris nipis
  • Daun Limau Purut
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bunga Kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/ Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Rebus isi ayam
  • Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  • Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato. Jangan lupa garam secukup rasa

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP

BAHAN-BAHAN A - DIKISAR
Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

BAHAN BAHAN B:
Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung
* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

PROSES PENYEDIAAN
1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.