Showing posts with label RESEPI SAMBAL. Show all posts
Showing posts with label RESEPI SAMBAL. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

SAMBAL GORENG JAWA

Sambal goreng jawa untuk anda semua. Semoga resepi ini berjaya untuk anda hasilkan sambal yang lagi sedap.
BAHAN-BAHAN     
2 biji kentang  (Dibuang kulit dan dihiris nipis)
1 keping tauhu (Dipotong kecil)
1 keping tempe (Dipotong kecil)
½ cawan ikan bilis
15 biji cili api   
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
2 batang serai
½ inci lengkuas
(Cili api, bawang merah, bawang putih, serai dikisar bersama lengkuas)
1 sudu makan kicap lemak manis
¼ cawan air asam jawa
½ cawan santan
Sedikit suun  (Dipotong pendek dan direndam)
1 labu bawang besar (Dihiris)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Panaskan minyak masak kemudian gorengkan kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan.Tuskan minyak.

Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

Masukkan kicap, air asam jawa, santan, dan garam. Kacau sehingga agak kering.

Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dan suun. Kacau rata.

Masukkan bawang besar dan kacau lagi sehingga kering. Sedia dihidangkan.

SAMBAL IKAN BAWAL BERLADA

Resepi Sambal ikan Berlada yang mudah dan ringkas untuk disediakan.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana
4 tangkai cili merah dipotong
4 tangkai cili hijau di potong
3- 5 tangkai cili padi dipotong
1 labu bawang besar 
1 keping asam gelugur 
2 batang serai-diketuk
1 biji limau kasturi
1 sm belacan-dibakar
3 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih di hiris
Sedikit minyak dan air
Garam dan gula secukup rasa


CARA-CARA MEMBUAT:
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.


Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.

Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.


Sunday, April 28, 2019

RESEPI SAMBAL KENTANG

BAHAN BAHAN
Kentang (gaul kunyit.. goreng)
Ikan bilis (goreng)
Cili padi *
Bwg merah*
Bwg putih*
Belacan*
Bwg besar potong bulat
Air asam jawa
Garam

CARA CARA
Kisar @tumbuk bahan2 bertanda (kasar2 pun takpe)

Tumis bahan yg ditumbuk guna minyak goreng kentang dan bilis td

Masukkan air asam dan goreng sampai garing

Masukkan bawag yang dipotong bulat tadi.. rasakan dgn garam

Bila sambal dah sejuk sikit br masukkan kentang n ikan bilis.. gaul rata

CARA MEMBUAT PES KARI


BAHAN BAHAN
Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba

CARA CARA
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.

RESEPI PES ASAM PEDAS


BAHAN BAHAN
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai titik
Seikat daun kesum
1 sudu besar halba
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa.

CARA CARA

1. Macam biasa, panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,

2. Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.

3. Bila dah siap, sejukkan sekejap dan boleh dibekukan.

4. Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw!)

kredit : puan asrimah bakri
@ResepiDuniaMasakan

Saturday, April 27, 2019

SAMBAL SARDIN CILI PADI + KENTANG+ PETAI

BAHAN BAHAN:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak/cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai/jering
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam n perasa

CARA:
Mesin  kasar bhn bertanda *

Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris

Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing

Masukkan garam n perasa

Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

Thursday, April 11, 2019

SAMBAL BERLADA IKAN BILIS

BAHAN BAHAN
300g+- ikan bilis
Sedikit sos tiram
Asam keping

BAHAN KISAR
20biji cili padi merah + 6batang cili merah besar
20biji bawang merah kecil
5ulas bawang putih
Sedikit halia

CARA CARA
Goreng garing ikan bilis...

Tumis bawang kisar + cili merah kisar. Sehingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram, garam, gula perasa..

Masukkan asam keping..

Last masukkan ikan bilis.. Gaul rata... Siap...


Monday, April 08, 2019

RESEPI SAMBAL GESEK

BAHAN BAHAN

Cili padi merah + hijau
Cabai burung
Bawang merah
Ikan bilis
Limau nipis / kasturi
Serbuk perasa / garam / gula

Goreng semua bahan lepastu baru ikan bilis . Goreng layu saja ya
Dah layu , masuk dalam lesung batu tenyeh2 sampai hancur . Jangan hancur sangat , perah asam limau / letak perasa . Siappp

CARA MEMBUAT CILI KISAR




Cara membuat cili kisar perlulah betul supaya ia boleh tahan lama.

Pertama, gunting dan basuh bersih-bersih. Kemudian, rebuskan hingga mendidih Lebih lama mendidih lebih bagus supaya cilinya masak dan tahan lama. Sama juga dengan cara menyimpan bawang kisar, seeloknya kisar cili yang ditambah dengan minyak dan bukan dengan air. Seeloknya, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu.

Cili kisar yang dibuat di rumah tak boleh disimpan di bahagian chiller macam cili giling atau cili boh yang kita beli di pasar raya. Sebabnya, cili yang dibuat sendiri tiada pengawet dan hanya boleh bertahan dalam tempoh 1 minggu sahaja. Maka, kalau nak tahan lebih lama, masukkan dalam bekas kedap udara dan disimpan di bahagian freezer.

RESEPI JERUK MANDAI DENGAN IKAN BILIS GARING



BAHAN BAHAN

Kulit cempedak - yang telah dibuang kulit luarnya.
Sedikit garam
Air suam
Sedikit Cuka
Sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
Kulit cempedak dibasuh dan ditoskan airnya. Bila agak kering, potong ikut yang disukai.

Sediakan bekas dan masukkan cempedak yang siap dipotong. Masukkan air suam, cuka, gula dan garam. 

Jerukkan untuk beberapa minit, jam atau berhari-hari. Lama pun tak mengapa. Seterusnya, goreng jeruk tadi sehingga kekuningan. Toskan.

Potong bawang besar ikut cara sendiri dan goreng sebentar bersama cili besar merah/hijau

Ikan bilis yang siap digoreng dan taburkan ke dalam MANDAI  Serbuk lada hitam untuk taburan. SIAP!




Saturday, April 06, 2019

PES IKAN BAKAR

BAHAN BAHAN
📍 10 biji bawang merah
📍 4 biji bawang besar
📍 1/2 labu bawang putih
📍2 ikat serai
📍10 cm halia
📍2 cm lengkuas
📍2 cm kunyit hidup
📍cili padi (kalau suka pedas)

Blend semua bahan2 di atas.  Tumis cili boh dan masukkan bahan2 yang telah di blend. Lepas tu tambahkan :

📍 air asam jawa
📍 belacan
📍 gula melaka / gula gerek
📍 gula
📍 garam
📍 serbuk perasa
📍 daun kunyit / limau purut (kalau suka)

Masak lama2 sampai pekat. Dah ada pes, boleh la bakar apa2 yang patut .

SOS THAI KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

3 ulas bawang putih dikopek
2 cili merah (nak pedas lagi bole tambah cili padi)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar (tbsp) garam
1 sudu besar tepung jagung di cairkan dgn 2 sudu besar air

PROSES PENYEDIAAN
1. kisar semua bahan2 kecuali tepung jagung

2. masak kisaran dgn api sederhana

3. bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepunya masak dan kelihatan sos. Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. biar sos sejuk dan masuk dalam botol kedap udara.SIAP

Wednesday, October 31, 2018

RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG KERING

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk di permukaan. Begitupun, ia tidak berbahaya. Tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.
BAHAN-BAHAN:
  • Sepeket tempe-dihiris halus
  • Segengam ikan bilis
  • 5-6 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Tempe yang dihiris halus, dimasukkan sedikit garam dan ditabur sedikit tepung. Gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng garing. angkat Kemudian goreng garing ikan bilis. angkat
  • Blender cili kering dan bawang.
  • Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula. perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak.
  • Tambah sedikit garam. Apabila lada sudah betul2 kering dan masak, masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata sebentar dan tutup api.

Monday, April 09, 2018

RESEPI SAMBAL KERANG PEDAS MASAM MANIS

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah
BAHAN BAHAN
  • 200 gm isi kerang

BAHAN UNTUK DI KISAR
  • 3 senduk cili kisar
  • 5 biji bwg kecik
  • sebijik bwg merah sederhana.
  • 5-6 ulas bawang putih
  • sedikit halia

BAHAN-BAHAN LAIN
  • 1 biji bawang kuning hiris bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 inci belacan
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit santan
  • perahan jus asam jawa
  • sedikit sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato

PROSES PENYEDIAAN
  • Kerang dibersihkan, dan dicelur seketikap di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak.
  • Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.
  • Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah..jangan terlalu kering
  • Rasa dan jika cukup rasa boleh matikan api. Siap untuk di hidangkan

Monday, April 02, 2018

RESEPI SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS


Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah

RESEPI SAMBAL TUMIS KERING IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN
100gm ikan bilis digoreng garing2, angkat..ketepikan
5 ulas bawang merah - di mayang nipis
4 senduk cili blend
1 sudu besar asam jawa adabi
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
Aji- optional..
Minyak masak secukupnya.


PROSES PENYEDIAAN
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan bilis tadi tumis bawang & cili blend hingga betul2 garing atau warnanya bertukar merah gelap...

Masukkan garam, asam jawa dan gula..Kacau rata.. Tutup api.. Tunggu 10 minit..Masukkan ikan bilis yg telah di goreng tadi.. Kacau rata..Siap..

p/s : Tempe boleh dcampurkan sekiranya minat makan tempe


RESEPI SAMBAL TUMIS TEMPOYAK


Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).

RESEPI SAMBAL TUMIS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN
Petai 4 papan - buangkan kulit dan goreng sekejap
Ikan Bilis - agak2 dalam 1 mangkuk sederhana - digoreng, jangan garing sangat
Tempoyak 5-6 sudu besar
Cili merah - 10 biji (boleh juga guna cili kering, kalau cili kering
Bawang besar - 2 labu, kalau nak lebih pun boleh (dihiris)
Sedikit air
Gula pasir secukup rasa
Garam dan serbuk perasa.
Minyak untuk menumis 2 senduk

BAHAN KISAR
Cili padi - segenggam 
Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 5 ulas

Kunyit hidup 1 inci


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masak anggaran 5 minit (kacau jangan bagi hangit), masukkan bawang besar, masukkan ikan bilis dan tempoyak. Masukkan air anggaran 1 cawan. Renihkan dengan api perlahan.

Perasakan dengan gula dan garam. Kalau pedas sangat.. masukkan lebih gula. Masak hingga pekat, sedia untuk dimakan.

RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM


Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah

RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM

BAHAN-BAHAN
Lada kecik *
Bawang putih*
Bawang kecik*
Daun ketumbar dgn batang*
Sos ikan dicanpur air belacan
Limau

PROSES PENYEDIAAN
Gorengkan bahagian bertanda * sehingga layu.
Tumbuk bahan yg digoreng itu sampai lumat, curah sos ikan yg dicampur air belacan, last perah limau. Siap