Showing posts with label RESEPI UDANG. Show all posts
Showing posts with label RESEPI UDANG. Show all posts

Saturday, April 13, 2019

RESEPI MEE UDANG KUALA SEPETANG

BAHAN BAHAN
1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK
1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Thursday, April 11, 2019

RESEPI KARI LAKSA UDANG GALAH



BAHAN-BAHAN:
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)


CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.

2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.

3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.

4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.

5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.

6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.

7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya

8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.

9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).

7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.

8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.

9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.

Tuesday, April 09, 2019

SEAFOOD MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
  • Sotong, Udang, Isi kerang -kerangan jika ada
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Cili Merah
  • Kunyit Serbuk
  • Sebuk Black Papper
  • Sos tiram
  • Sos Cili
  • Kicap Manis
  • Garam dan Gula

PROSES PENYEDIAAN

  • Tumis kan cili merah yg dah diblend dgn bawang putih sampai pecah minyak.
  • Masukkan :
  • serbuk black pepper sikit
  • Kunyit serbuk sikit
  • Serbuk cili sikit
  • Sos tiram sikit
  • Sos cili sikit
  • Kicap manis sikit
  • Perasakan dgn garam dan gula.
  • Pastu masukkan kerang dgn bawang besar. Masak sampai kerang betul2 masak. Tutup periuk. Pastu masukkan sotong dan udang. Jgn masak lama sangat udang dgn sotong nnti kecut sangat.
  • Siap!

Sunday, April 07, 2019

RESEPI GULAI TEMPOYAK UDANG + PETAI


BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang sederhana besar
1-2 papan petai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 sudu besar tempoyak
5-10 biji cili padi (kalau tak suka pedas kurangkan)
Air (untuk pekat atau cairkan kuah jika perlu)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARANYA:-
Kupas kulit udang, basuh dan toskan. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.

Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja.

Biar mereneh seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Saturday, April 06, 2019

RESEPI MEE UDANG

             
BAHAN BAHAN
½ kilo udang saiz sederhana/besar
2 biji tomato, dipotong
10 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
7 cawan air
1 biji ubi kentang, direbus dan dilenyek

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
½ inci halia
10-15 ekor udang kering, direndam sehingga kembang
10 tangkai cili kering

CARA CARA
Di dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak.

Apabila kuali sudah panas secukupnya, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili dan kacau sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan air dan tinggikan api dan renehkan sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus dan kacau sebati.

Masukkan udang dan kacau dalam 5 hingga 7 minit.

Masukkan pula tomato dan tambahkan garam dan gula sehingga secukup rasa.

Biarkan kuah direneh sehingga mendidih dan tutupkan api.

Wednesday, October 31, 2018

CARA BUAT SARANG TELUR

Mentega (yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu. Kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak mentega.

CARA BUAT SARANG TELUR
BAHAN-BAHAN:
2/3 biji telur kuning sahaja
(Dipukul rata-nak letak garam sikit pon boleh)
1 sudu butter
1cawang minyak masak

Bila minyak nak ala2 panas masukkan butter dan terus pusingkan minyak tu dalam bentuk bulatan sehala dgn menggunakan senduk bentuk bulat.

Putarkan lelaju sikit tapi jangan sampai minyak melimpah ruah kene korang plak.. naya jek.

Dah putar laju-laju tu, masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.. tarik tinggi bekas telur tu macam nak buat teh tarik. Tapi putar tu tetap putar tau. Nanti dia akan berbuih2, agak2 kuning keemasan telur tu, terus tapis dengan penapis kelapa ye.

RESEPI UDANG BUTTER
Udang 14-15ekor
Bawang putih 3 biji
Cili 4-5biji (utk anak sy ltk 3 biji jek)
Daun kari
1 sudu Butter
1/4 cwn Susu segar
Garam

Udang di garam kunyitkan dah goreng. Sekejap jek jgn lama-lama kalau tak liat. Lepas tu ketepikan.

Kuali yang lain, butter dipanaskan dan tumis bawang putih dan cili. Dah naik bau masukkan daun kari. Agak2 garing..masukkan susu segar dan sedikit garam.

Masukkan udang yang dah digoreng tadi gaul rata. Agak kering angkat.

Lps tu taburkan sarang telur tadi atas udang. Sekian..

RESEPI GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.

RESEPI GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN::
1 biji labu air ~ kupas kulit dan potong ikut suka
300 gm udang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sb serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1/2 sk serbuk kunyit
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan bwg merah hingga kekuningan, masukkan rempah dan serbuk kunyit.

Kacau selalu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan labu dan udang. Tambah 1/2 cwn air jika terlalu kering.

Bila labu agak lembut sedikit masukkan santan dan garam.

Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidang utk seisi keluarga.

Tuesday, October 16, 2018

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang | dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji epal hijau |dipotong memanjang atau dimayang
1 batang seleri |dipotong nipis
2 batang serai |dimayang halus
5 biji cili padi |dipotong halus
1 ulas bawang kecil | dimayang halus
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 biji air perahan limau nipis

CARA MEMASAK:
Rebus udang di dalam air yang sudah ddiletakkan serai yang sudah dititik dan sedikit garam. Rebus hanya sekejap (2 minit supaya udang tidak terlebih masak dan rasa manisnya tidak hilang)

Di dalam mangkuk kecil, masukkan udang dan bahan-bahanyang telah dimayang di dpotong tadi.

Masukkan sos ikan, sedikit garam, gula dan akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Wednesday, October 10, 2018

RESEPI UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam.

RESEPI UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN
BAHAN BAHAN
350 gm udang galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
3 sudu udang kering direndam dan dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus sehingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

PROSES PENYEDIAAN
Rebus dan Asingkan putih telur ( Ambil yang kuning sahaja) hancurkan kuning telur ketika masih panas

Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.

Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dalam kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari,udang kering dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.

Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dari telur masin)

Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Monday, October 08, 2018

RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
BAHAN BAHAN

1 biji kelapa parut - yang putih dan muda (di sangai sedikit cukup sekadar agak kering dan ringan)
1/2 cawan udang kering* - direndam sekejap dan diblender
1/2 senduk nasi cili kering yang diblender*
1 batang serai - dihiris dan diblender*
6 ulas bawang merah - diblender *
3 ulas bawang putih - diblender*
1 inci kunyit hidup - diblender*
Gula pasir secukupnya - saya guna dlm 4 sudu makan (saya guna gula merah@gula timbang)
Garam Secukupnya
minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang diblender yang bertanda* hingga naik minyak dan agak mengaring, masukkan pula gula dan garam, balik2kan lagi hingga perencah masak elok dan naik minyak.

Masukkan pula kelapa parut yang telah disangai kering. Balik2kan sehingga semua bahan bergaul rata dan kacau selalu hingga serunding masak cantik dan gorenglah agak lama sedikit atau hilang lembabnya jika hendak simpan lama.


Saturday, April 14, 2018

RESEPI BERGEDIL UDANG

Bergedel, perkedel atau 'pergedel adalah makanan yang diperbuat daripada kentang yang digoreng atau direbus sebelum dilumatkan lalu dicampur dengan daging cincang, hirisan daun bawang dan daun saderi kemudian di campur bahan-bahan perencah. Dibentuk bulat-bulat pipih, dicelupkan ke dalam pukulan telur ayam lalu digoreng.

Bergedel juga ada yang dibuat daripada ubi keledek, ubi kayu direbus atau digoreng dan di lumatkan, yang dibuat dari tauhu, tauhu dilumatkan dan dicampur dengan bahan-bahan perencah dan telur ayam lalu digoreng. Bergedel yang dibuat dari tauhu biasa disebut dengan bergedel tauhu.


RESEPI BERGEDIL UDANG

BAHAN BAHAN

300 g udang - dibuang kulit
300 g ubi kentang – direbus
1 pokok daun sup - dihiris
1 pokok daun bawang - dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN

Lecek ubi kentang dan cincang halus udang. Gaulkan bersama.

Masukkan semua bahan-bahan tadi gaul rata. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Panaskan minyak, celupkan bahan-bahan yg digaul dan dibulatkan tadi ke dalam telur dan gorenglah hingga garing.