Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong
dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang
halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang
udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia =
"insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi
Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus,
udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati
di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar
diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak
di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.
RESEPI BAKWAN UDANG
BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
250gmtepung gandum
50gm cawan tepung beras
150gm udang kecil | buang kepala dan bersihkan
1 biji telur
50gm tauge | bersih dan tos
50gm kucai | potong 3cm
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu the serbuk kunyit
Air sejuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS CILI BAWANG PUTIH:
1/2 cawan pes cili kering
3/4 cawan gula Melaka
1/2 cawan air asam Jawa
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu makan kacang tanah kisar
PROSES PENYEDIAAN
Mulakan dengan menyediakan sos. Panaskan minyak tumis
bawang putih hingga perang.
Masukkan pes cili kacau seketika masukkan pula air asam Jawa. Setelah
mendidih masukkan gula perang dan garam secukup rasa.
Kacau rata atas api perlahan hingga kuah pekat. Setelah cukup rasa
tutup api. Ketepikan.
Sediakan pula bancuhan cucur, campurkan tepung gandum bersama
tepung beras, garam,serbuk kunyit serta serbuk perasa ayam. Gaul rata.
Pecahkan telur di dalamnya dan tambah air, kacau rata hingga tiada
tepung yang berketul.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian campurkan kucai,
tauge dan udang di dalam bancuhan tepung tadi, gaul rata.
Setelah minyak panas gunakan seduk tuangkan
perlahan-lahan bancuhan ke dalam kuali supaya bancuhan cucur menjadi lebar dan
nipis.
Goreng hingga keperangan.Setelah selesai boleh
guntingkannya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih dan taburkan kacang
tanah di dalam mangkuk sos. Sedia dihidangkan.