Thursday, January 17, 2019

RESEPI DAGING PEKASAM MASAK PETAI

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).


RESEPI DAGING PEKASAM MASAK PETAI 

BAHAN BAHAN
1 Plastik Daging Pekasam (hiris halus2)
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Cili Padi
2 Papan Petai.

CARA MEMASAK :
Goreng Daging dengan api yang pelan sehingga garing. Bila dah garing angkat dari kuali dan asingkan dalam pinggan.

Tumis bawang besar sehingga garing dan mengikut selera masing2..kalau suka sampai kuning goreng lama sikit, kalau suka yang lembik2 separuh masak macam saya, so jangan lah goreng lama sangat.

Masukkan semula daging pekasam tadi dan masukkan pula cili padi.

Gaul2 sekejap dan boleh tutup api.Siap untuk dihidang, makan pula dengan nasi panas..perghhhh!!terangkat! ;)


RESEPI TAUHU BERGEDIL

Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicaptaucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

RESEPI TAUHU BERGEDIL

BAHAN TAUHU BERGEDIL:
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji kentang (rebus & lenyek)
1 cawan isi ayam dikisar
1 tin cendawan butang dicincang
10 ekor udang dicincang
1 biji cili merah besar dicincang
3 biji bawang merah digoreng
daun bwg & daun sup
serbuk lada putih & hitam secukupnya
garam secukup rasa

kentang direbus kemudian lenyek..ayam dimasak sebentar bagi airnya kering..kemudian campur dgn semua bahan..perasakan ikut citarasa masing2..tauhu digunting atasnya..isi tauhu dikeluarkan dan gaul bersama bahan inti..kemudian sumbatkan semula inti ke dalam tauhu sebelum dicelup adunan telur..

BAHAN CELUP TAUHU:
3 biji telur
garam secukup rasa
kocak telur & garam kemudian celupkan tauhu yg dah disumbat dgn bergedil

BAHAN SOS:
6 tangkai cili kering digoreng
4 tangkai cili padi siam digoreng
2 ulas bwg putih
2 sudu gula perang
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit tepung gandum @ tepung kentang yg dibancuh air
**masak kesemua bahan hingga pekat..perasakan ikut citarasa masing2