Nasi kerabu merupakan
hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan
kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan
ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang
digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia
disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak
dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam
menjadikan warna nasi hitam.
Terdapat pelbagai
variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu
Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat
popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang
ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok
lada.
RESEPI
NASI KERABU
BAHAN KUAH SAMBAL
TUMIS
10-15 cili
kering – di kisar
200 gm santan pekat
3 batang serai – di
ketuk
2-3 keping asam keping
3-4 ulas bawang
merah – di kisar
1 biji bawang besar –
di kisar
1/2 labu bawang putih
– di kisar
1/2 inci halia
2 sudu kecil garam
bukit halus
2 sudu besar budu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
minyak masak
CARA MASAK KUAH SAMBAL TUMIS
Tumis cili, bawang
merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
Masukkan air dan
santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai dan
asam keping hingga air mendidih.
Masukkan budu dan
gula.
Masukkan garam
secukup rasa. Kacau hingga pecah minyak. Tutup api.
CARA BUAT NASI KERABU
Masukkan 5 1/2 pot
beras, 2 helai daun pandan, pewarna biru (boleh guna 7 kuntum bunga telang),
dan air secukupnya ke dalam rice cooker. Masak
seperti biasa.
BAHAN SAMBAL IKAN
1 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin –
di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
5 batang serai
5 ulas bawang merah
2 1/2 sudu besar gula
2 1/2 sudu kecil garam
CARA BUAT SAMBAL IKAN
Goreng kelapa parut
dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.
Masukkan serai,
bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.
Masukkan ikan sardin
dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.
BAHAN SAMBAL CILI
1/2 kg cili – di basuh
limau nipis/cuka
asam jawa
belacan
gula dan garam
secukup rasa
CARA BUAT SAMBAL
CILI
Cili, limau nipis,
asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar.
BAHAN ULAM-ULAMAN
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
CARA BUAT
ULAM-ULAMAN
Hiris halus kubis,
timun, kacang panjang, daun kesum, dan bunga kantan. Gaul semua bahan.
Ulam-ulaman sedia
untuk dihidangkan.