BAHAN-BAHAN
500 gm daging Landak dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
HIASAN
daun sup
daun bawang
kacang buncis
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram
2. Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging. Perasakan dengan garam
3. Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat
4. Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang
Angkat dan sedia dihidangkan