Showing posts with label RESEPI DURIAN. Show all posts
Showing posts with label RESEPI DURIAN. Show all posts

Monday, April 02, 2018

RESEPI SERAWA PULUT DURIAN

Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.


Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

BAHAN BAHAN
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

UNTUK PULUT
Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.

Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.

UNTUK KUAH SERAWA
Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu.

Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SERAWA PULUT DURIAN
Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!

RESEPI CUCUR DURIAN DELITE


Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

RESEPI CUCUR DURIAN DELITE

BAHAN-BAHAN
5 ulas durian - diambil isinya
90 gm tepung berserbuk penaik
¼ sudu kecil garam
70 ml susu segar
1 butir telur
Minyak untuk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN
Campurkan tepung, garam, susu, telur dan kacau rata.

Masukkan durian dan kacau rata.

Panaskan minyak dan masukkan sesudu adunan ke dalam minyak sederhana panas. Tos minyak.

Hidang gorengan dengan minuman panas.

Wednesday, March 21, 2018

RESEPI PENGAT DURIAN

Kuih pengat merujuk kepada jenis masakan yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan utama, dan merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Pengat biasanya merupakan satu bahan utama seperti labu, pisang, nangka, ubi kayu, ubi keledek yang dimasak dengan kuah manis, dan ia dipanggil menurut bahan utama yang digunakan bagi membuatnya. 

Kuih pengat secara umumnya merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah manis. Terdapat pelbagai jenis pengat atau juga dipanggi sira yang boleh dibuat, secara umumnya pengat yang popular adalah:-
Pengat durian / Sira durian
Pengat labu / Sira labu
Pengat nangka / Sira nangka
Pengat pisang / Sira pisang
Pengat ubi
Pengat ubi kayu / Sira ubi kayu

RESEPI PENGAT DURIAN
BAHAN-BAHAN
500g isi durian
125g  gula melaka
100g air
100g ubi kayu
100g ubi keledek
8 helai daun pandan leaves (cuci dan disimpul)
100 ml santan pekan
150 ml krim putar (whip cream)
Secubit garam
Isi durian untuk hiasan: Satu sudu besar untuk setiap hidangan

PROSES PENYEDIAAN
Kupas dan potong ubi keledek dan ubi kayu pada kiub 1cm. Rendam dalam air untuk keluarkan kanji berlebihan.

Susun kiub-kiub ubi dalam bekas besi dan kukus pada suhu sederhana panas sehingga empuk. Tempoh kukusan selama 10-15 minit.

Sementara kiub ubi dikukus, sediakan sirap gula melakan dengan meletakkan gula melaka dan daun pandan yang disipul ke dalam air di bawah suhu rendah. Biarkan gula larut sepenuhnya dengan kacau perlahan.

Apabila gula melaka larut sepenuhnya, tapis sirap untuk asingkan bendasing. Tuang sirap ke dalam mangkuk.

Masukkan santan dan krim ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kecilkan api dan masukkan sirap gula melaka. Masukkan isi durian dan garam.

Kacau perlahan sehingga sebati dan memekat. Padam api.
Hidangkan pengat bersama kiub ubi yang dikukus dan sedikit isi durian.


RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN


Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN
BAHAN-BAHAN

LAPISAN BAWAH
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sudu teh garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (kalau gunakan santan kotak)

LAPISAN ATAS
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang/ gula kastor
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastard
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil  garam
Pewarna kuning (jika suka)
PROSES PENYEDIAAN

LAPISAN ATAS
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak.

Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.

Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: Santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.


LAPISAN BAWAH
Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.

Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.Masukkan pewarna. Kacau rata.

Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu

Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.

Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.



RESEPI PULUT DURIAN


Pulut durian ialah pulut yang dimakan bersama isi durian dan/atau kuah durian. Lazimnya pulut durian turut dihidangkan dengan santan dan gula. Ia popular di Indonesia dan Malaysia

RESEPI PULUT  DURIAN
BAHAN-BAHAN
Durian secukupnya
Pulut kukus
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

PROSES PENYEDIAAN
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Tuang santan yang disebati bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Sos Santan

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung – larutkan dgn sedikit air

PROSES PENYEDIAAN
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tepung jagung. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.

RESEPI PAF DURIAN


Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.

Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

RESEPI PAF DURIAN

BAHAN-BAHAN

PAF
160ml air
80g mentega
100g tepung gandum
4 biji telur B

KRIM DURIAN
250ml krim putar bukan susu
3-4 ulas isi durian
10g gelatin halagel
1 1/2 sudu besar air panas (untuk larut gelatin)

KRIM KASTARD DURIAN
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar mentega
3-4 ulas isi durian


PROSES PENYEDIAAN

PAF
Panaskan Oven pada suhu 195 celcius. Didihkan air dan mentega hingga cair.

Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga doh terbentuk dan tidak melekat. Masak di atas api sebentar sehingga nampak lapisan tipis putih di tepi periuk. Sejukkan doh.

Masukkan sebiji telur dan kacau hingga rata. Masukkan baki telur satu per satu dan kacau hingga menjadi adunan boleh dipaip.

Masukkan doh dalam beg paip dengan muncung nozzle bulat. Paip doh secara berjarak di atas kertas bakar.

Bakar di rak tengah selama 15 minit pada suhu 195 celcius dan turun ke suhu 170 celcius sebelum bakar selama 15 minit lagi.
Sejukkan dahulu sebelum paip masukkan krim.


KRIM DURIAN
Pukul krim putar sehingga hampir pekat.
Masukkan isi durian dan gelatin cair. Gaul rata.
Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dipaip ke dalam paf.


KRIM KASTARD DURIAN
Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian. Kisar hingga rata dan tapis.

Masak di atas api perlahan hingga pekat, masukkan mentega, kacau hinga licin dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dipaip.

NOTA PAF DURIAN:
Untuk membuat kulit paf, potong mentega kecil-kecil supaua cepat cair untuk mengelakkan jumlah air dari berkurang.

Tepung mesti dimasuk sekaligus supaya masak sekata. Gaul dengan cepat supaya doh licin dan tidak berketul.

Biar adunan sejuk dulu sebelum masukkan telur supaya telur tidak masak semasa mengadun.

Masukkan telur satu per satu. Gaul sehingga sebati sebelum masuk telur lain.


RESEPI CREPE DURIAN

Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.

Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

RESEPI CREPE DURIAN
BAHAN BAHAN CREPE
5 tbsp tepung gandum
1 tbsp tepung ubi kayu
1 tbsp tepung ubi kentang
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp kastad
2 tbsp gula aising
210 ml air
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
2 tbsp minyak mazola
Secubit garam
Esen vanila
Pewarna kuning (optional)
Inti Durian
1 cawan susu segar
1 sudu kastad
1 sudu gula
isi durian secukupnya

BAHAN WHIPPED CREAM
1 Cup whipped cream

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air, telur, minyak, esen vanila, susu segar, dan pewarna kedalam bekas. Kacau sebati.

Ayakkan semua tepung kedalam bekas dan kacau hingga tiada ketulan. Tapis adunan supaya adunan menjadi licin.

Masak adunan diatas ‘non-stick pan’ dan ketepikan.

Satukan susu segar, kastad dan gula kedalam kuali. Kacau dengan api sederhana. Bila sudah pekat, masukkan isi durian dan kacau rata.

Pukul whipped cream hingga kental. Pastikan whipped cream dalam keadaan sejuk.

Bentangkan 1 keping creap, dan picit kan sedikit whipped cream di tengah-tengah. Lapiskan dengan inti durian dan balut menjadi bantal. Sejukkan dan sedia dihidang.