Tuesday, September 18, 2018

RESEPI KERABU MAGGIE

Kerabu bermaksud makanan yg dibuat drpd hirisan mentimun atau sayur-sayuran yg dicelur serta dibubuhi kelapa parut, garam, lada dll.

RESEPI KERABU MAGGIE
BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN
Udang kecik, udang besaq & sutun dicelur. Ada juga yg campurkan fish ball, crab stick tp saya tak suka..so saya reject la bhn2 tu

Air celur seafood tadi guna utk celur maggi pulak. Sbb kita nak maggi tu terasa manis seafood tu.

Masukkan perencah maggi. Kalau tak tahan pedas jgn la boh semua perencah tu..ya ampun blh berasap mulut, telinga weiiii

Daun ketumbar, buah tomato, bawang besar, cili padi & limau nipis. Potong la mcmana pun takpe..takde bg kemudaratan pun kenss..

Campur semua bahan2 tu Boh air limau 1,2 biji + sos sotong 2, 3 sudu teh + gula secoet. Tu utk 3 peket maggi. Godek2 bg rata & mesra.   Dh siap....



RESEPI CUCUR UDANG DAN KUAH KACANG

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.


RESEPI CUCUR UDANG DAN KUAH KACANG
 
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk cucur
500 gram tepung gandum
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur

BAHAN UNTUK KUAH
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara untuk cucur:
Bancuh tepung dengan air hingga sebati.

Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.

Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.

Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.

CARA-CARA UNTUK KUAH:
Cincang bahan bertanda *.

Panaskan 3 sudu besar minyak

Tumiskan bahan cincang hingga wangi.

Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.

Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih

Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.


RESEPI PAU KENTANG AYAM

Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan. Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.

RESEPI PAU KENTANG AYAM
BAHAN-BAHAN:

Bahan Inti:
1 cawan ayam kisar
4 biji kentang - di potong dadu kecil
2 labu bawang besar (sedang) - di dadu halus
5 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - dicincang
3 sudu makan serbuk kari daging - bancuhkan dengan sedikit air jadikan pes
1/2 cawan air
sedikit garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk Pau:
6 cawan tepung gandum
1 peket yis kering mauripan
1/4 cawan gula - di larut dengan 1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan baking powder
2 sudu makan butter / shortening (lemak sayuran) - (saya guna butter - shortening x ada)
sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula sediakan inti pau, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dadu, bawang putih cincang dan halia cincang sehingga layu dan berbau harum. Masukkan Rempah kari yang dijadikan pes tadi, masukkan pula ayam kisar dan diikuti air.

Masukkan kentang dan balik2an, masukkan garam dan gula sebagai perisa, kalau nak masukkan serbuk perasa pun boleh tapi saya tak guna. Masakkan sehingga kentang empuk, tambahkan sedikit air jika kentang agak lambat lembut. Bila inti dah masak sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sediakan pula adunan pau. Mula-mula masukkan 1 peket yis kering mauripan kedalam mangkuk bersama 1/4 cawan air gula yang di larutkan tadi, biarkan yis hidup/membiak dalam 10 - 15 minit

Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu makan baking powder,
masukkan juga butter, dan sedikit garam gaulkan dengan hujung jari menjadi seperti bread crumb, masukkan pula bancuhan yis dan mula menguli dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit,

Uli sehingga adunan pau menjadi licin dan tidak melekit di mangkuk adunan dan seperti kita menguli roti canai. Biarkan adunan lebih kurang 1/2 jam atau naik sekali ganda. Bila adunan pau dah naik tumbuk2kan sedikit untuk keluarkan udara.

Bentukkan adunan pau ambil anggaran sebesar bola ping pong, leperkan sedikit di tapak tangan dan masukkan inti secukupnya lebih kurang 2 sudu makan. Tutup adunan dan jadikan bentuk bulat dengan bahagian yang dicantum di sebelah bawah. Letakkan pau yang telah di bentuk tadi di atas kepingan kertas 1.5 x 1.5 inci letak di atas dulang dengan menjarakkan sedikit dan biarkan adunan pau naik sekali ganda.

Panaskan kukusan dan masukkan pau untuk dikukus selama 20 minit. Pau panas dan lembut siap untuk dihidang...selamat mencuba..

RESEPI PEKASAM DAGING

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909,

BAHAN UTAMA:
  • 1kg daging | dihiris tidak terlalu nipis
  • 200gm garam
  • 150gm beras | disangai perang & ditumbuk
  • 50gm asam keping
  • 3 biji bawang merah | di mayang halus
  • 10gm cili padi | dihiris
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK
  1. Letakkan garam pada daging.
  2. Kemudian letakkan pula beras yang telah disangai.
  3. Gaul rata hirisan daging dan letakkan asam keping. Peram mengikut cita rasa.
  4. Setelah itu panaskan minyak dan goreng daging pekasam sehingga agak garing lalu asingkan.
  5. Dengan menggunakan lebihan minyak goreng tadi, tumis bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
  6. Akhir sekali masukkan daging pekasam tadi dan gaul sebati.


RESEPI ASAM LAKSA CINA

Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan

RESEPI ASAM LAKSA CINA

BAHAN UTAMA:
3kilo Ikan kembong
1tin kecil sardine

BAHAN KISAR
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

LAIN LAIN
4tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan - belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah

HIRISAN/HIASAN
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat dan disiakkan isinya. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet (admin cuci dulu). Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.

Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
Guna laksa beras, lagi sedap, bihun pun blh. Ok.

CARA BUAT TELUR MASIN

Telur masin merujuk kepada telur yang diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh dijadikan telur masin.  Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di dalamnya habis digunakan.


CARA BUAT TELUR MASIN

PROSES MEMBUAT

Basuh dan bersihkan telur itik dgn menggunakan span . Lap dan keringkan telur yg telah dibasuh dgn menggunakan tuala pengelap. Kemudian jemur telur ditengah² panas lebihkurang 4 jam atau lebih.

Panaskan 3 liter air. Bila air telah mendidih, matikan api dan masukkan 2 kg garam kasar dan larutkan. Sejukkan air garam hingga benar2 sejuk.

Masukkan telur ke dlm balang. Tapis air garam dan tuangkan air garam Ke dalam balang yg telah diis telur itik tadi. Potong bbrp helai daun pandan dan masukkan ke dlm balang utk menghilangkan hanyir telur itik..

Ikatkan air paip didlm plastik dan sumbatkan ke dlm balang tersebut spy telur terendam sepenuhnya didlm air garam.

Biarkan selama 14-21 hari barulah telur asin boleh dikeluarkan dan dibersihkan mengikut kemasinan yg dikehendaki masing². Simpan dlm petisejuk. Bila nak makan, telur asin hendaklah direbus.

Telur Masin ini telah direndam didlm air garam selama 14 hari

Telur Masin yg telah direbus setelah 14 hari direndam didlm air garam.


Monday, September 17, 2018

RESEPI NASI ULAM

Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.


RESEPI NASI ULAM
BAHAN BAHAN

3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi)
1 ketul ikan tenggiri masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa
2 camca kerisik
Garam secukup rasa

ULAM-ULAMAN :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh....

CARA-CARANYA :
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan. Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir seminggu kalau letak dalam peti ais. (tusebab daun tu kena keringkan sikit).

Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan nasi.

RESEPI PAIS TELUR IKAN

Pepes atau Pais merupakan suatu cara khas dari Jawa Barat  untuk mengolah bahan makanan (biasanya untuk ikan) dengan bantuan daun pisang untuk membungkus ikan beserta bumbunya. Cara membuatnya adalah bumbu dan rempah dihaluskan dan ditambah daun kemangi, tomat, dan cabai dibalur/dibalut bersama ikan mas yang sudah dibersihkan. Semua lalu dibungkus dengan daun pisang dan disemat dengan 2 buah bambu kecil di setiap ujungnya. Bungkusan ini lalu dibakar (dipepes) di atas api atau bara api dari arang sampai mengering. 

RESEPI PAIS TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:

200gm telur ikan | bersihkan dan tos
100gm kelapa parut muda |dikisar sehingga halus
3 helai daun limau purut |dihiris
½ helai daun kunyit |dihiris
2 batang serai | dihiris halus
Daun pisang untuk membungkus
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 biji telur
Sedikit kunyit
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan semua bahan lain kecuali telur ikan.

Susun telur ikan di atas daun pisang

Curahkan bancuhan campuran bahan kisar dan hiris di atas telur ikan.

Bungkus, kemudian kukus lebih kurang 15 minit.