Showing posts with label MASAKAN SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN SARAWAK. Show all posts

Thursday, March 08, 2018

RESEPI UMAI KAKI AYAM


Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan. Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau

Umai merupakan sejenis makanan laut trasional masyarakat Melanau di Sarawak. Umai juga merupakan sepupu sashimi(shusi) di Negara Jepun.Tetapi umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak.Di mana-mana di Sarawak, Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran Bahagian Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya.

Kalau anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai, tambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai yang mudah untuk disediakan.

Oleh kerana umai ini adalah mudah disediakan,nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut.Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan, udang dan bubuk(sejenik udang kecil) juga menjadi mangsa nelayang untuk dijadikan umai. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya. Ingat, umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika umai telah siap untuk dimakan

RESEPI UMAI KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN:
1kg kaki ayam | direbus dan dihiris kasar
4 biji bawang besar | dihiris nipis
2 batang serai | dihiris halus
10 biji cili padi | dihiris halus
5 biji Limau kasturi | diambil jusnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama hirisan serai dan cili padi.

Masukkan garam secukup rasa dan perahan limau. Gaul sebati dan perap selama sejam.



Monday, January 15, 2018

ASAM PEDAS SARAWAK STYLE

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

ASAM PEDAS SARAWAK STYLE 


BAHAN BAHAN
ikan terubuk segar, disiang dan dicuci bersih

BAHAN2 DITUMBUK:
kunyit,
cili padi,
asam kelubi,
serai,
sedikit belacan
bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Rebus air hingga mendidih.Masukkan bahan yang telah ditumbuk. Bila dah sebati, masukkan ikan. Biar seketika hingga masak.Tambah garam dan serbuk perasa.

Friday, January 12, 2018

RESEPI UMAI IKAN TENGGIRI

Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan.Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau

RESEPI UMAI IKAN TENGGIRI
BAHAN BAHAN
Ikan parang 1 kg (bawal lagi best)
5 ulas bawang merah
8 biji asam kelubi
8 biji cili padi (pedas pilihan sendiri)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit Aji-No-Moto

PROSES PENYEDIAAN

Tidak perlu dimasak (dengan api) sebenarnya. Mayang isi ikan (3mm ). Hiris bawang merah. Hiris asam kelubi. Hiris cili. Gaul rata. Isi ikan akan masak dengan tindakan daripada asam kelubi.

Sunday, October 01, 2017

RESEPI UMAI SARAWAK


Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan. Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau.


Pada tahun 2012, umai sepanjang 170.3 meter yang disediakan ketika karnival "Masihkah Kau Ingat" berlangsung di Dalat telah diisytiharkan sebagai "umai terpanjang


RESEPI UMAI SARAWAK
BAHAN-BAHAN
100 gram isi ikan. Cadangan isi ikan tenggiri
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
1 ulas Bawang Besar potong bulat
Tomato jika perlu

PROSES PENYEDIAAN
Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus.

Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.

Tambahkan hirisan cili dan perah limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.

RESEPI AYAM PANSUH SARAWAK

Ayam pansuh (atau Manok pansoh) merupakan satu cara masakan biasa di kalangan rakyat di Boneo (Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia). Ayam pansuh merupakan hidangan yang disediakan oleh daging ayam masak di dalam buluh dan dipenuhi dengan air (yang kemudiannya akan sup), perasa dan ditutup dengan daun ubi kayu (kemudian boleh dimakan bersama-sama dengan ayam dimasak). Asal-usul ayam pansuh tidak diketahui, tetapi kaum Iban dan Bidayuh (orang Sarawak) sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana-mana hari perayaan, terutama Gawai Dayak (perayaan untuk akhir penuaian). Ayam pansuh merupakan hidangan biasa dikalangan penduduk Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia.

RESEPI AYAM PANSUH SARAWAK

BAHAN-BAHAN
Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yg telah dipotong
3- 4  ulas bawang putih
2- 3  biji bawang merah
5 ulas Bwg Putih
Bunga kantan secukupnya
Garam dan sedikit serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
Air biasa

PROSES PENYEDIAAN
Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)

Bersihkan buluh

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat

Bersihkan ayam. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan Bunga kantan

Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
Jangan hentak buluh dan masukkan sedikit air Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.

Bakarlah di atas bara api lebih kurang setengah jam.Bila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak.

Siap untuk dihidang dan makan bersama nasi panas

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK


Mi kolok (juga dieja mi kolo, mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN
1 gulung mi kering (mi sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.

Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut.

Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).

Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Tambahkan lada sulah jika suka.



RESEPI LAKSA SARAWAK


Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.

Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.

Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak.

RESEPI LAKSA SARAWAK

BAHAN-BAHAN
Bihun (dicelur dan ditoskan)
Isi ayam  kalau nak sedap goreng dahulu.
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge (dicelur seketika)
Cendawan hitam (dicelur)
250g udang (dicelur)
Telur rebus
Sambal belacan dan limau kasturi

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN
 Kisar (menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah dan 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing) bersama-sama 3 sudu belacan dan sedikit garam.

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA
200g pes laksa sarawak Haji Manan
2 liter air
200g udang tanpa kulit – boleh juga dicincang
2 batang serai – dititik
200ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN KUAH LAKSA
Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.

Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah, santan, garam, gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.

CARA MENGHIDANG LAKSA SARAWAK
Sediakan mangkuk, masukkan bihun, dan bahan-bahan laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!